Pengikut Setia

Maafkan daku jika itu yang terpintal di hati

Andai ada tersilap kata,
Andai ada tercuri bicara,
Andai ada tersalah duga,
Andai ada terbudi bicara,

Maafkan aku yang terlebih ini.

Andai 4 baris kata-kata di atas ada yang terasa dan terhiris hatinya,dauz di sini ingin menghulur seribu impian kemaafan atas tersilap dan terburu bicara kepada individu yang berkenaan.Dauz tahu ramai yang ada tersakit hati dengan sikap ini.Ahhh...Ramai lagi yang buat dauz sakit hati dekat individu tertentu.Tidak apa,hidup ini umpama roda yang sentiasa berpusing tanpa hala tuju ada kalanya satu titik itu di atas namun ada ketikanya satu titik lagi di bawah.

Biarkan saja...Hidup ini ada kalanya tidak semestinya kita sentiasa betul..Namun tidak mungkin setiap kali itu juga kesalahan kita terpapar.Bukankah ianya sudah tertulis kan?
Biarkan saja suratan takdir illahi menentukannya.Kita hanya mampu merancang bukannya melawan arus takdir.

Sayang semuanya sudah berubah...Biarkan hidup ini.Setiap janji itu ada nilainya tertentu yang sudah pasti tidak ternilai dengan wang yang berjuta.

Ahhh.....Maafkan atas kesilapan yang berlaku.Memang itu yang tertulis.Kita tetap akan bersama :)

JUmpa lagi pada keluhan akan datang.....

1 Response to "Maafkan daku jika itu yang terpintal di hati"

  1. dauz'sss says:

    Kesian eyh mangsa runtuh

Total Pageviews