Dawooz : Sebulan sebelum finale exam semester 2..macam-macam,,,
Sejak kebelakangan ini,agak susah nak menjadi seorang blogger yang kerjanya mem'blogging' sahaja...Susah kerana assignment bertimbun(Banyak la tue maksudnya..),ditambah pula dengan masalah utama iaitu line internet di sini sungguh membosankan sampai tahap membolehkan student politeknik mukah sarawak pada tahap kegilaan kerana line yang amat teruk sepuluh kali teruk daripada tmnet zama dulu kala...
Agak pudar semangat aku bila berjenaka tentang broadband ini yang sememangnya line sini sungguh mengecewakan aku...Cuba bayangkan,kalau pakai line broadband celcom tu memang agak laju la tapi tak dapat dibandingkan jika kita online menggunakan broadband di kawasan seperti miri atau bintulu..Kalau pakai deconexxion,bayangkan anda dapat buat air milo panas untuk menunggu page diloading atau diupload...lagi-lagi kalau buka youtube.. :D
Bukan nak mengata tapi kenyataan di sini,ketinggalan zaman...Tak adil sungguh kerajaan,tempat lain kat semenanjung Malaysia kat pendalaman ada line broadband,takkan kawasan Mukah yang taklah pendalaman sangat kekurangan kemudahan atau teknologi yang tidak canggih seperti ini.Kita lihat di negara Barat atau Jepun atau Korea Utara,high speed broadband mereka sudah 14mbps malah ada yang lebih laju.Macam mana la rakyat Malaysia nak maju kalau di'anaktiri'kan sebelah Borneo ini.Bukan nak mengata tapi hakikat.Tak heranlah kalau rakyat sekarang ramai jadi pembangkang even bukan nak jadi penyokong Pas ke PKR ka apa ka...Yang penting sama rata..
Okay berbalik kepada final exam tak lama lagi,aku agak bz la..Kekadang ada juga rasa nak give up subjek semester 2 ni agak susah dan mencabar sedikit.Memanglah nak katakan semester 2 ini agak senang tetapi kalau nak cakap senang taklah boleh senang sangat..cuma apa yang nak dikatakan,agak mencabar..FInal exam akan berlangsung 17 Mei sehingga 28 Mei 2010 so tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sedangkan aku belum lagi bersedia sepenuhnya dengan peperiksaan yang akan datang yang agak mencabar.Sudah la 5 subjek yang akan dibawa untuk final exam,Termodynamics 1,Technology Electric 2,Teknologi Worksyop,Mathematics,Teknologi Bahan 1..Semuanya sudah memeningkan kepala..Jadi,persediaan yang rapi semestinya dilakukan oleh aku,susah dahulu senang kemudian..Bukan senang dulu susah kemudian..
Okaylah rasanya sampai di sini sahaja aku posting dan jika ada masa yang terluang aku akan membuat post yang sekerap mungkin agar blog ini nampak hidup kembali..
gud luck.. all the best.. haha:)