Pengikut Setia

Dawooz : Awek Lubnan dan ViP Sarawak kantoi


Haa...Saje je dawooz nak hangatkan blog ni.takda sapa pun kantoi..hehe..Tahniah la buat si tua bangka tu yang dah kawin lagi,semoga Sarawak akan terus maju yea Pak Taib :) .Pak Taib ini merupakan Ketua Menteri Sarawak.Nama sebenarnya ialah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dah berusia 74 tahun dah.Kawin bleh pulak yea,nak angkat bagi Sarawak maju tak boleh ke? ehek..Biarkan persoalan itu terhenti di sini.Normally,Beliau digelarkan oleh orang kampung sebagai Pak Uban kerana memiliki rambut beruban atau Bai-Mao..Hehehe...Tu lah gambar Pak Taib yang dah beruban.Bila la lagi nak kasi Sarawak ni maju yea?

Tahniah la Pak Taib dah kawin lagi. :) .
Gambar kat atas tu diambil dan disedut oleh dawooz kat Berita Harian.So credit to them.Majlis perkahwinan ini diadakan secara tertutup dan rahsia..Jeng...jeng...jeng..hehe..
Wanita Lubnan itu yang namanya tidak diketahuai berusia 28 tahun seperti yang dilaporkan.Agak-agaknya Pak Taib ini pakai agen carik jodoh yang mencari gadis Morocco tu yea?Yelah..gadis sana kan belum lagi tercemar.Macam mana lah Pak Taib ini nak cakap dengan gadis Lubnan tu yea?Ke Gadis tu tunggu Pak Taib (........) agaknye la..Tapi tak baik fitnah kan? SO dawooz doakan terbaik buat diaorang..

Gambar diatas tu lah wanita Lubnan tu kan..Putih dan mulus je kulit dia..Semoga berbahagia yea pak Taib :)

Dawooz ambik Berita Harian punya cerita ek...

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu


Tahniah juga buat seorang blogger,Hanis Zalikha yang dah gempar satu Malaysia lebih glamourous daripada Dato Siti .Apa agaknye rahsia dier ek??ehehe...Tgk satu video ni KLIK SINI

Bila la aku nak jadi seorang blogger macam dia ek..Papepun all the best ok semua ..

2 Response to "Dawooz : Awek Lubnan dan ViP Sarawak kantoi"

  1. EEan says:

    Fuuhhhh... baek punya Pak Talib.. pakar mengorat perempuan lawa!

    dawooz says:

    hoho..no comment bro..part tu poket mau tebal daa...

Total Pageviews