Pengikut Setia

Dawooz:Selamat Pergi 2010.Datanglah duniaku 2011








Hey blogger sekalian...agak lama jugak dawooz dah tak update blog yea..Dawooz agak bz jugak la.Nak sangat update blog kesayangan ni..ehehe...pasni pasti awek dawooz jeles plak dengan blog nie..(hehekk..gurau jek ekk)...

Sekadar gambar hiasan


Haa...apa yang latest pasal dawooz?Nothing kot..Just tunggu beberapa jam lagi nak ke tahun 2011.Tiada apa ada dengan 2011 cuma kalendar tahun je yang akan berubah dan ini bermakna dawooz akan makin jadi tua..hehe..Cuma ini bermakna dawooz akan jadi lebih matang kot..hehe.

Apa pulak cerita dawooz last week?
Dawooz dapat check dari Pak Google la pulak..Jumlah tak banyak tapi RM150 untuk google adword..Asal aku dapat voucher ni lambat ek?Agak musykil.Mungkin pak posmen tak nak aku dapat voucher ni..Kesiannya kat dawooz kan..hahak...anyway,kita tak leh berburuk sangka kat posmen..Kalau tak da diaorang,tak dapat den surat penting..Macam dapat masuk Matrik,MMU,dan politeknik tapi dawooz pilih Politeknik je..Budak lembab mane leh belajar jauh2..hehe..takde la :P .Berbalik kat Voucher pak google tadi,rugi aa dawooz..aiyak..

Semua tahu esok dah betukar kat tahun baru 2011 pasti semua ada azam dan cita masing-masingkan.Dawooz pun ada azam baru dan azam lama yang belum lagi tertunai.Korang nak tau tak?

Ini dia wishlist dawooz.

1. Kereta

Dawooz tau wishlist ni agak susah nak dapat.tapi nilah azam tahun baru dawooz dari dahulu,mungkin lepas belajar baru dapat kot.Tapi dawooz takla kisah kereta apa..janji sedap dipandu je..Antara kereta idaman dawooz ini Satria tak kira keturunan neo ke neo cps ke..Janji ada.

2. Dunhill Desire
Haa..korang jangan ingat dawooz ni smoker k.Dawooz berkenan kat perfume ni.Mungkin wishlist ni je yang akan dapat dipenuhi..hehe..

3. Relationship yang okay je..
Dawooz nak sangat kekalkan hubungan yang sedia ada nie.Sebenarnya dawooz dah bercouple dengan si dia dah dekat 4 tahun setengah,so pada tahun 2011 nanti dawooz nak mempertahankan jugak hubungan ini sampai ke jinjang pelamin.Insyallah sekiranya semuanya si dia tertulis Qada dan Qadar dengan dawooz.Walaupun agak lama sudah kami bersama,tetap macam baru couple je.Kan best? ;)

4. Nak berjimat-cermat.
DAwooz tahun ni agak boros sekali dan tahun depan nak cuba berjimat cermat sebabnya duit sekarang ni susah nak cari tapi senang je nak dilepaskan senang-lenang.So sebagai orang muda duit itu penting.So kenalah berjimat cermat.

5.Nak bisnes sendiri.
Haa..ni susah sikit..Kalau modal tak cukup dan tak mengikut spec susah la nak berbisnes kan.So far,selama 4 bulan onward dawooz akan berada di Miri .Maknanya tinggal kat umahla.So bisnes apa yang menguntungkan ek?kalau tinggal kat asrama ,bisnes kecil yang dawooz biasa buat adalah jual prepaid and service printing je.Tiap-tiap bulan boleh la lepas untuk makan seminggu dan reload sebulan.Dalam RM100 la untungnya selepas tolak itu ini dan sebagainya.

6.Cergaskan badan dan cerdaskan minda.
Haa..Dawooz nak control sikit badan.Dah macam beruang dah nie..hehe..takde la..Nak jaga badan coz kita ni masih muda dan mestilah jaga pemakanan dari usia seawal remaja.Tengok orang dulu-dulu,hidup lama sampai ada yang hidup sehingga 100tahun.So apa rahsia diaorang ek?



K..Anyway selamat tahun baru dan agaknye wishlist tu agak melampaui batas kan??hehe.. :)

Seminggu tak update blog sebab mee segera

Sudah agak seminggu dawooz dah tak update blog yea..Agak sibuk sedikit la..Bukan apa...dawooz sebenarnya jarang gak nak online nie..Yang penting,dawooz akan selalu jenguk blog korang walaupun hanya sekadar sebagai 'silent reader'.Takpun dawooz akan sentiasa papahkan sedikit comment kat blog korang yerkk..

Dawooz bukan taknak update blog ni..sedangkan log book praktikal lagi dawooz dah tak update for two week..gila kan?Sepatutnya besok kena hanta kat supervisor so dawooz terpaksa la berkengkang mata malam ni..hehe.. ..

Anyway,title post tu takda kaitanye dengan tak update ek...hehe :P ..Sebenarnya eden ada satu pic nak berkongsi bersama korang pasal mee segera ni..Kang aku yang kena blame sebabkan tak laku dah mee segera dorang..hehe

KLIK bagi pembesaran yang sehat..

Korang klik la gambar tu besar2 k...KOrang pasti akan suka lagi nak makan mee segera..Sebenarnya agak cuak gak dawooz selepas tengok fakta ni...so dawooz tekad kalau boleh memang jauhkan diri daripada mee segera apa jua jenama dan rasa juga perisa..hehe..kalau dah terdesak tu,terpaksa jugak la kan?


Kita mesti jaga pengambilan pemakanan kita yea..One more thing,tahniah buat pasukan Malaysia..Semoga maju jaya yea..Jangan lupa,bola tu bulat..3 jaringan tu bukan kelebihan yang terlebih.

Dawooz : Cute tak awek ni?

Hey...maaf yea kawan-kawan..Dawooz agak sibuk ketika ni.Sebenarnya dawooz belum lagi update buku log praktikal dah satu minggu belum lagi diupdate..Semalam weekend pula sibuk outing dengan kawan-kawan.

Owh ya...Dawooz upload satu gambar ni yang dawooz amik dengan kamera yang tidak seberapa hebatnya je..ala...Camera biasa je nie..Dawooz sebenarnya teringin sangat nak ada DSLR ..Yang lama dulu kala purba pun tak apa,yang penting skill mesti ada kan nak tangkap gambar yeak??Feel mau dalam tu..Deep in the heart..JIwang la pulak ...haha

Nilah awek yang dawooz maksudkan..hehe..korang jangan pulak pikir bukan-bukan.Ni adalah my cousin.She is cute..Really..But,pendiam la wey..hehe...

So...Datang-datang la selalu blog kesepian dawooz ni yerkk ..hehe

Dawooz : Awek Lubnan dan ViP Sarawak kantoi


Haa...Saje je dawooz nak hangatkan blog ni.takda sapa pun kantoi..hehe..Tahniah la buat si tua bangka tu yang dah kawin lagi,semoga Sarawak akan terus maju yea Pak Taib :) .Pak Taib ini merupakan Ketua Menteri Sarawak.Nama sebenarnya ialah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dah berusia 74 tahun dah.Kawin bleh pulak yea,nak angkat bagi Sarawak maju tak boleh ke? ehek..Biarkan persoalan itu terhenti di sini.Normally,Beliau digelarkan oleh orang kampung sebagai Pak Uban kerana memiliki rambut beruban atau Bai-Mao..Hehehe...Tu lah gambar Pak Taib yang dah beruban.Bila la lagi nak kasi Sarawak ni maju yea?

Tahniah la Pak Taib dah kawin lagi. :) .
Gambar kat atas tu diambil dan disedut oleh dawooz kat Berita Harian.So credit to them.Majlis perkahwinan ini diadakan secara tertutup dan rahsia..Jeng...jeng...jeng..hehe..
Wanita Lubnan itu yang namanya tidak diketahuai berusia 28 tahun seperti yang dilaporkan.Agak-agaknya Pak Taib ini pakai agen carik jodoh yang mencari gadis Morocco tu yea?Yelah..gadis sana kan belum lagi tercemar.Macam mana lah Pak Taib ini nak cakap dengan gadis Lubnan tu yea?Ke Gadis tu tunggu Pak Taib (........) agaknye la..Tapi tak baik fitnah kan? SO dawooz doakan terbaik buat diaorang..

Gambar diatas tu lah wanita Lubnan tu kan..Putih dan mulus je kulit dia..Semoga berbahagia yea pak Taib :)

Dawooz ambik Berita Harian punya cerita ek...

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu


Tahniah juga buat seorang blogger,Hanis Zalikha yang dah gempar satu Malaysia lebih glamourous daripada Dato Siti .Apa agaknye rahsia dier ek??ehehe...Tgk satu video ni KLIK SINI

Bila la aku nak jadi seorang blogger macam dia ek..Papepun all the best ok semua ..

Dawooz : Belanja ikut budget 2011

Hey blogger sekalian
Dah lama rasanya dawooz dah tak update..weekly aje update blog.Ade ke patut?


1.Beli barang pada harga borong/pukal

Sebaik-baiknya belilah secara pukal dan borong barang kegunaan seharian.Sebabnya,kalau barang yang dibeli secara pukal akan lebih murah kerana packaging dan barang dibeli secara banyak sekali.Cuma berhati-hati dengan tempoh luput sesuatu item jika ingin membeli secara banyak.Pastikan kita beli barang secara pukal boleh diguna pakai.Jika dah expiry rugi tau..

2. Beli barangan second hand @ lelong murah

Nilah aktiviti paling berbaloi kalau nak beli barang.Tak semestinya barang terpakai ini takde tinggal kualiti.Kadang-kadang kita kena gak beli barang secondhand .Contohnya kita sebagai pelajar IPTA nak beli buku baru semestinya mahal,namun kalau kita ada senior boleh gak nego jual buku-buku diaorang.Sure diaorang nak pun.Make sure kita beli papaje barang terpakai mesti dalam 'win-win' situasi .Jangan ada pihak yang kena tiou sudah.

3. Musim Promosi & Megasale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & Promosi Terkini

Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.

5. Kitar Semula / Recycle

Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card

Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.

7. Beriadah di tempat awam

Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan


Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant

Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

10. Masak & Makan di rumah

Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol

Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana.
Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda


Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.
Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut
lelama.

13. Jimat letrik & air


Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah 'iron' semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.

Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaansekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.

Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

14. Kelebihan Insurans/Medical Card


Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Tapi pastikan pelan yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan anda.


15. Tukarkan 'garbage' kepada 'money'

Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak

Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.

17. Beli domain & hosting masa promosi


Ini untuk marketing interprenuer..eh betul ke ejaan??ehehe..Bytheway,bagi blogger yang standalone host pilihlah platform wordpress kalau serious blogger,Then pilihlah hosting paling berbaloi dan depend on server located kat area mana.

18.Pilih Broadband Terbaik & Paling Sesuai

Terlalu banyak pakej yg ditawarkan pada masa ini. Tak salah kalau kita menukar pelan yg mungkin lebih sesuai dengan kita. Jadi semaklah pakej2 terkini di website2 internet service provider yg ada.


19. Bayar Bil Online


Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

20. Berhenti Merokok

Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun 'sedap' dan 'ketagih' dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda.

21. Jual prepaid dan guna.

Inilah yang paling best kalau nak tambah sedikit pendapatan.Dawooz dah try ni.Alhamdullilah berbaloi juga depend on usaha kitalah yea..Pilihlah pelan bisnes yang korang rasa sesuai dan tidak kena scam.Boleh join dawooz kalau berminat.yea?KLIK SINI.
Haa..panjang yea membaca?Dawooz pun nak apply certain tip di atas.Mungkin korang boleh try jugak tip diatas.Walaupun tak semua tapi boleh try sikit-sikit kan?Next time dawooz akan post lagi.

Dawooz : Tikus KeSayanganku


Ni haa...aku tak suka 'tikus' yea.

DI sini aku maksudkan aku suka tikus iaitu mouse untuk menggerakkan cursor dalam laptop aku ni wey.Aku menggunakan mouse jenama raoop.Mouse yang biasa2 aje..Mouse ni takde wire keyh.Sebab aku pilih wireless..Aku sebenarnya tak suka tengok berselerak dengan wire-wire yang ada.Tapi satu keburukan mouse wireless ni ianya menggunakan bateri.So kena la ade bateri spare selalu.


Ni haa mouse cute dawooz..Simple kan?Dawooz suka warna hitam tau..hehe..Dulu beli harganya RM50 je..Sekarang ni ada lagi murah tapi kualiti den tak taw lah..hehe..

Korang pakai tikus ada ekor ke takda ekor?? hehe...

Dawooz : Harta Karun Paling Berharga

Ni haa...dawooz nak cerita satu kisah tentang seorang pemuda.Pemuda ini diberi nama Putera Kayangan tetapi dia bukanlah berasal daripada golongan diraja ataupun keturunan sultan.Jadi dawooz singkat je panggilan Putera Kayangan ini kepada PK yea.PK ini berasal daripada keturunan yang tersangatlah miskin sehingga makan sehari pun kadang-kadang hanyalah ubi kayu.Jauh pangkal hendak memakan nasi.


PK ini seorang pemuda berusia 20-an .Berbadan sasa dan hormat orang tua.PK ini boleh dikatakan rajin membuat apa sahaja pekerjaan asalkan boleh menampung perbelanjaan harian menolong keluarganya.PK ini berusaha meningkat pendapatan sehariannya dengan berusaha gigih dan terus berusaha.


Pada suatu hari,PK telah mendengar desas-desus di hujung kampunya terdapat kawasan lapang tertanamnya harta karun tinggalan pelayar omputih.Kampung PK ini diberi nama Kampung Gersang Sebatang(hanya rekaan semata-mata..).Kebetulan pula pada satu malam,PK telah mendapat satu mimpi yang mana harta karun memang ada tertanam di hujung kampungnya.Dalam mimpi itu,PK telah diarahkan untuk menggali sedalam 6 kaki dalam sebelum akan menjumpai harta karun bernilai jutaan ringgitnya.


Setelah seminggu asyik termenung serabut memikirkan,PK pun mengambil tindakan drastik dengan selambernye pergi ke hujung kampung dengan berbekal cangkul dan semangat aje.Dalam mimpi itu,PK ni beritahu bahawa lokasi harta karun itu betul-betul berada 10 langkah dari pokok nan sebatang menuju ke arah barat.Dengan semangat yang kuat,Si PK ini pula gigih mengali harta karun.Pada hari pertama dia hanya mampu menggali sedalam 1 kaki sahaja kerana tidak mahu gelojoh.Pada hari kedua pula si PK ini dimaki-hamun oleh orang kampung yang mengatakan Putera Kayangan ini gila tak waras .Mana ada di atas tanah gersang tertanam harta karun kalau diikut logik kan?


Tetapi si Putera Kayangan ini tidak peduli,sampai digali tanah itu sedalam 5 kaki dalamnya,datang seorang budak kecil berusia 10 tahun dan cakap kat si PK ini,'Abang buat kerja bodoh ape nie?'.Sejak itu,si PK tidak lagi menggali dan tinggalkan hasil galian sedalam 5 kaki.Setelah seminggu,datang seorang pemuda yang meneruskan menggali hasil galian si Putera Kayangan dan menjumpai harta karun bernilai jutaan ringgit.Tengok betapa untungnya si Pemuda itu yang berusaha sedikit sahaja?


Okay,apa yang aku nak bagitahu kat sini..Ala moral of the story,Korang jangan berputus asa berusaha dan teruskan berusaha sehingga berjumpa dengan kejayaan.Kalaulah si Putera Kayangan itu tadi meneruskan usahanya untuk menggali sedalam 1 kaki lagi bukankah dia akan terus jadi kaya?Hanya kerana malu dengan umpatan budak-budak si PK ini terus mengalah.Pendek kata,biar apa orang kata atau hina,biarkanlah apa yang kita nak buat mesti sampai berjaya sekiranya apa yang kita lakukan adalah betul dan tidak melanggar undang-undang dan juga syariat agama.


Bilalah aku nak dapat kumpul gold bar ni erk??


P/S: Dont give an inch until the last buzzer sound

Dawooz : Tuan sebenarnya empunya blog

Selamat Pagi semua..Pejam celik hari ini sudah tanggal 11.12.2010 ini bermakna kita ada 20 hari lagi tinggal untuk berada dalam tahun 2010.Ini bermakna juga 2011 akan menjelma tiba datang di hadapan kita,setiap masa kita tidak akan dapat kembali lagi.Makin hari-makin tua pulak rasanya.hehe..

Hari ini dawooz tidak ada banyak nak diceritakan.Sebenarnya dawooz nak sangat update blog selalu,tetapi apa kan daya,masa tidak mengizinkan untuk berbuat demikian ek...Sungguh,sebenarnya manusia dalam kerugian 24jam tidak mencukupi untuk menjalani hidup seharian :)

Hari ini aku nak tunjuk muka yang tak handsome pemilik blog dawooz ini.Sungguh tuan blog ini tidak handsome apa lagi putih..hehe...Tapi aku tidak peduli semua itu.Bersyukur apa yang ada pada diri kita sendiri.Datuk A. Samad Said pernah berkata,'Jangan dilihat pada apa yang tiada,tetapi kita lihat apa yang kita ada'.Memang perumpaan itu sebenarnya kita harus kaji lebih mendalam.Tuan punya blog ini lebih selesa dipanggil dauz sahaja.Aku dilahirkan di sebuah bandar di dalam Sarawak iaitu Miri,Sarawak berhampiran dengan negara Brunei Darulsalam.


Tuan punya blog ini seorang yang pendiam.Ya aku memang seorang pendiam tapi kalau dah kenal lama,aku suka buat joke tapi aku lebih suka diam kerana aku suka memerhati dan membaca gerak geri seseorang.Aku masih bujang tetapi not available.Opppss...Aaa...Nak cakap ape lagi ek??Aku suka berkawan dengan semua orang cuma aku agak pendiam.Selalunya,orang tanya satu aku jawap sepatah je.hehe..

Cita-cita aku sebenarnya nak jadi bussinesman,tetapi aku terjah ke bidang kejuruteraan pula,aku bermula dengan Sekolah Menengah Teknik Miri dalam Kejuruteraan Mekanikal,so selepas tu aku masuk pula Politeknik Mukah ambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Selepas amik diploma plak,aku plan nak amik degree.Tapi tengok dulu la.

Haa...gambar di atas tulah pemilik blog tidak seberapa happening ni.Aku hanya insan biasa yang suka nak berblogging .Dan untuk pengetahuan korang semua,aku adalah peminat Germany walaupun tak sampai juara World Cup tetapi aku tetap suka juga,Korang plak suka team football mana ek?

Dawooz vs Mee Kolok Special

Hey lamak dah tak update blog ni.Rindu sebenarnya nak berblogging dan post catatan terbaru dan mengkomen-komen blog kawan-kawan.Tapi itulah pasal sejak akhir-akhir ini,kesibukan melanda diriku membuatkan terpaksa melupakan hasrat untuk mengupdate blog ini setiap ketika.

Okay,sebelum papa,Selamat Menyambut Awal Muharram kepada Umat Islam.Berhijrah lah kepada yang lebih baik,daripada negatif kepada positive dan daripada baik kepada lebih baik.Tanamkan tekad dan usaha anda untuk mencapai apa yang dikehendaki yerk.Kita sama-samalah berdoa.


Terdetik dalam hati pagi ni bangun pagi tadi,aku rasa sangat nak menaip sesuatu,rupe-rupenye aku nak sangat update blog dah beberapa hari tak diupdate lagi.Okay kali ini kita bercerita tentang mee kolok.


Aku sememangnya penggemar mee kolok.ya,Kalau selalunya aku mesti pekena mee kolok goreng.Kalau tak sehari sekali mesti dua hari sekali.Mesti punye.Kegemaran aku adalah mee kolok.Paling special ialah mee kolok wantan.Kalau area Miri ini,Mee Kolok Special paling sedap kat Pak Cik Wan KaFe.Aku pun bukan nak promote tetapi nak cakap je.Harga pun dalam RM4.00 tunai je.Murah tetapi berbaloi-baloi.Aku suka makan mee kolok pak cik wan kafe ni sebab dier punye taste memang ngam la ngan aku.Sebabnya gak wantan dier sangat lembut.

Kalau korang nak menggiurkan lagi korang tengok la gambar yang aku ambil masa aku pergi makan last sunday yang lepas.Memang sedap n tiptop la..Korang ade tak makanan kegemaran?tentu ada kan..hehe

Total Pageviews