Pengikut Setia

Dawooz : Harta Karun Paling Berharga

Ni haa...dawooz nak cerita satu kisah tentang seorang pemuda.Pemuda ini diberi nama Putera Kayangan tetapi dia bukanlah berasal daripada golongan diraja ataupun keturunan sultan.Jadi dawooz singkat je panggilan Putera Kayangan ini kepada PK yea.PK ini berasal daripada keturunan yang tersangatlah miskin sehingga makan sehari pun kadang-kadang hanyalah ubi kayu.Jauh pangkal hendak memakan nasi.


PK ini seorang pemuda berusia 20-an .Berbadan sasa dan hormat orang tua.PK ini boleh dikatakan rajin membuat apa sahaja pekerjaan asalkan boleh menampung perbelanjaan harian menolong keluarganya.PK ini berusaha meningkat pendapatan sehariannya dengan berusaha gigih dan terus berusaha.


Pada suatu hari,PK telah mendengar desas-desus di hujung kampunya terdapat kawasan lapang tertanamnya harta karun tinggalan pelayar omputih.Kampung PK ini diberi nama Kampung Gersang Sebatang(hanya rekaan semata-mata..).Kebetulan pula pada satu malam,PK telah mendapat satu mimpi yang mana harta karun memang ada tertanam di hujung kampungnya.Dalam mimpi itu,PK telah diarahkan untuk menggali sedalam 6 kaki dalam sebelum akan menjumpai harta karun bernilai jutaan ringgitnya.


Setelah seminggu asyik termenung serabut memikirkan,PK pun mengambil tindakan drastik dengan selambernye pergi ke hujung kampung dengan berbekal cangkul dan semangat aje.Dalam mimpi itu,PK ni beritahu bahawa lokasi harta karun itu betul-betul berada 10 langkah dari pokok nan sebatang menuju ke arah barat.Dengan semangat yang kuat,Si PK ini pula gigih mengali harta karun.Pada hari pertama dia hanya mampu menggali sedalam 1 kaki sahaja kerana tidak mahu gelojoh.Pada hari kedua pula si PK ini dimaki-hamun oleh orang kampung yang mengatakan Putera Kayangan ini gila tak waras .Mana ada di atas tanah gersang tertanam harta karun kalau diikut logik kan?


Tetapi si Putera Kayangan ini tidak peduli,sampai digali tanah itu sedalam 5 kaki dalamnya,datang seorang budak kecil berusia 10 tahun dan cakap kat si PK ini,'Abang buat kerja bodoh ape nie?'.Sejak itu,si PK tidak lagi menggali dan tinggalkan hasil galian sedalam 5 kaki.Setelah seminggu,datang seorang pemuda yang meneruskan menggali hasil galian si Putera Kayangan dan menjumpai harta karun bernilai jutaan ringgit.Tengok betapa untungnya si Pemuda itu yang berusaha sedikit sahaja?


Okay,apa yang aku nak bagitahu kat sini..Ala moral of the story,Korang jangan berputus asa berusaha dan teruskan berusaha sehingga berjumpa dengan kejayaan.Kalaulah si Putera Kayangan itu tadi meneruskan usahanya untuk menggali sedalam 1 kaki lagi bukankah dia akan terus jadi kaya?Hanya kerana malu dengan umpatan budak-budak si PK ini terus mengalah.Pendek kata,biar apa orang kata atau hina,biarkanlah apa yang kita nak buat mesti sampai berjaya sekiranya apa yang kita lakukan adalah betul dan tidak melanggar undang-undang dan juga syariat agama.


Bilalah aku nak dapat kumpul gold bar ni erk??


P/S: Dont give an inch until the last buzzer sound

Dawooz : Tuan sebenarnya empunya blog

Selamat Pagi semua..Pejam celik hari ini sudah tanggal 11.12.2010 ini bermakna kita ada 20 hari lagi tinggal untuk berada dalam tahun 2010.Ini bermakna juga 2011 akan menjelma tiba datang di hadapan kita,setiap masa kita tidak akan dapat kembali lagi.Makin hari-makin tua pulak rasanya.hehe..

Hari ini dawooz tidak ada banyak nak diceritakan.Sebenarnya dawooz nak sangat update blog selalu,tetapi apa kan daya,masa tidak mengizinkan untuk berbuat demikian ek...Sungguh,sebenarnya manusia dalam kerugian 24jam tidak mencukupi untuk menjalani hidup seharian :)

Hari ini aku nak tunjuk muka yang tak handsome pemilik blog dawooz ini.Sungguh tuan blog ini tidak handsome apa lagi putih..hehe...Tapi aku tidak peduli semua itu.Bersyukur apa yang ada pada diri kita sendiri.Datuk A. Samad Said pernah berkata,'Jangan dilihat pada apa yang tiada,tetapi kita lihat apa yang kita ada'.Memang perumpaan itu sebenarnya kita harus kaji lebih mendalam.Tuan punya blog ini lebih selesa dipanggil dauz sahaja.Aku dilahirkan di sebuah bandar di dalam Sarawak iaitu Miri,Sarawak berhampiran dengan negara Brunei Darulsalam.


Tuan punya blog ini seorang yang pendiam.Ya aku memang seorang pendiam tapi kalau dah kenal lama,aku suka buat joke tapi aku lebih suka diam kerana aku suka memerhati dan membaca gerak geri seseorang.Aku masih bujang tetapi not available.Opppss...Aaa...Nak cakap ape lagi ek??Aku suka berkawan dengan semua orang cuma aku agak pendiam.Selalunya,orang tanya satu aku jawap sepatah je.hehe..

Cita-cita aku sebenarnya nak jadi bussinesman,tetapi aku terjah ke bidang kejuruteraan pula,aku bermula dengan Sekolah Menengah Teknik Miri dalam Kejuruteraan Mekanikal,so selepas tu aku masuk pula Politeknik Mukah ambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Selepas amik diploma plak,aku plan nak amik degree.Tapi tengok dulu la.

Haa...gambar di atas tulah pemilik blog tidak seberapa happening ni.Aku hanya insan biasa yang suka nak berblogging .Dan untuk pengetahuan korang semua,aku adalah peminat Germany walaupun tak sampai juara World Cup tetapi aku tetap suka juga,Korang plak suka team football mana ek?

Dawooz vs Mee Kolok Special

Hey lamak dah tak update blog ni.Rindu sebenarnya nak berblogging dan post catatan terbaru dan mengkomen-komen blog kawan-kawan.Tapi itulah pasal sejak akhir-akhir ini,kesibukan melanda diriku membuatkan terpaksa melupakan hasrat untuk mengupdate blog ini setiap ketika.

Okay,sebelum papa,Selamat Menyambut Awal Muharram kepada Umat Islam.Berhijrah lah kepada yang lebih baik,daripada negatif kepada positive dan daripada baik kepada lebih baik.Tanamkan tekad dan usaha anda untuk mencapai apa yang dikehendaki yerk.Kita sama-samalah berdoa.


Terdetik dalam hati pagi ni bangun pagi tadi,aku rasa sangat nak menaip sesuatu,rupe-rupenye aku nak sangat update blog dah beberapa hari tak diupdate lagi.Okay kali ini kita bercerita tentang mee kolok.


Aku sememangnya penggemar mee kolok.ya,Kalau selalunya aku mesti pekena mee kolok goreng.Kalau tak sehari sekali mesti dua hari sekali.Mesti punye.Kegemaran aku adalah mee kolok.Paling special ialah mee kolok wantan.Kalau area Miri ini,Mee Kolok Special paling sedap kat Pak Cik Wan KaFe.Aku pun bukan nak promote tetapi nak cakap je.Harga pun dalam RM4.00 tunai je.Murah tetapi berbaloi-baloi.Aku suka makan mee kolok pak cik wan kafe ni sebab dier punye taste memang ngam la ngan aku.Sebabnya gak wantan dier sangat lembut.

Kalau korang nak menggiurkan lagi korang tengok la gambar yang aku ambil masa aku pergi makan last sunday yang lepas.Memang sedap n tiptop la..Korang ade tak makanan kegemaran?tentu ada kan..hehe

Total Pageviews

Powered By Blogger