Pengikut Setia

Dawooz : Hari pertama nak merangkak jap nie..

Selamat Malam kawan-kawan...

Dah lama aku tak update lagi blog ini.Sebab utamanya aku dah menjalani latihan industri.Inilah pengalaman pertama dan mungkin tak akan aku dapat ulang lagi.Pengalaman sewaktu remaja,seawal usia 19 tahun dah masuk ke alam pekerjaan walaupun hanya untuk 5 bulan lamanya bersamaan 20 minggu didarab 5 hari bekerja menjadi 100 hari aku berkerja sama dengan 800 jam manhours aku bekerja secara totalnya..Tu belum lagi dikire dalam saat dan minit..Banyak tu jumlahnya kan??hehe..

Papepun..dalam 5 bulan aku hanya boleh apply cuti 5 hari aje..tak best kan?Dahla susah nak dapat cuti.Kalau kat politeknik dulu nak cuti senang je..escape je kelas asalkan tak lebey 2 kali attendance korang kena check la.Bytheway,now is new environment to me.Working field that i need to follow do n dont rule.

Pagi tadi aku pergi la main office Petronas Carigali Sdn Bhd SKO.Sarawak Operation field terletak kat Miri Sarawak ni.Seawal 7pg lagi dah pergi office.Pergi je tingkat 5 bahagian Human Resources tengah tunggu Kak senior yang akan briefing kami.

Lepas tu,dalam lepas 2 jam tu pas briefing,aku pun ditempatkan ke M.COT yang bermaksud Miri Crude Oil Terminal.Tempat pemprosesan minyak dan loading serta eksport minyak.MCOT ini secara asasnya merupakan terminal minyak kuar dan masuk.Minyak masuk dari West Lutong dan Baram terminal.Setiap minyak perlu menjalani proses tertentu.Proses inilah yang aku belum paham sebabnya aku bukannya base dari petroleum engineering.Anyway,cabaran inilah aku perlu hadapi hari-hari.

Barulah aku tahu betapa susahnya menimba ilmu dalam skop pekerjaan ini.Kita mungkin belajar dalam bidang kejuruteraan Mekanikal namun kita mungkin akan ditempatkan kat department elektrikal mekanikal ke.Takpun mcam aku sekarang ni,bahagian petroleum.Tapi aku tau inilah pengalaman emas yang perlu ditimba dan ditempa.Ya memang benar cakap lecturer aku yang berbunyi begini,'Nanti korang praktikal korang tau la nasib korang dengan bos'.Itulah kata-kata lecturer aku yang bekas jurutera katenye..

Tengok tulah hasil daripada crude oil ...Banyak lagi ni nak kena tapis la..Aku pun tak tau sangat sebenarnya tetapi tulah,aku hanya akan buat research sendiri.Nak cari ilmu sekarang ini mana ade orang yang suapkan.Sendiri la beb la nak cari ilmu :).

Pagi-pagi start pukul 7pg mesti ade kat sana.So memang boleh dikatakan kena turun awal pagi la.Tentu penat kan.Doakan saya yang terbaik..Saya juga akan doakan kalian terbaik sape yang lawat blog ini la..

Dawooz : Sibuk kot hari ini..

Selamat Tengahari yea semua..Semalam aku.dawooz tak dapat nak update sebabnya sibuk sangat..Alkisahnya,aku tengah buat preparation untuk menunaikan latihan industri politeknik.Latihan industri ini student wajib hadir untuk 20 minggu lamanye.Iaitu sama dengan lebih kurang 5 bulan ini termasuk hari sabtu dan ahad.Tapi weekend tak payah la kerja.


Kelmarin dawooz sibuk pergi kat satu bank.Cimb bank dawooz nak aktif balik akaun,yelah dah 2 tahun tak guna akaun kat cimb bank kan.So terpaksa la kena aktif balik.Nasib baik gakla sempat aktif sebab pergi bank hari sabtu yang kebetulan buka kan.So,dawooz aktifkan je akaun tu dengan topup akaun sebanyak rm50 supaya aktif balik.Then mesti kuarkan paling minimum rm1.Tapi dauz kuarkan gak rm10.Ni mesti dilakukan di kaunter bank yea.Bukannya menggunakan mesin atm.Susahkan?

So sebagai pengajaran,jangan biarkan akaun bank anda tidak aktif kerana apabila diwaktu memerlukan ia akan menyusahkan anda sendiri.Pesanan penajaa ini dibawakan tuutt...ehhe..Sebaiknya jangan biarkan akaun bank anda dibawah RM10 macam aku ni.Tak amik kisah pun...

Pas aku g aktifkan akaun ,aku p la jenjalan cari sesuatu.Sesuatu yang menghilangkan dahaga.Ya..air..Bukan eh..Ais..Yeah..Aku dapat idea.Jalan2 la kat satu tempat ni..Cari cendol la ..tapi cendol cincau jerkk...



Sedap tak??ehe..Harga pun okay je..Dalam rm2.50 kot..Isi kandungan pun banyak jugak shendol nie..hehe..Bytheway,hari ini aku nak pergi copy gambar passport.Nak ready untuk keesokannya..

Dawooz : Blogger Tiada Harapan..Aiyak..

Thanks ya kat nadz coz sanggup tagged dawooz sekarang ni.Banyak gak nadz ni dapat awards yea..So dawooz jawap satu je..Tak larat nak jawap semua.

Terima Kasih juga sebab congrat tu k nadz.Laa ni dawooz tengah bercita-cita menjadi blogger harapan boleh ke? Ke langsung takde harapannye.

Sebenarnya kenapa aku nak jadi blogger?
Dalam hati,'Tengok orang lain boleh dapat duit dengan blogging je.'.Itu kata hati dawooz.Tetapi sebenarnya tidak terlintas dalam fikiran pun blogging ini untuk dapat duit,cuma nak jadikan blog ini sebagai cara ekprementasi meninta dunia..Cheewahh..Ayat skema tu..hehe..

Sebenarnya dulu masa di Tingkatan 5 lagi sebenarnya dawooz dah start aktiviti blogging ni,cuma sekarang je lagi nak fokus dan konsisten.Sayang beb kalau blog dah ada tapi tak maintain ..Kalau nak blogging pasal nak dapat duit tak yah laa..Blogging ini macam menulis buku cuma kita menulis secara online je :) ..

Klah..tak tau plak nak tagged sape dengan award nie ya..Takpe la..lain kali la nak tagged kawan-lawan-kawan :) .Sekarang ni,aku sedang sibuk nak prepare untuk praktikal nanti.

Total Pageviews

Powered By Blogger