Pengikut Setia

Dawooz kembali lagi.Kadar tax ditangguhkan!!

Salam blogger sekalian..


Dawooz kembali lagi..(Sila ikut iklan tora...) hehe....Hari ini 13 september 2011..Dawooz baru masuk ke laman online Berita Harian untuk dapat berita muktahir.Setelah membaca sekilas lalu,ada dua topik yang dawooz lelaki dan caj 6 peratus berikutan tajuk berita harian iaitu

Negara rugi jika ramai lelaki tak layak ke IPT

Telco tangguh caj 6 peratus


Dan di sini dawooz hanya menyampaikan pendapat peribadi dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak ok?

Berkaitan dengan kaum adam yang tak ramai kat Institut Pendidikan Tinggi iaitu IPTA mahupun IPTS .Kondisi itu sudah lama sejak dahulu kala sebelum dawooz masuk politeknik 2009.Ini mungkin sedikit sebanyak berpunca daripada sikap dan keadaan semasa kaum lelaki kebanyakkannya.


Boleh lihat di peringkat sekolah menengah atau rendah,pencapaian akademik antara kaum lelaki dan kaum hawa,majoriti kaum hawa adalah pemenangnya.Namun kita lihat pencapaian kokurikulum,kebanyakkan dimonopoli oleh kaum adam.Tak juga dawooz nak cakap kaum hawa takda.Tapi itulah hakikatnya.

Mungkin ini faktor yang menyebabkan kaum adam lupa dan leka untuk belajar.Hurghh...inilah hakikat kaum adam seperti dawooz.Malas nak belajar!!!...Dah bila malas nak belajar,sudah tentulah keputusan peperiksaan lu fikirlah sendiri .dan sikap ini akan dibawa sehingga peperiksaan genting iaitu SPM yang menentukan hala tuju ke IPT.Kebanyakkan kaum hawa akan sudah mempunyai target untuk masuk ke IPT kan sebelum SPM lagi?


So di mana kaum adam ?
Mereka pergi untuk mendapatkan kerja.Mungkin ada faktor lain.contohnya kaum adam dari keluarga susah dan miskin tentunya akan mencari nafkah membantu keluarganya selain bapanya.
Fikirkan lah...

Namun sebalik cerita di atas...Mari kita tengok syarikat komunikasi yang bakal mengadakan charge 6% untuk tax kata diaorang la..Bukan dawooz.

DIGI,Maxis,Umobile dan celcom adalah telco di Malaysia yang sudah berjaya dan ramai pengguna.Namun di manakah keuntungan diaorang?Mahu lagi kenakan charge tax?Malaysia ini semuanya tax daripada makan,minum,beli kenderaan,bayar bil rumah semuanya tax.Macam mana lah Malaysia mahu maju kalau rakyat sendiri dikenakan tax?Cuba lihat luarkotak kat negara maju walaupun tak dinafikan diaorang kenakan tax juga tapi nampak juga hasil tax.Contohnya negara Brunei jiran Malaysia jerr...Tax diorang untuk kereta adalah rendah sekali.Dan kualiti jalan mereka mengikut standard.Malaysia juga dikatakan negara yang ikut standard tetapi lopak-lopak jalan banyak selagi.Nak nafikan?Cuba bawa motorsikal tengok tepi-tepi jalan,ada lopak tak?Bukan nak condem Malaysia.Tapi bayangkan semua nak tax,tapi hasil tax tu pergi mana yer??


Macam mana nak atasi kalau tax dikenakan kalau kita beli kredit jugak?
Cuba bayangkan kalau kita beli RM10 dikenakan charge RM10.60(kadang boleh jadi RM11).Apa kata kita beli kredit RM100(tax RM106) terus untuk masa yang lama sekali kita akan guna..Memang berat nak keluarkan RM106 dari poket.Tapi ini juga akan menguntungkan kita pada jangka masa yang panjang..Tidak rugi kalau keluar sekaligus kan?Daripada kita bayar tax berkali-kali jika beli kredit RM10 yang tax yang dikenakan sebanyak RM0.60 walaupun nilainya hanya sen tapi kita rugi panjang.Sukar nak dijelaskan.Cuba sendiri baru tahu :) ..

Kita jumpa lagi di post akan datang kawan-kawan

P:S Sekadar ulasan.

Ayuh...kembali ke sekolah..Ayuh

Salam blogger sekalian,


Jatuhnya 14 syawal bersamaan 12/9/2011 sehari selepas 9/11 yang dihebohkan dunia barat tentang jatuhnya World Trade Center Amarika 10 tahun lepas.2011 yang dirancang oleh puak zionis untuk memburukkan nama ISLAM.Percaya atau tidak?believe its..Konspirasi barat.

Dawooz dah balik Politeknik Mukah seminggu lebih sudah.So agak boringla di sini bukan sama seperti rumah sendiri.Mood raya lagi ni weih!!!Raya tahun ini agak boring sedikit..Tengok la cuti berapa hari je walaupun dalam takwim cakap satu minggu :D ..

Tapi lain pulak,lecturer plak cuti terlebih sudah...Hari ini kelas ada satu sahaja..diikutkan sampai ke petang kelas dauz..tapi takda...so rehat...Tapi assignment banyak dan 'bertimbun' macam sampah sarap plak..

So,rasanya sampai sini saja dulu post ringkas dan padat..

Kepada budak-budak nak sambut peperiksaan UPSR..lupakan raya tahun ini dan selamat berjaya ...


Total Pageviews

Powered By Blogger