Dawooz : Tuan sebenarnya empunya blog
Selamat Pagi semua..Pejam celik hari ini sudah tanggal 11.12.2010 ini bermakna kita ada 20 hari lagi tinggal untuk berada dalam tahun 2010.Ini bermakna juga 2011 akan menjelma tiba datang di hadapan kita,setiap masa kita tidak akan dapat kembali lagi.Makin hari-makin tua pulak rasanya.hehe..
Hari ini dawooz tidak ada banyak nak diceritakan.Sebenarnya dawooz nak sangat update blog selalu,tetapi apa kan daya,masa tidak mengizinkan untuk berbuat demikian ek...Sungguh,sebenarnya manusia dalam kerugian 24jam tidak mencukupi untuk menjalani hidup seharian :)
Hari ini aku nak tunjuk muka yang tak handsome pemilik blog dawooz ini.Sungguh tuan blog ini tidak handsome apa lagi putih..hehe...Tapi aku tidak peduli semua itu.Bersyukur apa yang ada pada diri kita sendiri.Datuk A. Samad Said pernah berkata,'Jangan dilihat pada apa yang tiada,tetapi kita lihat apa yang kita ada'.Memang perumpaan itu sebenarnya kita harus kaji lebih mendalam.Tuan punya blog ini lebih selesa dipanggil dauz sahaja.Aku dilahirkan di sebuah bandar di dalam Sarawak iaitu Miri,Sarawak berhampiran dengan negara Brunei Darulsalam.
Tuan punya blog ini seorang yang pendiam.Ya aku memang seorang pendiam tapi kalau dah kenal lama,aku suka buat joke tapi aku lebih suka diam kerana aku suka memerhati dan membaca gerak geri seseorang.Aku masih bujang tetapi not available.Opppss...Aaa...Nak cakap ape lagi ek??Aku suka berkawan dengan semua orang cuma aku agak pendiam.Selalunya,orang tanya satu aku jawap sepatah je.hehe..
Cita-cita aku sebenarnya nak jadi bussinesman,tetapi aku terjah ke bidang kejuruteraan pula,aku bermula dengan Sekolah Menengah Teknik Miri dalam Kejuruteraan Mekanikal,so selepas tu aku masuk pula Politeknik Mukah ambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Selepas amik diploma plak,aku plan nak amik degree.Tapi tengok dulu la.
Haa...gambar di atas tulah pemilik blog tidak seberapa happening ni.Aku hanya insan biasa yang suka nak berblogging .Dan untuk pengetahuan korang semua,aku adalah peminat Germany walaupun tak sampai juara World Cup tetapi aku tetap suka juga,Korang plak suka team football mana ek?
MU.. sbb husband suka MU.. hihi
Kalau tempatan suka SELANGOR sbb husband org selangor.. hihi
Mrs. Asida >>> Aaa...minat gak kat MU..hehe...dari dulu lagi..hehe...
kalau tempatan tak best sangat kot..football lokal nak byk lagi improvement :D