30 January 2009-Kejadian Tanah Runtuh di Miri
Assalamualaikum Pembuka Bicara Pembuka Minda dengan sajian ucapan salam.
Dalam kesempatan ini,saya ucapan ribuan takziah kepada mangsa runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri ini.
Setelah tidak lama kejadian tanah runtuh di Stesen Minyak Shell Miri dahulu kini sekali lagi terjadinya kejadian tanah runtuh di Miri berdekatan dengan Kampung Lereng Bukit,Miri.
Sungguh tidak diduga kejadian yang berlaku pada mulanya tanah runtuh kecil berlaku pada pukul 10.30 pagi cuma menunjukkan keretakan tanah yang kecil sahaja.Menurut sumber,sebelum berlakunya tanah runtuh itu,satu bunyi letupan kedengaran oleh dua orang penyewa yang melihat dari tingkat atas rumah sewa.
Selepas beberapa ketika dauz balik dari rumah nenek yang kebetulan berada di belakang tanah runtuh kecil itu.Jiran sebelah rumah nenek telah menelefon mak dauz memberitahu bahawa satu lagi tanah runtuh yang besar berlaku kali keduanya yang telah meranapkan 6 buah rumah sehingga menimbuskan beberapa rumah lalu membawa rumah kehadapan yang atas bukit turun ke kaki bukit.
+++Gambar akan menyusur kemudian...
Salam ukhuwah..dauz
0 Response to "30 January 2009-Kejadian Tanah Runtuh di Miri"
Post a Comment