Pengikut Setia

Dawooz : Hari pertama nak merangkak jap nie..

Selamat Malam kawan-kawan...

Dah lama aku tak update lagi blog ini.Sebab utamanya aku dah menjalani latihan industri.Inilah pengalaman pertama dan mungkin tak akan aku dapat ulang lagi.Pengalaman sewaktu remaja,seawal usia 19 tahun dah masuk ke alam pekerjaan walaupun hanya untuk 5 bulan lamanya bersamaan 20 minggu didarab 5 hari bekerja menjadi 100 hari aku berkerja sama dengan 800 jam manhours aku bekerja secara totalnya..Tu belum lagi dikire dalam saat dan minit..Banyak tu jumlahnya kan??hehe..

Papepun..dalam 5 bulan aku hanya boleh apply cuti 5 hari aje..tak best kan?Dahla susah nak dapat cuti.Kalau kat politeknik dulu nak cuti senang je..escape je kelas asalkan tak lebey 2 kali attendance korang kena check la.Bytheway,now is new environment to me.Working field that i need to follow do n dont rule.

Pagi tadi aku pergi la main office Petronas Carigali Sdn Bhd SKO.Sarawak Operation field terletak kat Miri Sarawak ni.Seawal 7pg lagi dah pergi office.Pergi je tingkat 5 bahagian Human Resources tengah tunggu Kak senior yang akan briefing kami.

Lepas tu,dalam lepas 2 jam tu pas briefing,aku pun ditempatkan ke M.COT yang bermaksud Miri Crude Oil Terminal.Tempat pemprosesan minyak dan loading serta eksport minyak.MCOT ini secara asasnya merupakan terminal minyak kuar dan masuk.Minyak masuk dari West Lutong dan Baram terminal.Setiap minyak perlu menjalani proses tertentu.Proses inilah yang aku belum paham sebabnya aku bukannya base dari petroleum engineering.Anyway,cabaran inilah aku perlu hadapi hari-hari.

Barulah aku tahu betapa susahnya menimba ilmu dalam skop pekerjaan ini.Kita mungkin belajar dalam bidang kejuruteraan Mekanikal namun kita mungkin akan ditempatkan kat department elektrikal mekanikal ke.Takpun mcam aku sekarang ni,bahagian petroleum.Tapi aku tau inilah pengalaman emas yang perlu ditimba dan ditempa.Ya memang benar cakap lecturer aku yang berbunyi begini,'Nanti korang praktikal korang tau la nasib korang dengan bos'.Itulah kata-kata lecturer aku yang bekas jurutera katenye..

Tengok tulah hasil daripada crude oil ...Banyak lagi ni nak kena tapis la..Aku pun tak tau sangat sebenarnya tetapi tulah,aku hanya akan buat research sendiri.Nak cari ilmu sekarang ini mana ade orang yang suapkan.Sendiri la beb la nak cari ilmu :).

Pagi-pagi start pukul 7pg mesti ade kat sana.So memang boleh dikatakan kena turun awal pagi la.Tentu penat kan.Doakan saya yang terbaik..Saya juga akan doakan kalian terbaik sape yang lawat blog ini la..

2 Response to "Dawooz : Hari pertama nak merangkak jap nie.."

  1. EEan says:

    Goodluck!

    dawooz says:

    tq bro...u jga.alll the best

Total Pageviews