Pengikut Setia

Sehari selepas Tanah Runtuh di Kpg Lereng Bukit,Miri

Salam ukhuwah..
Dauz dalam mood sedih,letih dan dalam suasana terkejut menyelubungi diri dan keluarga.
Hari ini tanggal 31 January 2009 sehari selepas kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Lereng Bukit,Miri,Sarawak.Sungguh tidak diduga hari ini hujan seharian melanda hampir seluruh kawasan di Miri dan sewaktu dengannya.Hujan yang turun itu telah menyebabkan tanah yang berlumpur menenggelami jalan raya di kampung lereng dan rumah-rumah yang berdekatan dengan tempat kejadian tanah runtuh.

Dauz amat tergamam apabila melihat kejadian itu dengan lebih dekat dan depan mata sendiri.Tidak diduga itu berlaku di Miri,Sarawak hampir seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa,Kuala Lumpur ketika dahulu.Adakah itu petanda kecil akan berlakunya kiamat??
Wallahu'alam.Hanya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Kita?Kita hanya perlu bersyukur kerana nyawa kita mahupun insan tersayang masih terselamat.Sungguh itu kita perlu lebih meditasi diri apa salah diri sehingga bencana yang tidak diduga berlaku terjadi di Miri di tanah kelahiran kita??

Baiklah kita kembali terus ke tempat kejadian...
Gambar runtuhan kecil yang ingin ditunjukkan di sini sebenarnya seperti di bawah.

Ini runtuhan kecil yang berlaku di belakang rumah nenek dauz berlaku lebih kurang pada pukul 10.30am pagi 30 January pagi Jumaat yang mulia.Rumah yang berwarna hijau itu sudah hampir tertimbus separuh tingkat.Telah disangka bahawa akan ada lagi tanah runtuh yang akan berlaku.Memang tepat jangkaan kami(dauz dan sekeluarga termasuk penduduk kampung).Menurut orang kampung,Lebih kurang jam 1.05 minit petang satu gegaran yang lebih kurang seperti gempa bumi.Pada mulanya,satu pokok telah tumbang menyembah bumi dan selepas itu didapati tanah di atas bukit telah terlanjur runtuh menyembah daratan.Dauz dengan mata sendiri sudah melihat video amatur yang dirakam ketika mulanya berlaku tanah runtuh.

Gambar di atas merupakan gambaran betapa sesaknya lalulintas melalui kampung Lereng Bukit,Miri.Gambar ini diambil pada pukul 10.30 am 31 January 2009.Hal ini berlaku kerana orang ramai ingin melihat dengan lebih dekat lagi kejadian tanah runtuh tersebut.

Gambar dari jauh untuk menampakkan keadaan yang tidak diduga.

Bermula sinilah bencana alam yang akan anda lihat kemudian.
Rumah berwarnakan biru masih kukuh lagi namun anda akan terkejut nanti...
Rumah disebelahnya ranap sekaligus.Sungguh tidak disangka runtuhan kali ini amat dasyat lagi tidak terduga dek akal manusia.
Gambar lebih jelas yang menunjukkan rumah itu ranap ditimbus pokok dari atas bukit itu dan tanah yang menimbuskan reka bentuk rumah itu sudah hancur.


Gambaran tentang betapa tidak terduga oleh akal fikiran manusia apabila jalan raya ditenggelami oleh lumpur.Lumpur yang terhasil daripada air hujan bercampur tanah runtuh itu hasil Yang Maha Esa.Tiada satu dapat menghalang.
Mari kita berbalik kepada jalan yang benar.

Penduduk kampung yang melihat sekitar kawasan kejiranan mereka yang ditenggelami oleh tanah lumpur.Ada pelbagai ragam manusia yang berkeliaran tidak lepas juga pihak berkuasa tempatan yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan amanah.
Rumah penduduk ini ditenggelami lumpur satu kaki lagi untuk menjangkau tingkap rumah.


Gambar di atas menunjukkan orang ramai sedang berkumpul yang boleh mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara keluarga.Orang kata,sudah ada bencana barulah berjumpa.
Itu orang kata yea.Dalam kerisauan hati,ada sekumpulan penduduk kampung warga tua sempat lagi membuat lawak jenaka bagi menyenangkan hati sekumpulan orang ramai yang lain.
Gambar ini menunjukkan kesan tanag runtuh.Ada satu lagi tanah runtuh yang dijangkakan jika hujan berlarutan sehingga beberapa hari yang akan datang ini.Justeru itu,semua penduduk yang berdekatan diarah berpindah dan yang berada di kampung tersebut dimaklumkan supaya bersiap sedia untuk berpindah jika berlaku sesuatu yang berlaku.
Penduduk kampung yang tergesa-gesa memindahkan barang yang berada di dalam rumah yang mana sempat dialihkan.
Telatah warga tua yang seperti reporter yang membuat lawak jenaka untuk menyedapkan hati para penduduk lain.Nampak sungguh hari hendak hujan.
Lalulintas yang sesak menyebabkan kereta berbaris panjang.
Gelagat orang kampung yang langsung tidak menunjukkan kepanikan.


Pemandangan yang mengerikan seumur hidup...
Pihak berkuasa tempatan yang segera menghulurkan bantuan membina khemah.
Anjing pun turut berkeliaran.Lucu apabila melihat anjing yang kakinya tenggelam di dalam air.

Struktur tanah runtuh dengan lebih dekat.
Lori JKR yang tenggelam di dalam lumpur oleh sebab keberatannya tidak dapat ditampung oleh permukaan tanah berlumpur yang lembut.






Semua gambar di atas menunjukkan seribu makna.One picture mean thousand word la.Let the picture tell you anything.Dauz dah malas nak bagitahu apa-apa lagi kerana terlalu letih dan amat penat.Hari ini dauz memberi gambar ini semua.

PERHATIAN:ANDA BERHAK MENCURI GAMBAR INI tetapi JIKA INGIN YANG ORIGINAL BOLEH MINTA TERUS DARIPADA SAYA.

TOLONG KLIK GAMBAR YANG ANDA MAHU UNTUK BESARKAN GAMBAR TERSEBUT.

Salam....

0 Response to "Sehari selepas Tanah Runtuh di Kpg Lereng Bukit,Miri"

Total Pageviews

Powered By Blogger