Pengikut Setia

Akai ada ka nak hina Sarawak?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Agaknya dawooz lama dah tak update post kat blog ni..Maklumlah agak bz dan line internet yg menggunakan broadband agak atau memang sangat lembab...Kalaulah di kolej kediaman politeknik boleh pasang line internet streamyx,memang aku sudah sign up.Takpe lah...

Kali ini aku nak entry yang sangat panas buat anak jati Sarawak,Aku memang tau dah hal ini sejak beberapa hari lepas,kira-kira seminggu lepas yang dulu.Aku cuba diam diri..Apabila dah hangat,aku mesti katakan sesuatu.Disini aku jelaskan,aku cuba tak kan post yang berunsurkan emosi walaupun kenyataan seorang blogger ini,Schaza Zidane.I'm mark your word. Bukan nak marah engkau wahai diva.Cuma kau perlu berhati-hati mengeluarkan statement yang ada unsur sejarah atau persetujuan dahulu.kalau kau cakap tertekan sekalipun,cuba untuk rational sebab statement kau tu boleh pecahkan perpaduan Malaysia macam Dr Najib Abdul Razak cakap 1 Malaysia.

Satu aje pesanan aku,kau balik ke tempat asal ko tu,ko carik buku sejarah kau tengok-tengok la Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 20 Sabah dan Sarawak.Atau ko dah maju sangatkan,gunalah internet tu,google la pasal 20 Perjanjian Sabah dan Sarawak.

Ko cakap orang Sarawak tu tak terima orang semenanjung atau orang Malaya datang Sarawak?Ko silap..banyak je cikgu-cikgu Malaya datang sini seluruh Sarawak.Pak Askar-askar Melayu dan Abang-abang Polis Diraja Malaysia kat Sarawak ni.Kebanyakkan pulak orang Malaya.Yes,im sarawakian.Tapi aku takla kutuk-kutuk orang semenanjung pulak,sebab aku ada je kawan dari semenanjung,depa okay jer..Yes,orang Sarawak memang tinggi semangat kenegerian,terlampau tinggi.Nak tau kenapa?Kami asal dari kampung tapi bukan tinggal atas pokok.Sentiment yang dilontarkan sesetengah orang Malaysia bukan dari Kepulauan Borneo.aku tak cakap semua orang semenanjung cakap macam tu,tapi minoriti.Kalau korang cakap semangat kenegerian,kita semua akan ada semangat kenegerian walaupun 1 malaysia.Itu terpulang bagaimana kita punya pandangan.Normal la semangat kenegerian,cuma tak semua orang Sarawak yang terlampau extreme.semua baik jer..

Mungkin sentiment yang Orang Sarawak tinggal atas pokok tu yang membuatkan 'kami' kurang nak bergaul dengan orang Malaya yang mana membuat bibit-bibit kebencian sedikit bagi orang veteran di Sarawak.Tapi aku takde la bencikan orang Malaya,sbab kitakan dalam Malaysia,satu Malaysia.Cuma agak kecewa sedikit.Sebab kebanyakkan orang berfikiran macam tu,sebenarnya belum lagi menjejak kaki di Sarawak ataupun mereka tiada saudara-mara dekat Sarawak.

Kau silap pasal agama,agama Islam tak berapa kuat sebab kat Sarawak tiada agama rasmi.Cuma kami sini nak tekankan,Islam memang ditegakkan di Sarawak.Ko ada tengok tak Masjid atau surau di Samarahan tu atau di bandar-bandar Kuching?Memang kami kurang ustaz,ustazah,tapi tak semestinya kami tak pegang agama Islam kita semuanya.

Kalau ko cakap pasal guna passport,itu adalah kelebihan kami,mesti ada sebab sebab apa atuk moyang kami minta perjanjian macam itu.Ko boleh rujuk perjanjian 20 perkara ke-6

Perkara 6: Imigresen
Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan. Sarawak harus mempunyai kuasa sepenuhnya selain dari pergerakkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dari tempat lain di Malaysia .

Aku yakin ko dulu belajar sejarah nak lulus je,aku dulu pun belajar subjek sejarah sebab nak lulus tapi aku ingat lagi fakta ataupun sejarah malaysia.Ya,semua orang ada buat salah,tapi kau jangan ulang lagi sejarah yang ko cipta kat blog ko tu,sebab orang Sarawak akan ingat walaupun boleh memaafkan engkau ya wahai cik diva Schaza Zedane...Kau perlu berpijak di bumi yang nyata,terpaksa ikut rentak kaum,budaya,atau adat resam di Sarawak.Aku tak nafikan aku juga terpaksa ikut budaya adat resam kalau aku di tempat kelahiran kau .Asalkan aku tak terikut-ikut budaya yang dibawa oleh barat sudah.

Kat bawah ini Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Sarawak
Perkara 1: Agama
Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Sarawak.
Kerajaan negeri Sarawak meneruskan program “peng-Islamkan” tanpa memperdulikan perasaan sensitif penganut Kristian dan agama lain.

Pendekatan “peng-Islaman” menyebabkan ramai beranggapan bahawa Islam adalah agama rasmi Sarawak. Ini menarik perhatian Bumiputra Bukan Muslim yang mendapati pendekatan yang lebih terhadap peranan Islam walaupun ia bukan agama kebangsaan negeri. Kita mendapati yang polisi Islam dibawa masuk ke dalam beberapa aktiviti dan perancangan di dalam negeri dalam

menegakkan Islam sebagai agama kebangsaan negeri seperti pembacaan doa Islam di dalam majlis rasmi negeri. Oleh sebab Islam bukan agama kebangsaan negeri, Tuan Yang Terutama mesti di kalangan Muslim.

Perkara 2: Bahasa
a. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
b. Bahasa Ingeeris boleh diteruskan dalam tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
c. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Sarawak untuk pelbagai tujuan negeri dan persekutuan tanpa had masa

Contohnya:
1) Pegawai kerajaan Persekutuan yang beroperasi di Sarawak menegaskan bahawa semua komunikasi mesti menggunakan Bahasa Malaysia.
2) Kementerian Pelajaran mahukan semua pelajar lulus dalam Bahasa Malaysia sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Semua arahan tersebut hanya boleh digunakan di Malaya, di Sarawak pula jabatan tersebut patur akur dengan persefahaman 20 Perkara. Usaha dalam mewujudkan jalinan nasional memang harus ada tetapi persefahaman tersebut harus juga dihormati.

Perkara 6: Imigresen
Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan. Sarawak harus mempunyai kuasa sepenuhnya selain dari pergerakkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dari tempat lain di Malaysia .

Perkara 11: Takrif dan Kewangan
Sarawak harus mengawal pentadbiran kewangan, pembangunan dan takrifnya sendiri serta hak dalam menentukan cukai dan pinjaman.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli
Pada prinsipnya, penduduk asli Sarawak harus menikmati hak istimewa sejajar dengan hak yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi perkara ini sering dilupakan oleh mereka. Ramai penduduk Semenanjung beranggapan yang Dayak adalah bukan Bumiputera. Isu ini kerap diungkit apabila Bumiputera Bukan Muslim membeli hartanah mengikut kuota bumiputera. Bank pun sama. Ternyata perkara yang diajar di sekolah mengenai hal ini tidak betul atau sengaja dicicirkan oleh sesetengah pihak.

Perkara 15: Pelajaran
Sistem pendidikan/pelajaran di Sarawak harus dikekalkan kerana ia adalah di bidang kuasa pentadbiran negeri. Segala peruntukan dikawal oleh kerajaan Persekutuan. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) sejumlah RM9 billion diperuntukkan untuk menaik taraf dan membina sekolah baru. Bukan itu sahaja, kontrak membaik pulih dan pembinaan juga dikawal oleh kerajaan persekutuan. Malah mereka juga melantik Muslim untuk menjadi juga guru besar dan pengetua di sekolah mubaligh kristian. Ini tidak sepatutnya berlaku di Sarawak.

Perkara 17: Wakil di Parlimen
Bukan jumlah penduduk Sarawak yang seharusnya diambil kira, saiz dan potensinya juga jangan diberi perhatian. Sememangnya Sarawak memberi 30 Ahli Parlimen di bawah Barisan nasional (BN). Permintaan Sarawak untuk memberi kelebihan dalam pemilihan jawatan Menteri Kabinet tidak diendahkan oleh Perdana Menteri. Sebagai balasan, kerajaan Persekutuan memberi Sarawak RM1 billion untuk pembangunan yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri. RM1 billion ini adalah peruntukan adalah pertolongan atau satu bentuk “rasuah” untuk membeli sokongan rakyat. Sememangnya BN membeli undi.

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan dan lain – lain
Peruntukan Perundangan Persekutuan di dalam Majlis Tanah Kebangsaan (National Land Council) tidak boleh diguna pakai di Sarawak. Oleh itu Majlis Kebangsaan (National Council) untuk Kerajaan Tempatan juga tidak seharusnya dipakai. Mengapa kerajaan pusat mengambil alih sumber minyak dan gas asli? Sekiranya perlu, mengapa pula negeri diberikan royalti hanya 5% sahaja? Banyak permintaan untuk menaikkan royalti kepada 20% pula tidak pernah dilayan oleh PM. Itulah harga yang patut dibayar atas kesilapannya dan dia akan kehilangan undi Dayak.

Aku takdalah pakar sejarah sangat,tapi kita hidup serumpun .harap janganlah ada perkara yang boleh memecah-belahkan keharmonian kaum di Malaysia.Seumpama,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kepada blogger lain,hati-hatilah dalam penulisan artikel kita.Ingatan untuk aku sendiri jugak walaupun jarang dah nak update blog.

1 Response to "Akai ada ka nak hina Sarawak?"

  1. Anonymous says:

    http://www.facebook.com/pages/Kami-Fuck-Blogger-Schaza-Zedane/294174447273887

    Sila like page ni okey dalam facebook..kt ramai2 anti schaza

Total Pageviews

Powered By Blogger