Dawooz:Rindu aku zaman dulu....
Aku rasa serba salah la kat Politeknik Mukah ini,ntah mengapa,nak diturutkan hati memang nak belajar tetapi mungkin aku belum lagi biasa dengan suasana di kawasan Mukah ini.Aku boleh katakan aku baru menyesuaikan diri 40-60% sahaja belum lagi 100%.Aku bukannya anak manja yang ada 'homesickness' tetapi aku memang tidak biasa di kawasan ini.Tetapi tidak mengapa,pandai-pandai la bawa diri bila di tempat orang.Kalau orang lain mungkin biasa sudah dengan suasana di sini tetapi tidak aku.
Aku bukannya anak muda yang suka bersuka ria sini sana,tetapi bagi aku cukuplah ada seorang perempuan yang boleh aku bersyukur yang selalu menjadi tulang belakang aku selain ibu bapa,bukanlah aku ingin berbangga diri,tetapi thanks Allah kerana berikan aku seorang wanita yang aku sudah jalinkan hubungan sayang selama 4 tahun.Thanks Linda.Walaupun sekarang kita sik selalu contact each other as well as b4 kta g belajar tetapi kita tauk yang kta love each other n makin hari makin terlalu sayang ktk.Mungkin kita ada membuat silap.Jadikan kesilapan itu benteng kepada kegagalan masa hadapan agar kita tidak mengulangi kesilapan masa delalu.
Mungkin aku juga perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana selama ini selepas SPM aku hanya mengosongkan minda,membuatkan diri seperti orang yang tidak ada haluan.Selepas ini azam semester ini,aku ingin dapatkan pointer 3.0++.Aku tahu yang aku tidak akan dapat flat 4.00 pointer tetapi kalau aku dapat 4.00 itu sudah sesuatu yang membanggakan aku,bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi di Politeknik ini aku harus belajar dengan betul dan bergaul dengan orang yang ada minat untuk belajar sahaja.Mereka monyet-monyet yang lain aku pedulikan sahaja.Hiraukan mereka kerana mereka monyet yang hanya tahu bermain-main dan bersuka ria tanpa hala tuju yang lurus.
Aku rindu zaman remaja semasa di tingkatan dahulu yang mana aku tidak perlu risau akan pembelajaran.Sekarang sudah berubah,kalau dulu ada cikgu yang boleh guide.tetapi sekarang semua sendiri yang perlu lakukan.Nak ilmu,carilah sendiri.Lecturer hanya sebagai seorang mentor sahaja.aRGHHHH ...Aku perlu pandai manage time and money here.No more mother no more father to bring your along the way of life.Its yourself
K.aku nak out dah...
Aku sayang dia,LINDA,you are mine dear ;)
0 Response to "Dawooz:Rindu aku zaman dulu...."
Post a Comment