Dawooz : Harta Karun Paling Berharga
Ni haa...dawooz nak cerita satu kisah tentang seorang pemuda.Pemuda ini diberi nama Putera Kayangan tetapi dia bukanlah berasal daripada golongan diraja ataupun keturunan sultan.Jadi dawooz singkat je panggilan Putera Kayangan ini kepada PK yea.PK ini berasal daripada keturunan yang tersangatlah miskin sehingga makan sehari pun kadang-kadang hanyalah ubi kayu.Jauh pangkal hendak memakan nasi.
PK ini seorang pemuda berusia 20-an .Berbadan sasa dan hormat orang tua.PK ini boleh dikatakan rajin membuat apa sahaja pekerjaan asalkan boleh menampung perbelanjaan harian menolong keluarganya.PK ini berusaha meningkat pendapatan sehariannya dengan berusaha gigih dan terus berusaha.
Pada suatu hari,PK telah mendengar desas-desus di hujung kampunya terdapat kawasan lapang tertanamnya harta karun tinggalan pelayar omputih.Kampung PK ini diberi nama Kampung Gersang Sebatang(hanya rekaan semata-mata..).Kebetulan pula pada satu malam,PK telah mendapat satu mimpi yang mana harta karun memang ada tertanam di hujung kampungnya.Dalam mimpi itu,PK telah diarahkan untuk menggali sedalam 6 kaki dalam sebelum akan menjumpai harta karun bernilai jutaan ringgitnya.
Setelah seminggu asyik termenung serabut memikirkan,PK pun mengambil tindakan drastik dengan selambernye pergi ke hujung kampung dengan berbekal cangkul dan semangat aje.Dalam mimpi itu,PK ni beritahu bahawa lokasi harta karun itu betul-betul berada 10 langkah dari pokok nan sebatang menuju ke arah barat.Dengan semangat yang kuat,Si PK ini pula gigih mengali harta karun.Pada hari pertama dia hanya mampu menggali sedalam 1 kaki sahaja kerana tidak mahu gelojoh.Pada hari kedua pula si PK ini dimaki-hamun oleh orang kampung yang mengatakan Putera Kayangan ini gila tak waras .Mana ada di atas tanah gersang tertanam harta karun kalau diikut logik kan?
Tetapi si Putera Kayangan ini tidak peduli,sampai digali tanah itu sedalam 5 kaki dalamnya,datang seorang budak kecil berusia 10 tahun dan cakap kat si PK ini,'Abang buat kerja bodoh ape nie?'.Sejak itu,si PK tidak lagi menggali dan tinggalkan hasil galian sedalam 5 kaki.Setelah seminggu,datang seorang pemuda yang meneruskan menggali hasil galian si Putera Kayangan dan menjumpai harta karun bernilai jutaan ringgit.Tengok betapa untungnya si Pemuda itu yang berusaha sedikit sahaja?
Okay,apa yang aku nak bagitahu kat sini..Ala moral of the story,Korang jangan berputus asa berusaha dan teruskan berusaha sehingga berjumpa dengan kejayaan.Kalaulah si Putera Kayangan itu tadi meneruskan usahanya untuk menggali sedalam 1 kaki lagi bukankah dia akan terus jadi kaya?Hanya kerana malu dengan umpatan budak-budak si PK ini terus mengalah.Pendek kata,biar apa orang kata atau hina,biarkanlah apa yang kita nak buat mesti sampai berjaya sekiranya apa yang kita lakukan adalah betul dan tidak melanggar undang-undang dan juga syariat agama.
Bilalah aku nak dapat kumpul gold bar ni erk??
P/S: Dont give an inch until the last buzzer sound
0 Response to "Dawooz : Harta Karun Paling Berharga"
Post a Comment