Dawooz:Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menyambut Bulan ramadhan al-mubarak buat umat Islam yang sedang membaca blog budak Politeknik Mukah Sarawak ini.Ucapan ini khas dawooz tujukan buat Ibu bapa tercinta yang berada di Miri,sarawak,juga buat insan yang tersayang nun jauh di seberang sana,serta seluruh kawan yang mengenali diri ini.Sebelum tibanya hari raya aidilfitri yang mulia,lebih baik terlebih dahulu aku memohon keampunan dan kemaafan kepada kawan-kawan atas kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan.
Agak lama juga aku tidak menjamu nukilan aku kepada kalian kerana di Politeknik Mukah ini line celcom broadband agak lembab kerana line celcom di sini memang agak kurang ajar sikit.Kalau nak guna wireless kat luar malas la sebab nak angkut laptop yang tidak seberapa ini kat cafe padahal cafe just sebelah dari bilik aku sahaja kerana aku menetap di aras 1.
Oleh sebab blog ini mungkin agak ditinggalkan seberapa lama kira-kira dalam 3 minggu kerana exam paper engineering mathematic dan technician science lagi..So aku kena study hard n hard.Kerana aku tidak mahu carry subjek itu semula apabila berada di sems 2 itu nanti.Aku juga tidak mahu repeat sems kerana masa aku sekarang amat bernilai.Di sini aku tinggalkan pesanan buat kawan-kawan,orang yang tersayang dan juga ibu bapaku.
Mula-mula sekali aku ingin sampaikan pesanan ringkas buat kedua ibu bapa ku yang akan membaca blog ini
Buat ayah dan mak,
Tidak lama lagi aku akan pulang ke Miri untuk berhari raya.Aku akan balik ke miri 12.09.2009 ini seminggu lebih sebelum raya ini.Mohon maaf dan keampunan dari aku anak mu.
Ya,di Politeknik Mukah ini aku sudah banyak menggunakan duit kedua parent yang tidak dapat aku bayar balik kemungkinannya.Lebih baik belajar bersungguh-sungguh sahaja :) .Itulah agaknya coretan aku buat ibu bapa yang tersayang.
Buat si dia yang tersayang,
Maaflah kalau kmk ada buat salah kat ktk k.Bulan puasa ramadhan tok,kita harus banyak bersabar lebih-lebih lagik dalam menjaga hubungan yang telah dan akan kita pertahankan demi cinta yang kita dah rasai bersama.Ingatlah,kaum hawa kata-katanya lebih didorongi emosi kerana akalnya wanita 1 namun nafsunya beribu.Jagalah diri di tempat orang ya k.Bukan senang untuk kita mempertahankan hubungan yang dah kita jaga nak.So apa yang kmk harap,kesetiaan dan kejujuran keys of relationship.Jarak fizikal bukanlah penentu jarak percintaan kita.anyway,gud luck for u keyh.Jagalah kesucianmu sayang jika kau milikku.Jagalah peribadi muslimah mu jika kau inginkan aku.Kmk sayang ktk gilak..
Maaflah kepada yang lain jika aku agak sedikit jiwang kerana aku adam yang perlukan hawa.hawa yang muslimah untuk ada bersama aku dan akan ku bimbingi si dia kerana dia tanggungawajap aku.Akan aku jaga dia supaya tiada siapa berani menggoda.
Buat rakan-rakan seperjuangan
Carilah ilmu itu kerana kehidupan kita ini adalah sebahagian daripada ilmu.Mungkin waktu student's life ini kita akan jarang berkomunikasi kerana masing-masing sibuk dengan membuat assignment,membuat ulangkaji,serta menjalani ibadat puasa ini kepada kawan yang muslim.
Aku sebenarnya lebih gemar kehidupan sekolah rendah kerana aku tidak perlu mengurus diri sendiri.Namun aku sedar aku tidak selamanya di bawah jagaan ibu bapa atau orang yang lebih tua daripada aku.
Arghh aku rasa secukupnya pesanan dan coretan aku untuk masa ini.Sekarang aku nak rehat kerana keletihan tambahan pula bulan ramadhan itu sudah tiba.Tetapi itu bukan alasan.