Pengikut Setia

Dawooz : Strategi Perniagaan

Jam menunjukkan tepat pukul 12.06,ini bermakna aku sedang mula menulis blog ini.Okay..Pada pagi ini,aku akan menerangkan strategi perniagaan yang boleh dibuat dalam hostel asrama bagi pelajar yang sedang menetap di hostel terutamanya pelajar IPTA.Yelah,kita ni mesti pandai carik duit sedikit untuk menampung perbelanjaan bulan-bulan kita.Yelah tak pun cukup sekadar untuk lepas perbelanjaan top-up kredit untuk telefon awek,message awek dan waktu-waktu berguna.Kan boleh recycle modal lagi.


Sebenarnya cuba korang lihat gambar di atas sebelah kiri,tulah main point aku dan bercakap tentang bisnes kat hostel.Tentu sudah ramai tahu ni,tak lari tak dapat nak dielakkan,iaitu bisnes mencetak atau printing.Bisnes ini memang memerlukan banyak modal permulaan dan mesti pandai menyelesaikan masalah berkenaan printer.Ala pengetahuan teknikal sikit je.

Cumanya masa mula-mula tu,adegan lucah dan ghairah promosi service printing ini agak susah dan cuma bermodalkan sekeping dua kertas bersaiz A4.Yelah..Nak buat promosi ini kenalah kuar budjet sikit juga.Takpe,pulangannya nanti agak lumayan dan memeritkan minda nak mengira nye..hehe..

Aku sudah pun memerlukan bisnes printing ini dari semester 3,tu pun first time aku try bisnes printing ini.Tetapi memang aku dah agak dah,bisnes ini mendatangkan satu keuntungan yang cukup makan kat aku Anak bini .Gambar di atas tu bukan banner promosi aku yea..Gambar tu aku dapat kat Internet.Ini punya promosi memang otak cha alif ya nun(Cina punya olank maa...).Aku respek kat minda kaum cina ini kalau bab bisnes memang hao liao lar..Tapi memang patut pun tulis macam tu walaupun customer always right!.Aku ni pun bukan pandai sangat bab meniaga-niaga ni.Maklumlah,lagi newbies orang Internet Online Bussines cakap.

Macam biasa,kalau nak buat bussines ni kenalah ada barang yang penting:

  • Laptop
  • Anti-Virus yang kaw-kaw punya
  • Bekalan kertas A4 yang mencukupi
  • Printer yang ada ink.
Haa...inilah resepi perniagaan yang paling utama.Printer.Kalau aku bisnes printing ini,aku menggunakan printer jenis Canon Pixma MP198 yang dahulunya berharga RM200 tepat.Time tu aku beli la...Laa ni..murah dah kot..Sebab apa aku pilih ni?Sebab printer nie 3in1.Ada photostat,printing dan scanner.Kalau photostat selalunya aku charge mahal sikit ler..Kalau scanner ni free je.Sebab nak tolong orang scan je kan.Kalau photostat baru kira.

Ni juga ramuan penting kalau nak bisnes cara jimat.Memang jimat la guna ink ni tapi quality ink ni takla sehebat ink catridge original canon la.Bukan apa,bisnes ni kena la pandai cari how to solve the problem kan.Kalau bisnes pakai ink original,mau lingkup kita beli ink canon original tu.So,alternatif lain ni haa caranya.Tapi mula-mula beli 1 set ni memang la agak mahal.Dalam RM 120 harga kat kedai computer di Miri Sarawak ni la.Tapi alhamdullilah,dengan bisnes printing yang aku ada,aku boleh cyclekan kerugian membeli aset printer + ink tank ni dalam hanya sebulan bukak bisnes printing ni.Maklumlah mula-mula semester memang servis ini dicari-cari baik junior mahupun seniorita..

Benda tak seberapa nak canggih ini pulak paling penting.Kita mesti ada laptop kalau nak buat bisnes ni.Yelah,nak photostat file microsoft word mestilah kena bukak laptop kan?Logik kan?.Tetapi awas,laptop korang mesti power nak detect virus sex,trojan dan pelbagai lagi.Yang penting kena kuat la dan selalu update itu software anti-virus la.Kalau tak,korang cucuk pendrive sesuka hati alamatnya,tak sampai satu hari,laptop korang kena format selalu.Silap-silap setiap kali print pastu tu kena format.Tahan ke korang?

Dan last sekali,korang kena la beli kertas A4.Jangan la beli double A sebab kertas tu mahal.Kalau customer korang nak kertas kualiti,charge diaorang lebih sikit la.Ini prinsip aku dalam bisnes.Bukan apa,kena la pandai kurangkan kos operasi bukan untuk memaksimakan keuntungan.Tetapi nilah cara nak untung.Jangan pulak beli kertas yang tersangat murah.Agak-gakla yea bro?.

Pengalaman aku dalam bisnes printing ini tak banyak sangat la.Kalau nak buat bisnes ini,korang kena tahan iman.Sebab apa?Sebab orang akan selalu pergi bilik korang nak print je.Jadi roomates korang semua mestilah paham situasi ini.Ala bodek je diaorang sikit,blanja la minum ke.Mesti diaorang tak buka mulut la.Aku pernah satu kejadian,ada customer nak print tengah malam buta.Kul 2pg pulak tu,nak tak nak..Kena la jugak layan.Time tu syok-syok tidur lagi,nasib baikla kelas aku pada keesokan harinya lewat sedikit.Nak tak nak layan je lah..orang cakap rezeki jangan ditolak.Adela untung aku malam tu dalam RM 7.00 ++ sebab dier print report .

Aku dah dedahkan rahsia aku bisnes offline dengan tanpa lagi rahsia.Pasni,ramai la kawan-kawan aku tau pasal ni.Bukan rugi sangat pun.Saje-saje je nak kongsi ilmu dan pengalaman yang sedikit di dada ni.Bukan apa dalam mana-mana bidang bisnes pun,mesti ada turun naiknye kan?Cuma mental kita ni nak kuat.Kuat semangat je.

P/S:Ok.Jam menunjukkan tepat 12.42 pg ISNIN.Hamba nak berundur diri.Wahai Melayu,mulakan bisnes sedikit lama-lama jadi bukit.

0 Response to "Dawooz : Strategi Perniagaan"

Total Pageviews

Powered By Blogger