Pengikut Setia

Dawooz : Sebulan sebelum finale exam semester 2..macam-macam,,,

Sejak kebelakangan ini,agak susah nak menjadi seorang blogger yang kerjanya mem'blogging' sahaja...Susah kerana assignment bertimbun(Banyak la tue maksudnya..),ditambah pula dengan masalah utama iaitu line internet di sini sungguh membosankan sampai tahap membolehkan student politeknik mukah sarawak pada tahap kegilaan kerana line yang amat teruk sepuluh kali teruk daripada tmnet zama dulu kala...

Agak pudar semangat aku bila berjenaka tentang broadband ini yang sememangnya line sini sungguh mengecewakan aku...Cuba bayangkan,kalau pakai line broadband celcom tu memang agak laju la tapi tak dapat dibandingkan jika kita online menggunakan broadband di kawasan seperti miri atau bintulu..Kalau pakai deconexxion,bayangkan anda dapat buat air milo panas untuk menunggu page diloading atau diupload...lagi-lagi kalau buka youtube.. :D

Bukan nak mengata tapi kenyataan di sini,ketinggalan zaman...Tak adil sungguh kerajaan,tempat lain kat semenanjung Malaysia kat pendalaman ada line broadband,takkan kawasan Mukah yang taklah pendalaman sangat kekurangan kemudahan atau teknologi yang tidak canggih seperti ini.Kita lihat di negara Barat atau Jepun atau Korea Utara,high speed broadband mereka sudah 14mbps malah ada yang lebih laju.Macam mana la rakyat Malaysia nak maju kalau di'anaktiri'kan sebelah Borneo ini.Bukan nak mengata tapi hakikat.Tak heranlah kalau rakyat sekarang ramai jadi pembangkang even bukan nak jadi penyokong Pas ke PKR ka apa ka...Yang penting sama rata..

Okay berbalik kepada final exam tak lama lagi,aku agak bz la..Kekadang ada juga rasa nak give up subjek semester 2 ni agak susah dan mencabar sedikit.Memanglah nak katakan semester 2 ini agak senang tetapi kalau nak cakap senang taklah boleh senang sangat..cuma apa yang nak dikatakan,agak mencabar..FInal exam akan berlangsung 17 Mei sehingga 28 Mei 2010 so tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sedangkan aku belum lagi bersedia sepenuhnya dengan peperiksaan yang akan datang yang agak mencabar.Sudah la 5 subjek yang akan dibawa untuk final exam,Termodynamics 1,Technology Electric 2,Teknologi Worksyop,Mathematics,Teknologi Bahan 1..Semuanya sudah memeningkan kepala..Jadi,persediaan yang rapi semestinya dilakukan oleh aku,susah dahulu senang kemudian..Bukan senang dulu susah kemudian..

Okaylah rasanya sampai di sini sahaja aku posting dan jika ada masa yang terluang aku akan membuat post yang sekerap mungkin agar blog ini nampak hidup kembali..

Dawooz : Sungguh Pelik...

Pelik kerana aku tiada punyai idealogy untuk dirungkaikan untuk menjadi tatapan umum.
Cuma sekarang ini aku tengah sibukkan diri dengan termodinamik sebuah subjek kebangsaan yang agak suukar untuk lulus bagi aku lah..sekarang,aku cuma ingin lulus..susah nak dapat pointer 4 dalam subjek termodinamik..CUma aku doakan aku dapat lah berjaya dengan cemerlang...

Sekarang aku nak tamatkan apa yang aku nak posting sini..Kekurangan air serta kekurangan air.

Dawooz : Coretan Mirian..

Hey...next update in new month..April..Tak ada papa nak share sebenarnya..Aku baru sahaja balik ke Miri...Hari Ahad,4 April terpaksa la balik ke Mukah.Dan maybe sehingga selesai Final Exam baru aku akan balik ke Miri lagi,tak nak bazir duit lar...

Now,aku nak bawak printer Canon MP198 ke Poli,susah jugak kalau tak ada printer nak siapkan assignment.Bukannya apa,kalau nak print kat poli tu cari je kawan,tapi kalau nak buat assignment last minute,takkan nak ketuk bilik kawan tengah malam buta(nak ganggu ke orang nyenyak tido..??)..Tulah pasal aku nak bawa printer tu..Cuma aku sedang fikirkan macam mana aku nak bawa ni printer tu dalam bus,sudahla terpaksa melalui Jalan Bergelora untuk masuk ke Mukah.Kalau nak naik flight lagi la bahaya aku pun printer,so nak tak nak terpaksa la menaiki bus Suria.So terpaksa la terima hakikat..

So,pagi ni aku bukak la Harian Metro online,tiba aku ternampak satu berita yang aku rasa tak terduga,yang berbunyi ',Jenazah Din Beramboi sebelum solat Jumaat' seperti aku tidak sangka kerana penyakit nyamuk denggi seorang lagi insan seni meninggalkan kita jauh pergi selama-lamanya.Aku tak sangka la seorang yang sihat dan suka buat lawak tiba-tiba sakit dan terus membawa diri.itulah janji Allah,bila ajal kita sampai,satu saat pun tidak akan tercepat atau terlambat ditarik Malaikat..Wallahu'alam.Al-Fatihah buat Din beramboi dan juga kawan karib aku,Azrul bin Haji Jamhari dan juga semua yang telah pergi.Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Satu lagi ,berita yang sedih aku dengar apabila hukuman sebat Kartika Seri Dewi Shukarnor, 33,yang sepatutnya disebat kerana ditangkap meminum minuman keras,minuman yang amat ditegah dalam Islam,hukuman sebat sepatutnya dilakukan ke atas para pemabuk beragama Islam tetapi ditukarganti ke hukuman yang ringan iaitu kerja amal sahaja.Dunia sekarang seperti menghendakkan apa yang ditegah syariat Islam.Kalau hukum syarak cakap sebat,sebat aje la..Dah brani buat,berani la tanggung yea??Penghakiman di Malaysia tidak berpegang teguh kepada perlembagaan Islam yang sebenar.

Susah nak cakap dunia zaman sekarang ini,semakin menuju ke kekiamatan.Sayang sekali,ramai yang sibuk dengan diri masin-masing..Pedulikan sahaja.Miri?Apa ada dengan Miri sekarang?Aku baru balik dari Miri,tiada apa banyak perubahan yang berlaku cuma Aku lebih selesa berada di Miri berbanding di Mukah,seriously,Mukah not my choice for futher study,bukan sombong or what..Aku nak sangat amik course Mekatronik kat Poli Kota Kinabalu sebenarnya tapi tersangkut kat Mekanikal Awam,aku amik aje la walaupun tough untuk aku hadapi.Agaknya lepas diploma ni,kalau ada rezeki aku akan grab peluang untuk dapat mekatronik,then maybe aku sambung jadi lecturer aje kalau tak pun,aku terjun bidang lain,bidang keusahawaan kejuruteraan.Ntah la,aku hanya berserah kepadaNya..Macam senior aku kata,'Ko suka tak suka,ko kena suka walaupun sukar'.

Oklah,..lain kali aku akan update lagi..Sekarang ni kena selesaikan report bengkel...Next week terpaksa hanta..

Total Pageviews