Pengikut Setia

Dawooz : Awek Lubnan dan ViP Sarawak kantoi


Haa...Saje je dawooz nak hangatkan blog ni.takda sapa pun kantoi..hehe..Tahniah la buat si tua bangka tu yang dah kawin lagi,semoga Sarawak akan terus maju yea Pak Taib :) .Pak Taib ini merupakan Ketua Menteri Sarawak.Nama sebenarnya ialah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dah berusia 74 tahun dah.Kawin bleh pulak yea,nak angkat bagi Sarawak maju tak boleh ke? ehek..Biarkan persoalan itu terhenti di sini.Normally,Beliau digelarkan oleh orang kampung sebagai Pak Uban kerana memiliki rambut beruban atau Bai-Mao..Hehehe...Tu lah gambar Pak Taib yang dah beruban.Bila la lagi nak kasi Sarawak ni maju yea?

Tahniah la Pak Taib dah kawin lagi. :) .
Gambar kat atas tu diambil dan disedut oleh dawooz kat Berita Harian.So credit to them.Majlis perkahwinan ini diadakan secara tertutup dan rahsia..Jeng...jeng...jeng..hehe..
Wanita Lubnan itu yang namanya tidak diketahuai berusia 28 tahun seperti yang dilaporkan.Agak-agaknya Pak Taib ini pakai agen carik jodoh yang mencari gadis Morocco tu yea?Yelah..gadis sana kan belum lagi tercemar.Macam mana lah Pak Taib ini nak cakap dengan gadis Lubnan tu yea?Ke Gadis tu tunggu Pak Taib (........) agaknye la..Tapi tak baik fitnah kan? SO dawooz doakan terbaik buat diaorang..

Gambar diatas tu lah wanita Lubnan tu kan..Putih dan mulus je kulit dia..Semoga berbahagia yea pak Taib :)

Dawooz ambik Berita Harian punya cerita ek...

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu


Tahniah juga buat seorang blogger,Hanis Zalikha yang dah gempar satu Malaysia lebih glamourous daripada Dato Siti .Apa agaknye rahsia dier ek??ehehe...Tgk satu video ni KLIK SINI

Bila la aku nak jadi seorang blogger macam dia ek..Papepun all the best ok semua ..

Dawooz : Belanja ikut budget 2011

Hey blogger sekalian
Dah lama rasanya dawooz dah tak update..weekly aje update blog.Ade ke patut?


1.Beli barang pada harga borong/pukal

Sebaik-baiknya belilah secara pukal dan borong barang kegunaan seharian.Sebabnya,kalau barang yang dibeli secara pukal akan lebih murah kerana packaging dan barang dibeli secara banyak sekali.Cuma berhati-hati dengan tempoh luput sesuatu item jika ingin membeli secara banyak.Pastikan kita beli barang secara pukal boleh diguna pakai.Jika dah expiry rugi tau..

2. Beli barangan second hand @ lelong murah

Nilah aktiviti paling berbaloi kalau nak beli barang.Tak semestinya barang terpakai ini takde tinggal kualiti.Kadang-kadang kita kena gak beli barang secondhand .Contohnya kita sebagai pelajar IPTA nak beli buku baru semestinya mahal,namun kalau kita ada senior boleh gak nego jual buku-buku diaorang.Sure diaorang nak pun.Make sure kita beli papaje barang terpakai mesti dalam 'win-win' situasi .Jangan ada pihak yang kena tiou sudah.

3. Musim Promosi & Megasale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & Promosi Terkini

Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.

5. Kitar Semula / Recycle

Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card

Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.

7. Beriadah di tempat awam

Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan


Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant

Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

10. Masak & Makan di rumah

Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol

Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana.
Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda


Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.
Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut
lelama.

13. Jimat letrik & air


Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah 'iron' semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.

Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaansekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.

Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

14. Kelebihan Insurans/Medical Card


Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Tapi pastikan pelan yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan anda.


15. Tukarkan 'garbage' kepada 'money'

Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak

Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.

17. Beli domain & hosting masa promosi


Ini untuk marketing interprenuer..eh betul ke ejaan??ehehe..Bytheway,bagi blogger yang standalone host pilihlah platform wordpress kalau serious blogger,Then pilihlah hosting paling berbaloi dan depend on server located kat area mana.

18.Pilih Broadband Terbaik & Paling Sesuai

Terlalu banyak pakej yg ditawarkan pada masa ini. Tak salah kalau kita menukar pelan yg mungkin lebih sesuai dengan kita. Jadi semaklah pakej2 terkini di website2 internet service provider yg ada.


19. Bayar Bil Online


Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

20. Berhenti Merokok

Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun 'sedap' dan 'ketagih' dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda.

21. Jual prepaid dan guna.

Inilah yang paling best kalau nak tambah sedikit pendapatan.Dawooz dah try ni.Alhamdullilah berbaloi juga depend on usaha kitalah yea..Pilihlah pelan bisnes yang korang rasa sesuai dan tidak kena scam.Boleh join dawooz kalau berminat.yea?KLIK SINI.
Haa..panjang yea membaca?Dawooz pun nak apply certain tip di atas.Mungkin korang boleh try jugak tip diatas.Walaupun tak semua tapi boleh try sikit-sikit kan?Next time dawooz akan post lagi.

Dawooz : Tikus KeSayanganku


Ni haa...aku tak suka 'tikus' yea.

DI sini aku maksudkan aku suka tikus iaitu mouse untuk menggerakkan cursor dalam laptop aku ni wey.Aku menggunakan mouse jenama raoop.Mouse yang biasa2 aje..Mouse ni takde wire keyh.Sebab aku pilih wireless..Aku sebenarnya tak suka tengok berselerak dengan wire-wire yang ada.Tapi satu keburukan mouse wireless ni ianya menggunakan bateri.So kena la ade bateri spare selalu.


Ni haa mouse cute dawooz..Simple kan?Dawooz suka warna hitam tau..hehe..Dulu beli harganya RM50 je..Sekarang ni ada lagi murah tapi kualiti den tak taw lah..hehe..

Korang pakai tikus ada ekor ke takda ekor?? hehe...

Total Pageviews

Powered By Blogger