Pengikut Setia

Dawooz:Rindu aku zaman dulu....

Aku rasa serba salah la kat Politeknik Mukah ini,ntah mengapa,nak diturutkan hati memang nak belajar tetapi mungkin aku belum lagi biasa dengan suasana di kawasan Mukah ini.Aku boleh katakan aku baru menyesuaikan diri 40-60% sahaja belum lagi 100%.Aku bukannya anak manja yang ada 'homesickness' tetapi aku memang tidak biasa di kawasan ini.Tetapi tidak mengapa,pandai-pandai la bawa diri bila di tempat orang.Kalau orang lain mungkin biasa sudah dengan suasana di sini tetapi tidak aku.

Aku bukannya anak muda yang suka bersuka ria sini sana,tetapi bagi aku cukuplah ada seorang perempuan yang boleh aku bersyukur yang selalu menjadi tulang belakang aku selain ibu bapa,bukanlah aku ingin berbangga diri,tetapi thanks Allah kerana berikan aku seorang wanita yang aku sudah jalinkan hubungan sayang selama 4 tahun.Thanks Linda.Walaupun sekarang kita sik selalu contact each other as well as b4 kta g belajar tetapi kita tauk yang kta love each other n makin hari makin terlalu sayang ktk.Mungkin kita ada membuat silap.Jadikan kesilapan itu benteng kepada kegagalan masa hadapan agar kita tidak mengulangi kesilapan masa delalu.

Mungkin aku juga perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana selama ini selepas SPM aku hanya mengosongkan minda,membuatkan diri seperti orang yang tidak ada haluan.Selepas ini azam semester ini,aku ingin dapatkan pointer 3.0++.Aku tahu yang aku tidak akan dapat flat 4.00 pointer tetapi kalau aku dapat 4.00 itu sudah sesuatu yang membanggakan aku,bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi di Politeknik ini aku harus belajar dengan betul dan bergaul dengan orang yang ada minat untuk belajar sahaja.Mereka monyet-monyet yang lain aku pedulikan sahaja.Hiraukan mereka kerana mereka monyet yang hanya tahu bermain-main dan bersuka ria tanpa hala tuju yang lurus.

Aku rindu zaman remaja semasa di tingkatan dahulu yang mana aku tidak perlu risau akan pembelajaran.Sekarang sudah berubah,kalau dulu ada cikgu yang boleh guide.tetapi sekarang semua sendiri yang perlu lakukan.Nak ilmu,carilah sendiri.Lecturer hanya sebagai seorang mentor sahaja.aRGHHHH ...Aku perlu pandai manage time and money here.No more mother no more father to bring your along the way of life.Its yourself

K.aku nak out dah...
Aku sayang dia,LINDA,you are mine dear ;)

Dawooz:Minggu Ke-3 dalam kamsis PMU

Salam kita berjumpa lagi dalam catitan mingguan dawooz.Penat sungguh menjadi pelajar IPT(A).Aku rasa senang lagi menjadi pelajar IPT(S).Tidak mengapa,aku bukan anak orang kaya yang senang-senang nak pilih IPT yang mereka gemari atau minati,tambahan pula yuran sana semua main angka belasan ribu,paling murah la.Itu belum lagi perbelanjaan hidup harian.Belanja makan lagi hari mau2 kalau di bandaraya seperti Kuala Lumpur mau juga menelan kos RM 12 sehari untuk makan dua kali.

Argh...Kita tinggalkan sahaja bicara tentang orang lain.Kali ini hal aku.Aku dan PMU.PMU dan aku.Kalau orang lain,maybe belanja harian dalam belasan Ringgit Malaysia,namun aku kat Politeknik Mukah boleh la mengeluarkan hanya rm8 la paling banyak untuk makan 2 kali sehari di sini.Aku TIDAK dapat HIDUP tanpa Nasi.!!Aku orang Timur bukan kebaratan;Dasar Barat Kesialan.

Arghh...Aku rasakan Politeknik ini satu perkampungan yang kecil yang deretan rumah kekotak yang setinggi 4 tingkat berbilik mandi ala askar.Itulah kehidupan asrama.Sungguh menakjubkan.Sungguh amazing.Arghhh..aku punyai jiran yang hebat2 belaka :D

Cuti raya tidak lama lagi,aku baru sahaja 3 minggu di Politeknik Mukah tetapi sudah bagaikan semalam sahaja sampai di sini.Aku agaknya belum lagi biasa dengan suasana di sini yang agak sedikit merimaskan aku.Bukan tidak biasa hidup kampung cuma sini bukan tempat aku,bukan pusat mainan aku.hehe

okay la
agaknya kena offline la sekarang
Aiyak aku rindu dengan linda..yes cuti poli 3 minggu yeahaaa

Dawooz:Update lagi..Cuma bicara kecilan

Salam berjumpa lagi...
Hari demi hari aku lalui..sekarang dah masuk 3 minggu menginap sebagai pelajar asrama di Politeknik Mukah Sarawak.Sampai sekarang not bad la...orang kata,masalah air..Ya itu tepat.Jadi siapa yang biasa mandi lama tu,kurangkan la mandi lama...Itu membazir.

Cuaca?Cuaca di sini lebih panas berbanding di Miri.Aku tidak tahu mengapa.Mungkin kerana letaknya Mukah di pesisir Lautan China Selatan sedikit Timur barangkali.Apa yang best di sini?Nak kata dapat jimat duit itu mungkin boleh jika kena cara dan gaya.Aku juga sedang berusaha money management.Aku cuba untuk kurangkan makan 3 kali sehari kepada 2 kali sehari dan intake makanan yang kurang.

Cuma aku lupa nak ambil gambar permandangan di Politeknik Mukah ini,lagipun aku hanya membawa hp Sony E w910i bermegapixel 2.0 sahaja.Apa boleh buat.Nasib badan,tidak mengapa,aku hanya ingin belajar sahaja di PMU ini.

Kawan-kawan?Kalau salah pilih kawan musnahlah impian masa hadapan itu sahaja
Geng,aku mungkin balik miri sabtu 24 ini yeah...26 nanti aku balik lagi ke Mukah.Aku nak ambil barangan keperluan.Susah la nak pos.

P:S Aku rindu si dia

Dawooz:Kepenatan melanda alam kampus

Hi kawan-kawan dawoooz sekalian...hampir 17 hari sudah aku berada di Mukah lebih dramatik lagi aku berada di Politeknik Mukah,pmu tercinta.Macam baru semalam sahaja parent menghantar melalui jalan ladang ke Mukah ini..Sungguh tidak ku jangkakan belajar di Politeknik Mukah.Aku sebenarnya ingin mengambil diploma bidang mekatronik tetapi dalam mekanikal.Aku ini ada sedikit kureng la dalam bidang kemahiran ini.

Wah...nanti bulan ogos senior2 datang tentu kesukaran air akan sering terjadi.Air oh air..Aku dipahamkan masalah kekurang air ini bukan daripada pihak politeknik tetapi daripada Lembaga Hantu Air Mukah.haha..

Tapi bagi aku yang bestnya Politeknik Mukah ini ialah makanan dan minuman murah-murah belaka.Kalau kebiasaannya aku makan di luar ke bandar main jugak rm6-rm14(ni kalau makan di KFC Mukah la..kekeke) tetapi apabila makan di cafe kat pmu range harga ialah rm2.70-rm4.50.Aku biasanya makan hanya rm4.Paling murah pun aku makan nasi sepinggan berserta air sirap yang kesemuanya berharga rm3.Murah bukan?Sedap la jugak tetapi masakan mak lagi sedap..Rindunya dengan masakan mak...

Tapi aku suka makan maggie sahaja kerana dapat jimat duit sudah..tetapi tidak juga tahan selalu kalau makan maggie hari-hari..tapi itu sahaja makanan yang segera dan murah disediakan.Mungkin juga aku perlu biasakan diri untuk berpuasa.Kerana bulan puasa tidak lama lagi menjelang.Tetapi aku agak ragu-ragu,jauhnya perjalanan dari kamsis ke tempat kuliah itu benar-benar menguji keimanan aku.Arghh..aku peduli apa..puasa tetap puasa.

P;S Aku rindu dia sangat-sangat...Raya ini dapat kta g dating sayang :D ...miss u linda

Dawooz:Penuh dengan dugaan

Hidup penuh dengan dugaan...
Penuh dengan kepenaltian gol
Antara dua lorong,
di antara pula celahan manusia-manusia bergelar insan,
Sehaluan dengan manusia yang ingin belajar,
sebarisan pula dengan askar-askar yang sedang belajar,
belajar erti kehidupan.

Manusia yang tidak mengenal erti kederitaan ibu bapa
Kesengsaraan mencari secebis naskah nasi
Mencari kesenangan berbekalkan keredhaan Allah S.W.T.
Manusia yang ingin kejayaan tapi melupakan kegagalan masa lalu
Kegagalan yang melalaikan.
Itukah kehidupan?

Penantian dengan dugaan yang melanda,
Pasrah akan kehidupan alpa,
alpa dengan kesenangan hidup.
Kehidupan Sementara.

By:Dawooz JKM

Aku kini sedang rehat menikmati masa yang ada untuk dinikmati bak kata orang rezeki jangan ditolak.Lagipun,dalam masa seminggu ini aku sedang menyesuaikan diri di tempat orang,menyesuaikan diri sebagai seorang penuntut ilmu bukan lagi seorang pelajar.Pelajar itu hanya disuapkan ilmu oleh gurunya namun seorang penuntut itu menuntu ilmu daripada seorang is'maj ulama.Adanya perbezaan seorang pelajar dan penuntut itu ialah bedanya cara belajar,bedanya cara membuat kerja rumah:tiada lagi kerja rumah namun kini digelar assignment.Tiada lagi suapan ilmu daripada seorang guru cuma meraih ilmu secebis cuma.Ilmu manusia hanya setitis air setapak manusia manakala Allah jualah ilmu seluas lautan yang ada.Wallahu'alam.

Mungkin dalam seminggu dua ini aku terpaksa menyesuaikan diri dengan timetable belajar sendiri.Mungkin tiba masanya sendiri aku yang uruskan kehidupan sendiri berlandaskan kekuatan dan kemampuan diri sendiri.Aku juga sedang membiasakan diri untuk membelanjakan diri untuk makanan dengan kemampuan sendiri.Tiada lagi masakan mak,tiada lagi duit mak.Sendiri yang uruskan apa yang perlu diuruskan :)

Dawooz:Aku rindu masa laluku

Salam kita terjumpa lagi..kata menghikmat rindu,tohmahan menghunus semburan,virus jiwa kegagalan...
Arghhh

Hari pertama aku pergi ke kuliah cinta .Aku sangat bergementar dan ragu-ragu apa yang sedang berlaku,adakah aku sudah menjejak kaki ke Politeknik Mukah atau baru semalam rasanya mak dan ayah aku menghantar ke Politeknik ini,baru semalam mereka tinggalkan aku seperti anak kecil tergapai-gapai dalam mimpi,seperti kura-kura mengajar anaknya memancing,seperti manusia memandu kereta.

1stly,kuliah Matematik Kejuruteraan 1 baru bermula iaitu Encik Firdauz memperkenalkan dirinya,padahal kami berkongsi nama sahaja bukannya ilmu yang ada padanya yang ingin aku garapkan seperti bintang di langit.
Selepas itu kira-kira 9.30 pagi subjek kedua aku iaitu English for Technical Purpose 1 diadakan Miss Aznah.Subjek english merupakan subjek kekurangan aku dalam hidup;

Tunggu..
AKu sayang dia

Dawooz:So bz riyte now

Yeah bowh...

bok abis Minggu Suai Kenal la sayang...erm
ermmm....
so bz n letih...
Letih sangat...
thanks all semua senior ba....ermmm
isnin tok akan bz dengan kuliah...\
mek sayang ktk,linda...

thanks,zul abang senior mekanikal..
n kak zora,yang sentiasa menolonmg haahaa :D

Dawooz:Aku baru jadi pelajar Politeknik Mukah

Hewy korang semua...
aku baru sahaja daftar untuk pelajar politeknik mukah ...
Tired ow...kul 7 pagi dah pergi kaferia Politeknik...Ada la jumpa beberapa senior yang aku kenal dan baru aja nak kenal...fuyooo..letih betul la..baru sahaja letih dari perjalanan yang jahanam sikit sepanjang perjalanan ke Mukah.

Aku diberitahu senior supaya dapat tido dengan betul2 refresh before orientasi nanti.Gerenti memenatkan.fuypooooo :D
haha

owh...aku sama bilik dgn member aku,afiq.Kamiorg macam baru sahaja pindah rumah..hehe :D banyak berangkut barang dohh....owh ya..aku baru jak kenal beberapa senior cam awie wing :D,yang dipertua kpp ntah namanya siapa tp mmg mesra,n kak zora yang selalu tempat aku bertanya hehe... :D
wah...aku dah rasa hidup sebagai pelajar asrama :D
insyallah aku akan belajar betul2 :)
aku rindu sama dia bah :D
kmk sayang ktk,Linda!

Dawooz:Lama sudah tidak online.Mukah.Aku Sampai

Salam semua..
aku baru sahaja sampai ke Mukah..Berangkat pada pukul 7 sedikit delay flight coz hari hujan dan belum breakfast.Sampai kat mukah dalam pukul 2.30pm so check in hotel King Inn ka..Aku pun kurang pasti apa yang aku pasti hotel ini bertaraf inn..cukup untuk aku ..

Sekarang aku online kat hotel..Letih sangat dalam perjalanan yang sarat dengan gunung ganang,lopak lopik,lubang lubing,lori-lora,dan mcam-macam lagi cabaran yang aku perlu hadapi.Itu baru sahaja pergi Mukah.Belum lagi semasa belajar di Politeknik Mukah ini.
Cuma agak sedikit kurang yakin sahaja.

Atghhhhh...esok aku sudah mula jadi penghuni camsis siswa Politeknik Mukah..Sungguh mendebarkan...Aiya..aku rindu si dia..

Nota kaki:Mukah...awww..nice place yawww ;)

Total Pageviews

Powered By Blogger