Pengikut Setia

Dawooz:Sila Masuk ke laman rumah.

Masuk bukan sebarang masuk.
Masuk bukan sebarang singgah
Singgah bukan sebarang singgah
Singgah cuma bertanyakan khabar.

Silalah komen ke ruangan blog aku.

Dawooz:Masa kunci kejayaan :)

Masa.
Itulah kunci kejayaan.
Itulah juga kunci kegagalan.
Kunci itu bukan kunci
Ibarat saja.

Dawooz:Sepi itu sunyi

Sepi itu sunyi.
Mainan minda berjamukan rasa.
Rasa yang kesunyian berbekalkan ubat kerinduan.
Rindu itu sebahagian daripada bahagia.

Dawooz:Sepak Terajang Blogger Normal.

Sepak Terajang seorang blogger
bukan letaknya di kaki,
Penamparnya bukan
di tangan.

Tapi letaknya penampar itu di lidah tidak berlidi,
sepaknya juga di mulutnya
Muntahkan lava kritisan berhawa dingin,
Kata-katanya tajam bak duri mesingun M-16
Coretannya bias bukan mengoda.

Hanya sekadar merenung ke dalam lubuk ketidakpuasan
Ketidakpuasan terhadap kerunsingan mindanya,
Bukan menindas namun mengkritik
Hanya tahu mengkritik pada dasar bebola matanya,
Ikut jalan-jalan hati yang merana.

Memberontak hanya melalui kata picisan
Luahan bukan di hatinya,
tetapi jari jemari yang gemalai yang merancang kosa kata
Satu komplot serangan moden saja.
Tidak perlu senjata moden,
meriam mahupun sniper.

Cuma perlukan bermain dengan kata-kata minda
untuk picisan berbisa bak ular sawa mematuk mangsanya,
bagai pemanah memanah
panahan beracunnya.

Hanya sekadar coretan untuk blogger
kepada blogger
agar blogger lebih rajin update blog :)

originally finally touch by dawooz

Hanya sekadar satu coretan kusam lagi masam tapi bukan masin.
Aku hanya menatapkan karya tidak seberapa.
oh ya aku baru baik dari demam yang melanda..ala kenapa kau datang yea demam masa nak pergi poli nie?Berita baik,demam sahaja bukan asma..kalau ada asma alamatnya banyak lagi ubat nak aku bg kat perut nieh hehe...
Rindu pulak sama dia..tidak apa,handpon oh handpon hehe

Dawooz: Peti Maklumat yang aku punya


Hari ini pada pukul 21:32 sekali lagi update bl0g yang ketandusan idea.Aku update menggunakan hp Sony Eriks0n W910i yang ada platf0rm utk bl0gger.com jadi aku boleh update dgn hp tp kredit aje yg m0k ada lar :-D

Yang penting,aku sedang mengalami wabak HLNL,bukannya H1N1 selesama babi.Hanya aku dan dia saja tahu .hehe.
AKU HANYA MEREPEK.
aku sebenarnya demam.omg,seminggu lagi nak masuk p0liteknik baru nak dmam.Nasib2,aku yg masuk p0liklinik.haha.Aku Rindu Sama Dia..

Lapt0p itu sumber kehidupan fana bl0g ini.Jadi tanpa lapt0p,bl0g aku tidak akan kemana tanpa tarian langkahan yang sumbang.haha..

Sekarang aku nak pergi berehat dan rehat.

Dawooz:Pabila papan kekunci sedang menari anak.

Pabila jari-jari ini terketik-ketik,
Pabila jari-jemari bergerak,
Pabila ibu jari bertemu jari-jari anaknya,
Pabila kuku-kuku bertemu dengan kulit papan kekunci,
Pabila alpa menjaga tekanan jari-jemari,
Pabila lima orang sang penari menari-nari anak
di atas jalan-jalan papan kekunci,
Pabila roda-roda tikus mencari arah,
Pabila seorang blogger sudah mula bertarung nyawa
'fight' untuk mencari ilham fotomorgana durjana,
Seorang bergelar manusia biasa cuba untuk menjadi seorang sasterawan
Pabila kata-kata mengancam menusuk pangkal jiwa,
Pabila seorang blogger leka menulis menari anak papan kekuncinya
Pabila dia mencari sungai ketandusan maklumat,
Lalu....

Dia meniru gaya dan langkah tarian blogger lain
Padahal tarian blogger yang ditirunya sumbang mambang,
Tarian jauh dek modenisasi.
Modenisasi konon hanya atas kemodenisasi maklumat.
Teknologi Maklumat.
Era globalisasi.
Pengaruh Barat.
Pabila tarian itu terhenti,
Ketandusan langkah tanpa latihan.
Itulah blogger masa kini.

Done by:Dawooz

Nota kaki:Hanya hasil yang ori.Tiada copymize.Idea datang sendiri perginya tidak dijemput.Bukan diundang :)..

Rindu sama dia ..haizz
On 1044
24.06.2009

Dawooz:Berfikir.Sejenak.Renungi Diri.PART 2

Sekarang jam menunjukkan pukul 2231 pada hari yang sama aku update post sebelum ini cuma ini adalah Part 2 sambungan bersiri.Aku rasakan Part 2 ini hanyalah sependek jalan miri-bekenu sahaja ataupun boulevard ke parkson megamall :D.Mentanglah aku hari ini pergi ke Parkson dengan parent ..Owh ya,aku jumpa mereka maznul dan juga si fariz dato :D

Ya...
Proses kejadian=Tahap tahun 1-darjah 6
TEMPAT=SK ANCHI

Aku hanya ingin korang mengimbau zaman silam korang tentang berapa banyak cikgu yang masih ada dalam memori ingatan korang?Ya aku hanya ingat beberapa orang guru sahaja atas sebab kesulitan mengingati cikgu..Aku masih ingat zaman sekolah rendah aku hanya seorang budak biasa sahaja.Budak pagi-pagi jalan kaki pukul 6.40 balik loceng berbunyi pukul 12.30pm sudah balik ke rumah nenek.Cikgu yang paling aku ingat Cikgu Amin,cikgu Pendidikan Seni Visual.Walaupun aku tiada bakat seni seperti org lain.Sebab kelucuan cikgu amin dan cara pengajaran yang sampai kat otak aku padahal lukisan aku memang kaku.Tiada langsung fotomorgana yang indah.

Manakala lain pula kisahnya dengan Cikgu Ali dan Cikgu Omar.Aku lupa-lupa ingat tentang subjek apa yang mereka ajar .Tetapi Cikgu Rashid aku ingat sebab dia yang ajar Kemahiran Hidup.Yang aku paling ingat,Cikgu Sabah yang selalu aku bergurau kerana dia mengajar Kajian Tempatan kebetulan ada pula negeri di bawah bayu bernama Sabah :) .Lucu sungguh.Tapi bila tiba kepada subjek muzik yang langsung aku tidak berbakat main rekoder ntah apa note bunyi aku lintang pukang.haha..kan dah kena ejek dengan classmate.Dan paling aku ingat Guru Besar zaman aku iaitu Cikgu Hashim baru bulan lepas aku jumpa dia.Itupun nasib dia ingat kat aku kerana dia adalah cikgu bapa aku juga suatu masa dahulu.

Argghhh kita lupakkan sahaja memori silam iaitu zaman budak kebudakan..Kita pergi ke zaman Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga yang aku berada di SMK MERBAU MIRI.

Kalau semasa Tingkatan ini,ramai juga cikgu yang telah aku cuba imbas kembali seperti Pengetua Hamzah Dadu,Cikgu NG guru disiplin yang ganas dan tegas tapi melucukan,Cikgu Norain yang kuat bergosip dan bergurau senda.Tapi aku tidak mungkin akan melupakan Cikgu Alhadi Guru B.Melayu dan juga sejarah.Oleh sebab itu juga keberangkalian PMR Sejarah aku dapat A.Sebab nya pengajaran beliau membuatkan aku tertarik dengan subjek B.Melayu dan juga Sejarah.

Kecindungan mengenai kawan-kawan pula,aku tidak ramai kawan rapat malah kawan biasa pu sedikit sahaja.Sebab?Aku jarang nak bergaul .Ntah mungkin perwatakan aku kot.Alah biasalah manusia ini ada 1001 jenis perwatakan.Argh biarkan sahaja..Kawan yang aku masih ingat,Christmond,thien kai ming,timothy ajeng,timothy,Saiful kawan baik,aldris sama juga..Zulfadhlee Azmi kawan yang sampai aku ke teknik...dan ramai lagilah...
Aku dulu pengawas boring nya jadi pengawas bila ada musuh yang bergelar kawan dan kawan bergelar musuh.Tapi aku pegang satu prinsip,seorang tidak suka kamu,sepuluh yang akan baik dengan kamu.Dan prinsip itu akan membuat aku lebih berhati-hati apabila berkawan dengan orang lain.Maaf ya kalau ada yang buat sakit ati tetapi bukan aku sombong tetapi berjaga dalam memilih kawan.Cuma aku lebih gemar apabila kadang-kadang untuk bersendirian.Oppss sekarang bukan sendirian,Sudah punya pacar dong :)

Jam menunjukkan 2330 aku ingin memberhentikan tarian kekunci typepad laptop ini dengan diringi salam doa buat bakal semua pengembara jalanan mencari ilmu di dada yang kian terpencil di dalam hati.

Nota kaki:?Mungkin ada sambungan part 3 siapa tahu kan.Ungkapan umpama drama dalam penulisan dalam medium blog :)

Dawooz:Berfikir.Sejenak.Renungi Diri.

Sekarang pukul 1035 bertarikh 23062009 sekali lagi aku akan update blog ini dengan penuh nada-nada kebahagian berbaur bacang dengan bau kesidihan juga merentas perasaan rindu lalu tuntas kepada perasaan gundah gulana.Hanya sepoloh hari sahaja aku akan berada di rumah aku sendiri dan selepas itu aku akan melalui alam keasramaan bukannya alam asmara itu :D

Pagi tadi dalam kegelapan subuh aku pun pergi ke dapur untuk breakfast dan aku hanya makan bijiran nestle.Kegemaran beta :).Arghhh kemungkinan besar kat politeknik itu juga makanan harian aku kat sana.Alamatnya memang kurus la aku kat sana nanti.Dan makanan paling mahal semasa di Politeknik Mukah juga adalah Maggie Mee :D..Malah dimana sekalipun,pelajar tetap akan makan maggie hari2.Sudah menjadi menu kebiasaan :).

Kenapa ya?
Sebabnya maggie adalah makanan paling murah,sedap dimasak dan cepat itu yang penting.
Tetapi kesannya sendiri mau ingat.
Renungkan lah.

Yummy :D

Renungkan seketika....
10 tahun akan datang apa yang korang akan buat?
3 tahun akan datang korand sudah dapat diploma?
5 tahun akan datang korang ada degree?
7 tahun akan datan....bla..bla...bla..

Jika tiada ibu bapa korang dapat hidup?
Jika tiada pelajaran korang dapat survive?
Jika korang dah kawin ko nak bg isteri makan apa?

Arghh....
Sebelum 18 tahun,ingatkah dulu
zaman kanak-kanak kalian?
main gasing,bayblade,
semasa sekolah rendah ingatkah kalian main guli bersama,beli aiskrim dooposen sama2..?
Ingatkah kalian masa rehat sekolah rendah berlari-lari main jadi?
ada yang bergaduh bawa geng..budak-budak katakan..belum sunat lagi :)

Ternyata ungkapan orang putih sweet18 itu hanyalah khayalan yang bebas sahaja.Aku lebih gemari zaman kanak-kanak,tidak perlu risaukan apa-apa,tidak perlu bingung masa hadapan arah tuju kehidupan.Zaman kanak-kanak iaitu perkembangan minda.Alangkah baik kalau aku balik ke zaman silam arghh..mustahil.Mustahil untuk itu berlaku.Zaman ketika aku masih belum lagi matang untuk memikir baik buruk.Ya,minta sahaja duit dengan ibu bapa,"mak,singgit k meli aiskrim"Tapi sekarang,"perlu pergi belajar,belajar untuk masa hadapan.".Dalam masa 6-7 tahun akan datang,tiada lagi duit daripada ibu bapa,itulah kita.Masa kecil-kecil minta duit.Bila sudah kerja kita perlu bagi ibu bapa duit juga :) pastu anak-anak kalian juga serupa dengan korang,"pak duapoloh ringgit pak,k reload".Maklumlah anak-anak sudah modenisasi belaka,sampaikan RM 10 pun tidak bernilai sekarang untuk dibawa ke pasar :)

Teringat aku sewaktu kecil dahulu,selalu beli burger,kalau siapa orang piasau jaya.miri.tauklah sapa jual burger kat phase 1 cina mata sepet ya tapi masuk islam coz nya kawen ngan pompuan melayu.Selalu order burger kat rumah ya,kalau sik chicken burger,egg benjo ya nang selalu la..sampai sekarang masih lagi aku beli burger kat sana.tapi kadang-kadang je lar....
Sampai satu tahap,si penjual burger juga tahu menu pesanan aku yg wajib,chicken egg burger:)

Sewaktu zaman kecil aku tidak aktif seperti anak-anak yang lain,berbasikal sini sana,berlari-lari anak bermain jadi,bergaul ada geng..tapi itu aku mengaku ada lah..:)..Oleh sebab,aku ada asma jadi aku tidaklah seaktif kanak-kanak lain.Dulu,aku berlari sikit aje semput,kena debu asap pun boleh asma.Sekarang masih juga semput-semput tetapi tidaklah seperti dulu.Kalau dulu budak-budak SK ANCHI dan SMK Dato PERmaisuri memang terkenal dengan perangai masing-masing.Perangai buruk.Masa nak dekat UPSR pun sempat lagi escape,manakan tidak zaman kemuncak Counter-Strike main kat cyber cafe,sanggup tak makan biar main sejam rm2 .heheh....ingat aku lagi kawan-kawan mereka yang sanggup escape kelas petang..Haha..memang memalukan dan melucukan gelagat kami ketika itu.

Tapi bila sudah meningkat dewasa,masing-masing sudah besar,ada juga kawan yang sudah aku lupa dan juga ada juga yang aku ingat antaranya awang cabikmotion,sadam,mamat,cdak marul-mirul,asyraf,zami,nasrul,iqram pondan dato(sori..byk ilak iqram.) dan ramey gik lah....cney takorang kawan-kawan?Aku terus mencari dan akan mencari.Aku sik lupa kawan cuma kita tok makin besar rupa fisikkal pun dah membesar,masing-masing ada gerek,ada yang berjaya nun di menara gading ada juak yang lingkup nun di bilik besi penjara dek perbuatan masing....

Part two akan bersambung kemudian..Panjang lagi sebenarnya penulisan aku kali ini..

Nota Kaki:Sayang,kmk rindu ktk ba :(







Dawooz:Countdown to Politeknik Mukah

Argh aku sedang menikmati hari-hari terakhir aku berada di Miri.Aku rindu si dia.Ntah,dia juga mempunyai perasaan yang sama.Rindu.Itu yang kami akan alami.Malah semua couple juga pasti akan merasakan perasaan sebegitu rupa...

Namun kali ini aku update blog sekali lagi,argh tidak kurang 2 minggu lagi aku bakal bergelar seorang penuntut Politeknik Mukah atau PMU.Sekarang dalam fikiran aku,apa yang mungkin akan berlaku masa orientasi nanti?Yang aku pasti,psychology mesti kuat dan mantap.hehe...

Kurang daripada 14 hari,aku di Miri,tetap masa itu akan berlaku dengan sekejap sahaja.Tidak akan berasa 3 tahun nanti di Politeknik Mukah,selepas mendapat diploma maybe aku kena teruskan belajar lagi untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda mungkin dalam bidang mekatronik yang aku nak sangat-sangat itu.

Couple?Si dia tetap akan masih dengan aku selagi kami berdua tetap setia.Yang pasti kami punya janji.Kau?Kau tak perlu tahu apa janji itu.Namun sekarang,kami berdua akan terus terpaksa belajar.Belajar demi masa hadapan.Hey,takkan nak bagi anak dara orang makan pasir?Takkan nak bagi makan anak-anak rumput nanti?Takkan nak pakai kreta sorong aja nak jalan?atleast kereta pun kena la 4 tayar bercopkan jenama proton ke,perodua ke tak pun toyota.cukup lah...Bukan nak hidup bermewah,hidup sederhana aja.Orang putih cakap,low profile.

Sekarang persediaan aku nak pergi ke poli.
Medical checkup...checked...
Yuran ...checked....
Pakaian...checked....tp lum lengkap...
Makanan...checked...
Duit poket...checked...tp masih kurang....hehe...
Sembahyang...sendiri ingat la ..hehe...
hotel?..checked...

Arghhh masih kurang lagi...Aku tidak ada si dia berada di sisi..tidak mengapa,demi masa hadapan :D
ermmm

Selamat Hari Bapa ya kepada bapa-bapa yang dah membuktikan kejantanan mereka.Jagalah anakmu seperti dia masih seperti bapamu menjaga kamu.:)

Dawooz:Chit-chat 17062009

Hi...Aku online lagi..Sekali lagi aku update pada pukul 20:18 pada 17062009.
Hari ini tidak banyak nak aku ulaskan dengan lebih lanjut cuma beberapa perkara yang simple-mimple.Aku tiada pandai membina ayat-ayat membunuh kalian.

Aku sebenarnya sedang mencari sedikit info mengenai rumah kediaman terbaharu aku dalam masa 2-3 minggu akan datang aku akan menduduki rumah kamsis iaitu hostel untuk pelajar Politeknik Mukah Sarawak.:) Hanya Rm 60 untuk satu semester agak murah dan memang sesuai tambahan pula kepada pelajar yang berasal dari keluarga yang kebanyakkan dan jauh dari rumah.So,terpaksa la menetap d kamsis siswa.Ya aku dimaklumkan oleh kak zahora dan beberapa lagi senior yang menetap di kamsis siswa dan kamsis siswi,mereka mengatakan bahawa kes kecurian memang ada yang berlaku.Maklumlah,Politeknik jauh dari bandar nak beli pun mahal,jadi cara paling senang ialah panjang tangan;MENCURI.Ya masing-masing sudah ada ragam dan perangai.Tidak hairanlah kalau kawan biasa yang kita kenal pun boleh mengambil barang kita sendiri..
Jadi carilah roomate yang anda trust dan boleh dikatakan sama palak ngan korang..Itulah pesanan seorang senior yang aku kenal di teknik dulu.

Sebenarnya di mana sekalipun kita berada,pencuri memang ada di sekeliling kita cuma kita perlu pandai membawa diri dan juga menjaga hak milik barang kepunyaan kita.Bukan sahaja si pencuri barang tetapi lelaki si pencuri aka perampas kekasih korang pun ada.Pencuri tahap ini perlulah dijauhi dan dijaga dengan lebih teliti..Opss...Jauh sudah topik kita kan :)

Ok..Baiklah kita lupakan rumah terbaharu aku itu,kini kita bercerita pula tentang subjek maksimum Sijil Pelajaran Malaysia iaitu seseorang pelajar hanya perlu mengambil maksimum 10 subject sahaja.Bagi aku,ini ada pro dan contra.Pro-nya pula pelajar spm boleh memberikan kefokusan yang lebih kepada 10 subject.Contranya pula,seseorang hanya boleh mengambil fixed 10 subjek sahaja.Jika dia nak mengambil subjek tambahan 2 subjek juga mungkin tidak dibenarkan.Tetapi aku agak tidak berpuas hati apabila subjek mesti lulus hanya Bahasa Inggeris.Mana letaknya martabat bahasa Melayu?Sebagaimana Hang Tuah berkata pujangga,"Takkan hilang Melayu di dunia".Namun kini orang Melayu sendiri yang menghilangkan Bahasa Melayu.Betul kata seorang pakar motivasi terkenal,"Melayu mudah layu".Warkah untuk PM 1 Malaysia,"Ambillah langkah yang serious"Aku bukan penulis haluan pembangkang,cuma penyokong juga boleh jadi pembangkang sekiranya hak melayu hilang di Tanah Melayu sendiri.Renungkanlah...Aku tidak pula menafikan hak kaum lain ok?

Lagi satu subjek yang sepatutnya menjadi subjek yang perlu kredit bagi pelajar SPM yang bergelar warganegara Malaysia iaitu subjek yang mungkin menjadi keboringan ramai,iaitu SEJARAH.Pengkaji tersebut perlulah meneliti subjek sejarah sebagai subjek perlu kredit dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia."Orang yang melupai sejarah pasti mengulangi sejarah"Apa bisa kalian ingin negara kita dijajah?Sememangnya pemikiran kita sudah dijajah cuma jajahan minda dan kerohanian sahaja bukanlah lagi dari segi fizikal.

Aku rasa panjang lebar sudah aku merungkap apa yang terbuku di hati.Mungkin selepas ini blog ini tidak selalu akan di update kerana aku sebenarnya sedang memikirkan untuk membawa laptop ataupun tidak.Di antara pemikiran sekarang,Nak dibawa laptop nanti hilang.Kalau tak bawa laptop nanti aku ketinggalan berita terkini pula.Lagipun laptop itu penghubung aku untuk menghantar email kepada ibu bapa dan juga si dia.Aku rasa amat berat hati.

Nota Kaki:Selamat aku menjadi penuntu Politeknik Mukah.Tidak mengapa yah..2 tahun setengah aja tu.Aku amat yakin aku boleh menempuhi segala ujian tersebut namun berjauhan daripada rumah aku akan mengalami homesickness aiyo :D...

Dawooz:Makan di Rest0ran Al-Asna


Hey..aku update lagi..dari rest0ran al-asna aku menaip menggunakan hp s0ny E w910i..aku pergi dgn dua orang kawan yg mengajak aku kuar tgh malam.Nasib baik aku bwak hp ini dapat jgak bermsg dgn si dia yg tersayang nun di Marudi.Rindu sama dia.

Sedap betul r0ti canai tambi,memang kaum india pelopor pembikin r0ti canai yang boleh dikatakan A-Level yang sedap cuma byk minyak..ada masa korang belanja lar aku..

Nota Kaki:aku rindu dgn si dia..argghh 3 minggu lagi kami berjauhan..tapi hati kta tetap bersama.kami teguh disamping bersama.

Dawooz:Hantu di rumah aku


Tiada update penting.Aku sedang berehat.dan memikirkan apa yg akan terjadi sebulan dari sekarang-apa yg terjadi kat aku?aku akan jadi seorang manusia yg baik?

Dawooz:Jangan Kau Bimbang sayang,LINDA!!.

Yeah,Im back..Semalam 10.06.2009 aku medical check up kat Klinik Dynamic Dr Arif kat Miri.Sapa orang miri tauk la cney ya..Haha..Waissehh,aku clear dadah :) aku juga sihat tetapi aku ditetapkan sebagai seorang penghidap asma dan lelah iaitu aku tidak dapat berkerja terlalu keras dan memaksa degupan jantung hehe...papapun istilah,aku telah dideclare sebagai ASTHMARISM :D hehe... :) ...

Now,11.06.2009 on 1743 aku sekali update blog tetapi bukan untuk tutorial blogging lagi :D ...hehe postpone lagi ya tutorial itu ya.Jangan kau bimbang,aku pegang janji,aku akan kongsikan ilmu untuk korang yang sanggup menunggu ilmu yang percuma :) .Lagipun bukankah korang blogger yang HEBAT,DINAMIS,PELONJAK PRADIGMa apa lagi yea?




KAU YANG - MALIQUE feat. NAJWA

jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang ku tetap kau yang punya

bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dan menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali,
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

kerjayaku memang kejam
punca matamu tak boleh pejam
bermalaman, bukan berjam
di mana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku di telefon kalau tak di sisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang, tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku

satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

ku hanya punya kau
dan
hip hop

ku juga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetap ku yang punya

Aku tak peduli apa korang kata.Aku hanya penulis blogger jalanan yang suka luahkan apa yang aku rasakan aku patut luahkan.Cuma korang tak perlu risau,aku juga seorang yang pendiam;penyimpan rahsia kebanyakkan orang ;)

Lebih baik aku berterus terang sahaja,yang sebenarnya post ini untuk Cik Linda dan secara umumnya jua kepada sesiapa yang sedang hangat bercouple seperti cik awang dengan cikgu kita :) dan ramai lagi pasangan couple di luar sana.Kalau couple nak setia bukan susah kan?Cuma kejujuran dan bertolak ansur ye tak abang-abang kakak-kakak?

Jangan kau bimbang sayang dengan siapa ku berada atau kemana ku berada,kesetiaan itu pegangan aku yah..dunt you worry ya..Kamek kan ktk yang mpun,kalau kita berjauhan kelak sekalipun,hati tetap mauk dengan ktk.FULLSTOP.I'm yours dear!
Apa yang kita dah lalui 4 tahun tok mungkin ada pengalaman supaya kita terus dan akan sentiasa sayang each others ya..No worries at all,im glad to spend my time with you as well you so.

Kan dah semua kawan-kawan tauk hubungan kita aite?So dunt worry la..pasti ada perepot lak ba :) cuma I hate perampas that all..kmk xkisah ktk mok kawan dengan sapa,or mok buat apa because Im trust you.Only you.Kalau ada pun lelaki-lelaki perampas i will protect you keyh.

Kepada pasangan couple,janganlah kamu break kalau kamu terlalu sayang si dia,walaupun bagaimana sekalipun kalau itu sudah pilihan kamu untuk jadi couple yang anda sudah serahkan hampir segala-galanya,dialah malam,dialah siang,dialah segala-galanya teruskan..teruskan sampai ke jinjang pelamin.Jangan biarkan hubungan kalian tersesat di tengah lautan jalan dan usahkan si dia dirampas oleh laki-laki atau perempuan-perempuan yang tidak tahu erti sakit hati apabila pasangan anda dirampas.

Mungkin dalam masa belajar ini kita akan selalu berjauhan dengan si dia satu rahsia yang paling penting,KOMUNIKASI!!!.Ya carilah cara untuk berkomunikasi dengan si dia.Bodohla kalian jika tidak berkomunikasi dengan si dia.Kan masa sekarang macam-macam teknologi canggih..paling asas pun,bermsg lah dengan si dia,tanya khabar or crita apa2 sahaja.Lagipun sekarang modenisasi kan ada ym,msn,VoIP call,macam lah..video call 3G pun ada.Jadi gunakanlah kemodenisasi itu dengan sebaik mungkin jangan pula disalah gunakan uea.

Jangan kau bimbang sayang,aku kau yang punya.Semalam mungkin bukan hari esok dan hari ini bukan esok atau semalam.jadi gunakan masa yang ada sebaik mungkin.Kalau kalian sayangkan pasangan kalian,jangan sayangkan nafsunya,sayanglah seadanya dia,pastikan dia selalu bahagia bersama anda biarpun berjauhan sekalipun.Apa guna kalau si dia berada sebelah rumah anda,tetapi selalu bergaduh atau si dia curang?Renungkanlah...maafkan kalau ada yang terasa[Hanya mengikut pengalaman kawan sahaja ... ;)]

Ok...enough is enough..sayang wait until kita pun 10th year relationship ya ..Sekarang baruk 4th tapi xapa,kita perlu belajar juak dolok k..Wah ada 6 tahun onward lagi ba...xapa,sedangkan ada yang lagi berjauhan ba...Itukan dugaan Allah S.W.T..Sabar ya sayang...Sabar ya kalian jika anda juga berjauhan dengan si dia.Tidak perlu selalu berada di sisi kalau tidak setia apa lagi curang.

Baiklah jam dan menunjukkan 1820,aku nak menghentikan taipan terakhir aku ini.Baiklah,aku pergi ke politeknik Mukah,Si dia pula jauh nun seberang laut.

Nota kaki:Kalau betul dia milikku,biarkan.Jangan jadi perampas ya,aku tidak suka orang ketiga yang ada dalam hubungan kami :) Maafkan aku kalau ada tersilap kata,aku akan berkeras dalam penulisan blog tetapi kalau dunia realitinya aku pendiam,itulah fungsi blog :)

Dawooz:Cinta itu bukan buta.

Jam menunjukkan 1134 bertarikh 09062009,sekali lagi aku update blog yang menjurus kepada soal hati tetapi aku tidak lupa akan tentang tutorial blogging yang senang seperti mana yang aku janjikan kepada kalian semua.Namun tutorial bukan pada post kali ini ya kawan-kawan.Pada kali ini post dawooz bukanlah dikateogorikan sebagai post jiwang namun saja ingin meluahkan pandangan 180 darjah celcius.Kalau kalian tidak suka akan blog ini,bolehlah dipersilakan meninggalkan blog ini dengan rasa hormat ya.Dawooz tidak akan menghalang kalian untuk mencaci atau membenci.Setiap manusia ada yang ketidakpuasan hati,so aku akan biarkan korang untuk memilih sama ada nak baca blog atau meninggalkan blog ini.Dunia kita demokrasi ok.No hiprokrit here caiooo :D...Sebelum itu,sudah follow aku on twitter tak?

Hanya untuk tatapan kenangan kami.Friendster

Kalau benar cinta itu buta,mana doktornya?,
Kalau benar cinta itu tidak perlu hati,mana pengubat rindunya?,
Kalau benar cinta itu suka sama suka,mana beradu janjinya?,
Kalau benar cinta itu senyap,mana suaranya?,
Kalau benar cinta itu duit,mana sumber dalilnya?,
Kalau benar cinta itu suci,mana kata hikmatnya?,
Kalau benar cinta itu benar mana buktinya?,

Cinta itu bukan buta tetapi dibutakan hatinya untuk cinta,
Siapa pula perlu membimbing arah tuju cinta itu?
Siapa pula yang perlu berkuasa terhadap cinta?
Siapa pula menjadi banduan cinta buta itu?
Siapa?beritahu aku siapa.
Cinta itu anugerah Tuhan Yang Maha Esa
by:dawooz on twitter and friendster

Aku tahu ramai pujangga cinta yang butakan hati untuk mencari cinta tetapi kau?kau tak perlu tahu definisi cinta itu.Kerana cinta itu subjektif yang pastinya terlalu banyak jawapan daripada kebenaran,bukan?Kalau cintakan nafsu,pasti ramai yang sudah ternoda.Ternoda menyerahkan mahkota kononnya untuk dibuktikan cinta sejati.Ya ramai perempuan masa sekarang sudah terpudar mahkota yang kononnya untuk sang suami yang sah selepas dikahwini tetapi berapa ramai yang betul-betul menjaga yang sepatutnya dijaga.Itu barulah cinta buta.Hai sang perempuan jagalah mahkotamu yang sepatutnya diperolehi hanya untuk sang suami,bukannya untuk 'gerek' kamu yang belum lagi sah untuk diberikan.Oppss maaf ya kalau aku telah mengecilkan hati kalian semua..tetapi realitinya,lihatlah di luar sana,panggilan-panggilan untuk perempuan yang telah rosak akhlaknya,'Perempuan tsunami','Perempuan lobos','callgirl' atau jua sekali istilah pun.Wahai wanita jagalah perilaku kamu itu.Tidak kisah la sama ada bertudung mahupun tidak.Jangan mudah terpedaya ya kawan.Namun tiada siapa yang sempurna ok.

Bagi sang teruna,kalau betul kamu sayangkan si dia,berusahalah ambil si dia dengan cara yang betul dan sah.Jangan nak cari kepuasan sebelum berkahwin sahaja,nanti rugi di dunia sebelah sana,jamahlah tubuh yang sah dan halal saja bagimu,jangan pula mencari keharaman.Ya,nikmat haram itu sekejap sahaja tetapi dosanya berkekalan.Usahalah apa jua sekali pun.Pasti jodoh anda ada di mana sahaja yang Tuhan mahukan anda berjodohan dengan si dia.Aku bukan mengata korang cuma menyedarkan diri sendiri sahaja."Yang baik semuanya datang dari Allah,yang keji dan hina datangnya dari kelalaian manusia sendiri".Manusia dilahirkan dan diciptakan daripada 1001 jenis kaum,bangsa,agama, mahupun sosialiti dan juga mentalilinya,yang pasti manusia akan sentiasa disesatkan oleh syaitan berdasarkan nikmat dunia dan kelazatan yang haram.

Bagi sang lelaki yang sudah tahu bahawa seseorang perempuan itu sudah berpunya dan milik lelaki lain,jangan pula kamu rapati dia dan dekati dia kerana pastinya dosa kalian untuk meruntuhkan perhubungan sang perempuan itu dengan pasangannya.Ingat ya,perempuan itu bukan untuk anda.Sudah tertulis dia milik lelaki lain.Justeru itu,kalian perlulah cari lagi perempuan lain kerana jodoh anda sudah tertulis dengan perempuan lain.Jangan pula gatal-gatal nak merosakkan perhubungan orang lain ok.Cuba bayangkan anda berada di tempat lelaki itu,jika pasangan anda dirampas oleh lelaki lain,apa yang anda rasa?Sakit hati bukan?Cuba renungkanlah,fikirkan apa yang ada sudah lakukan?Ingat.hukum karma juga boleh terjadi.

Aku juga banyak melihat di luar sana berapa ramai golongan kaum hawa yang menyerahkan tubuh mereka untuk dijamah sesuka hatinya oleh kaum adam yang bukan bergelar suami.Ya,aku akuai yang aku bukanlah alim sangat namun perkara maksiat dan meminum minuman yang memabukkan akan aku jauhi setiap masa.Ya,tidak semestinya orang yang kuat bersembahyang juga tidak akan membuat dosa.Aku teringat akan cerita akan orang tua,walaupun orang yang kuat sembahyang tetapi jika dia seorang berada di suatu tempat yang banyak duit,pastinya akan ternoda juga imannya kerana syaitan akan menyuruh ia ambil duit tersebut.Walllahua'alam.Tidak berani aku menyatakan kebenaran tersebut.

Panjang sudah celoteh aku,ya maafkan aku jika aku ada tersalah kasar atas kebenaran ayat aku di atas.Sekarang menunjukkan jam 1217 yang menyatakan hampir 30 minit aku menaip ayat-ayat dalam blog aku ini.Sekali lagi aku ingin menyatakan mungkin juga dalam tulisan aku di atas ada yang tidak ada kebenarannya langsung.

Okaylah...Dia saya punya,jangan ada sesiapa yang berani merampas ok?Really sayang dengan dia.Always need you,ingat ya awak 6 tahun lagi ;)..Blog ini aku punya so sukati aku la nak cakap apa ya... :) ...ya,kami dah lalui banyak kenangan pahit dan manis,rasanya paling manis pun ada kan ..just kami berdua sahaja yang tahu..Cinta kami tidak pula buta dan tidak bersandarkan cinta nafsu serakah sahaja.Akan aku jaga ia sepenuh hati aku,ingat pesanan kamek k?:)

Nota kaki:Dalam hidup ini,pasti ada yang tidak puas akan kita hidup di dunia.Tetapi ingatlah 1 orang tidak suka ada 10 lagi menanti yang tidak membenci anda.Mungkin ada yang terasa hati akan post ini.Tetapi aku hanya luahkan terbuku perasaan di hati ini.Owh ya...perempuan dalam gambar dengan aku itu aku punya,100% akan ku miliki sepenuhnya.No one can touch her ok.Aku benci perampas.

Dawooz:Balik hari dari negara brunei.

Salam sekalian ahli blogger...Hamba baru sahaja balik dari negara Bruney Darulsallam pada pukul 5 ptg lebih kurang la.Aku balik hari sahaja..Aku berangkat ke bruney pada pukul lebih kurang 10 pagi la.Sepemergian aku ke Bruney ini bertujuan untuk pergi melihat upacara sepupu aku yang berada di Kuala Belait untuk akad nikah.Alangkah bahagia aku tengok dia diambil secara sah berdasarkan ijab dan kabul.

Aku belum lagi mahu ke ijab dan kabul kerana masa depan dan pelajaran aku memang penting untuk mendapatkan si dia :).Tunggu ya..?hehe...kau orang tak nak kahwin ke?Ada aku kisah kalau kamu orang nak kawin ke tidak..

Ya...Seketika ini jalan darat untuk pergi ke Kuala Belait,Bruney hanya mengambil masa kurang daripada 50 minit jika tidak ada kesesakan lalu lintas.Aku juga hairan ada checkpoint untuk pemeriksaan H1N1 Selesema babi buta itu.Agak melecehkan dan juga kepanasan untuk menunggu.

Namun aku tidak ada kesempatan mengambil secebis photo picisan untuk dikongsikan dengan korang agar lebih dapat membayangkan keadaan di checkpoint pemeriksaan kesihatan sempadan bruney dan juga Malaysia.

Sebelum aku pergi ke Bruney,sempat juga berjumpa dengan si dia yang tersayang dan aku juga yang hantar si dia ke wharf Kuala Baram.Ahhh ....Dia dah nak balik ke Marudi,rindu dendam pasti tercalit kat hati.Tak apa,aku sempat bermesra dengan si dia.Thanks ya awak,walaupun sik sempat untuk temankan tetapi hari-hari aku sebelum ini dalam suasana dan tahap yang membahagiakan sehingga aku lupa untuk memberikan korang tutorial berblogging.

Terasa berat hati untuk melepaskan dia pergi,namun aku tahu dia masih milik ibu bapa,takpa,aku akan jadikan dia milik aku..kau?Kau tak perlu kacau dia,pergi...pergi cari yang lain...aku tidak ganggu kalian jadi usahlah kalian ganggu hubungan kami.Aku bukan ingin menyampaikan pesanan penaja namun aku harap ada di antara kalian 'penggangu' agar faham.Bukan sahaja ganggu hubungan kami,namun aku harap 'pengganggu' itu tidak juga menganggu hubungan orang lain.Masih ada lagi untuk anda di luar sana :)

Esok aku akan berangkat lagi ke bruney dan hari ahad baru bali.ala tidak dapat kami nak bermsg namun tidak apa,aku percaya dia...

sekali lagi,aku akan menghadapi pemeriksaan H1N1...sialan lorr..:D
aku tidak ada selesama babi :D

Nota kaki:Kuatnya rindu aku kat dia...ahhh....tidak apa korang jangan pedulikan kerinduan ku :D

Dawooz:Dia Milik Aku.Bahagia hariku.

aha...Aku menulis lagi kali penuh dengan nada kegembiraan,suka duka,rindu sayang semua bercampur aduk bergaul sebati dengan penuh resepi keceriaan yang melanda.Ahh...sebelum itu aku ada menjanjikan korang satu tip blogging pada post terdahulu namun aku belum ada mood mahu memberikan kalian tutorial blogging kerana mood aku berada di tahap yang menginginkan tersayang selalu ada di sisi aku.

Ya beberapa sebelum post ini dilahirkan si dia memang memang ada dengan aku,bukan sahaja jumpa namun dialah segalanya bagi aku..Ahh tidak perlu aku beritahu bila si diadatang ke Miri.Namun aku tetap bahagia dengan dia bila seharian..oppss bukan seharian...tetapi hari-hari :D
Arghhh...this picture taken by her,bilamek duak lam kreta masa kat Marina Bay...Thanks for all dear...i wish u will success in further study...waa...banyak dah mekduak dah lalui dalam masa 4 tahun towk...boleh katakan macam-macam dari ada beberapa 'budak' lelaki yang cuba-cuba mengurat si dia..Tapi kami tetap bersama..Tidak,tidak mungkin aku sia-siakan apa yang si dia sudah berikan kat aku..tapi biarlah aku sahaja yang tahu apa.Kau??kau tak perlu tahu terlalu details ya.

Aku?Biarkan aku mengetik papan kekunci berhuruf ini untuk diluahkan kat orang yang pekakkan hati tebalkan telinga.Rasanya lepas minggu tok,kamekduak susah mok jumpa gik.Sebab??Masing-masing mauk teruskan pelajaran.Aku pula akan pergi ke Politeknik Mukah dalam bidang mekanikal.Bolehkah aku hidup berjauhan dengan si dia?Nanti rasanya jarang juga kami bermain keyboard handphone.Kami sukab bermessage,korang jangan pedulikan kami ya.Itu Kami.Si dia pula pergi di bawah biasiswa tertentu..

Arghhh...Ingat ya nanti kalau rindu dendam kta tetap setia :)..Aku harapkan korang yang sedang bercouple yang juga ingin meneruskan pelajaran setialah kepada yang satu selain yang di atas."Tanpa keberanian mimpimu tidak mungkin akan bermakna"

Usah biarkan orang lain menggangu kamu dalam perhubungan kamu dengan si dia.Kalau sudah jodoh kamu dengan si dia tidak akan lari bumi dikorek,tidak rebah dek gunung diredah,tidak longlai sang harimau diburu.Tidak pudar cinta dicuci dengan clorox.Itulah kata-kata bijak pandai tapi siapa?Aku bukan.


Ini pula gambar ketika kami sedang dinner di Marrybrown kat Pakson Megamall yang baru buka tu.Tidak mengapa,Si dia sudah jemu nak makan di KFC jadi kami pun cuba makan di marrybrown.Kenapa aku nak blurrkan mukanya??Arghh dia tidak bersalah mahupun 'wanted person' tetapi aku saja tidak mahu kongsikan jelingan manjanya kepada korang sekalian.Biarlah itu rahsia kami :) Apa yang menarik,aku tidak perlu untuk mengeluarkan ratusan ringgit seperti lelaki dalam perhubungan lain .Aku tidak mengata korang tidak pula berbangga diri jauh sekali ingin menunjuk.Kami suka akan kesederhaan,maaf ya kalau ada yang terasa.

Ya aku sangat sayangkan dia dan tersangat nakkan dia.

Nota kaki:Saja luahkan tetapi bukan untuk mengata orang lain jauh sekali mengumpat apa lagi menghina..Aku rasakan apa yang aku rasa.Korang tidak suka boleh blah dari blog aku ya

Total Pageviews