Pengikut Setia

Akai ada ka nak hina Sarawak?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Agaknya dawooz lama dah tak update post kat blog ni..Maklumlah agak bz dan line internet yg menggunakan broadband agak atau memang sangat lembab...Kalaulah di kolej kediaman politeknik boleh pasang line internet streamyx,memang aku sudah sign up.Takpe lah...

Kali ini aku nak entry yang sangat panas buat anak jati Sarawak,Aku memang tau dah hal ini sejak beberapa hari lepas,kira-kira seminggu lepas yang dulu.Aku cuba diam diri..Apabila dah hangat,aku mesti katakan sesuatu.Disini aku jelaskan,aku cuba tak kan post yang berunsurkan emosi walaupun kenyataan seorang blogger ini,Schaza Zidane.I'm mark your word. Bukan nak marah engkau wahai diva.Cuma kau perlu berhati-hati mengeluarkan statement yang ada unsur sejarah atau persetujuan dahulu.kalau kau cakap tertekan sekalipun,cuba untuk rational sebab statement kau tu boleh pecahkan perpaduan Malaysia macam Dr Najib Abdul Razak cakap 1 Malaysia.

Satu aje pesanan aku,kau balik ke tempat asal ko tu,ko carik buku sejarah kau tengok-tengok la Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 20 Sabah dan Sarawak.Atau ko dah maju sangatkan,gunalah internet tu,google la pasal 20 Perjanjian Sabah dan Sarawak.

Ko cakap orang Sarawak tu tak terima orang semenanjung atau orang Malaya datang Sarawak?Ko silap..banyak je cikgu-cikgu Malaya datang sini seluruh Sarawak.Pak Askar-askar Melayu dan Abang-abang Polis Diraja Malaysia kat Sarawak ni.Kebanyakkan pulak orang Malaya.Yes,im sarawakian.Tapi aku takla kutuk-kutuk orang semenanjung pulak,sebab aku ada je kawan dari semenanjung,depa okay jer..Yes,orang Sarawak memang tinggi semangat kenegerian,terlampau tinggi.Nak tau kenapa?Kami asal dari kampung tapi bukan tinggal atas pokok.Sentiment yang dilontarkan sesetengah orang Malaysia bukan dari Kepulauan Borneo.aku tak cakap semua orang semenanjung cakap macam tu,tapi minoriti.Kalau korang cakap semangat kenegerian,kita semua akan ada semangat kenegerian walaupun 1 malaysia.Itu terpulang bagaimana kita punya pandangan.Normal la semangat kenegerian,cuma tak semua orang Sarawak yang terlampau extreme.semua baik jer..

Mungkin sentiment yang Orang Sarawak tinggal atas pokok tu yang membuatkan 'kami' kurang nak bergaul dengan orang Malaya yang mana membuat bibit-bibit kebencian sedikit bagi orang veteran di Sarawak.Tapi aku takde la bencikan orang Malaya,sbab kitakan dalam Malaysia,satu Malaysia.Cuma agak kecewa sedikit.Sebab kebanyakkan orang berfikiran macam tu,sebenarnya belum lagi menjejak kaki di Sarawak ataupun mereka tiada saudara-mara dekat Sarawak.

Kau silap pasal agama,agama Islam tak berapa kuat sebab kat Sarawak tiada agama rasmi.Cuma kami sini nak tekankan,Islam memang ditegakkan di Sarawak.Ko ada tengok tak Masjid atau surau di Samarahan tu atau di bandar-bandar Kuching?Memang kami kurang ustaz,ustazah,tapi tak semestinya kami tak pegang agama Islam kita semuanya.

Kalau ko cakap pasal guna passport,itu adalah kelebihan kami,mesti ada sebab sebab apa atuk moyang kami minta perjanjian macam itu.Ko boleh rujuk perjanjian 20 perkara ke-6

Perkara 6: Imigresen
Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan. Sarawak harus mempunyai kuasa sepenuhnya selain dari pergerakkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dari tempat lain di Malaysia .

Aku yakin ko dulu belajar sejarah nak lulus je,aku dulu pun belajar subjek sejarah sebab nak lulus tapi aku ingat lagi fakta ataupun sejarah malaysia.Ya,semua orang ada buat salah,tapi kau jangan ulang lagi sejarah yang ko cipta kat blog ko tu,sebab orang Sarawak akan ingat walaupun boleh memaafkan engkau ya wahai cik diva Schaza Zedane...Kau perlu berpijak di bumi yang nyata,terpaksa ikut rentak kaum,budaya,atau adat resam di Sarawak.Aku tak nafikan aku juga terpaksa ikut budaya adat resam kalau aku di tempat kelahiran kau .Asalkan aku tak terikut-ikut budaya yang dibawa oleh barat sudah.

Kat bawah ini Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Sarawak
Perkara 1: Agama
Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Sarawak.
Kerajaan negeri Sarawak meneruskan program “peng-Islamkan” tanpa memperdulikan perasaan sensitif penganut Kristian dan agama lain.

Pendekatan “peng-Islaman” menyebabkan ramai beranggapan bahawa Islam adalah agama rasmi Sarawak. Ini menarik perhatian Bumiputra Bukan Muslim yang mendapati pendekatan yang lebih terhadap peranan Islam walaupun ia bukan agama kebangsaan negeri. Kita mendapati yang polisi Islam dibawa masuk ke dalam beberapa aktiviti dan perancangan di dalam negeri dalam

menegakkan Islam sebagai agama kebangsaan negeri seperti pembacaan doa Islam di dalam majlis rasmi negeri. Oleh sebab Islam bukan agama kebangsaan negeri, Tuan Yang Terutama mesti di kalangan Muslim.

Perkara 2: Bahasa
a. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
b. Bahasa Ingeeris boleh diteruskan dalam tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
c. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Sarawak untuk pelbagai tujuan negeri dan persekutuan tanpa had masa

Contohnya:
1) Pegawai kerajaan Persekutuan yang beroperasi di Sarawak menegaskan bahawa semua komunikasi mesti menggunakan Bahasa Malaysia.
2) Kementerian Pelajaran mahukan semua pelajar lulus dalam Bahasa Malaysia sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Semua arahan tersebut hanya boleh digunakan di Malaya, di Sarawak pula jabatan tersebut patur akur dengan persefahaman 20 Perkara. Usaha dalam mewujudkan jalinan nasional memang harus ada tetapi persefahaman tersebut harus juga dihormati.

Perkara 6: Imigresen
Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan. Sarawak harus mempunyai kuasa sepenuhnya selain dari pergerakkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dari tempat lain di Malaysia .

Perkara 11: Takrif dan Kewangan
Sarawak harus mengawal pentadbiran kewangan, pembangunan dan takrifnya sendiri serta hak dalam menentukan cukai dan pinjaman.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli
Pada prinsipnya, penduduk asli Sarawak harus menikmati hak istimewa sejajar dengan hak yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi perkara ini sering dilupakan oleh mereka. Ramai penduduk Semenanjung beranggapan yang Dayak adalah bukan Bumiputera. Isu ini kerap diungkit apabila Bumiputera Bukan Muslim membeli hartanah mengikut kuota bumiputera. Bank pun sama. Ternyata perkara yang diajar di sekolah mengenai hal ini tidak betul atau sengaja dicicirkan oleh sesetengah pihak.

Perkara 15: Pelajaran
Sistem pendidikan/pelajaran di Sarawak harus dikekalkan kerana ia adalah di bidang kuasa pentadbiran negeri. Segala peruntukan dikawal oleh kerajaan Persekutuan. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) sejumlah RM9 billion diperuntukkan untuk menaik taraf dan membina sekolah baru. Bukan itu sahaja, kontrak membaik pulih dan pembinaan juga dikawal oleh kerajaan persekutuan. Malah mereka juga melantik Muslim untuk menjadi juga guru besar dan pengetua di sekolah mubaligh kristian. Ini tidak sepatutnya berlaku di Sarawak.

Perkara 17: Wakil di Parlimen
Bukan jumlah penduduk Sarawak yang seharusnya diambil kira, saiz dan potensinya juga jangan diberi perhatian. Sememangnya Sarawak memberi 30 Ahli Parlimen di bawah Barisan nasional (BN). Permintaan Sarawak untuk memberi kelebihan dalam pemilihan jawatan Menteri Kabinet tidak diendahkan oleh Perdana Menteri. Sebagai balasan, kerajaan Persekutuan memberi Sarawak RM1 billion untuk pembangunan yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri. RM1 billion ini adalah peruntukan adalah pertolongan atau satu bentuk “rasuah” untuk membeli sokongan rakyat. Sememangnya BN membeli undi.

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan dan lain – lain
Peruntukan Perundangan Persekutuan di dalam Majlis Tanah Kebangsaan (National Land Council) tidak boleh diguna pakai di Sarawak. Oleh itu Majlis Kebangsaan (National Council) untuk Kerajaan Tempatan juga tidak seharusnya dipakai. Mengapa kerajaan pusat mengambil alih sumber minyak dan gas asli? Sekiranya perlu, mengapa pula negeri diberikan royalti hanya 5% sahaja? Banyak permintaan untuk menaikkan royalti kepada 20% pula tidak pernah dilayan oleh PM. Itulah harga yang patut dibayar atas kesilapannya dan dia akan kehilangan undi Dayak.

Aku takdalah pakar sejarah sangat,tapi kita hidup serumpun .harap janganlah ada perkara yang boleh memecah-belahkan keharmonian kaum di Malaysia.Seumpama,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kepada blogger lain,hati-hatilah dalam penulisan artikel kita.Ingatan untuk aku sendiri jugak walaupun jarang dah nak update blog.

Dawooz kembali lagi.Kadar tax ditangguhkan!!

Salam blogger sekalian..


Dawooz kembali lagi..(Sila ikut iklan tora...) hehe....Hari ini 13 september 2011..Dawooz baru masuk ke laman online Berita Harian untuk dapat berita muktahir.Setelah membaca sekilas lalu,ada dua topik yang dawooz lelaki dan caj 6 peratus berikutan tajuk berita harian iaitu

Negara rugi jika ramai lelaki tak layak ke IPT

Telco tangguh caj 6 peratus


Dan di sini dawooz hanya menyampaikan pendapat peribadi dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak ok?

Berkaitan dengan kaum adam yang tak ramai kat Institut Pendidikan Tinggi iaitu IPTA mahupun IPTS .Kondisi itu sudah lama sejak dahulu kala sebelum dawooz masuk politeknik 2009.Ini mungkin sedikit sebanyak berpunca daripada sikap dan keadaan semasa kaum lelaki kebanyakkannya.


Boleh lihat di peringkat sekolah menengah atau rendah,pencapaian akademik antara kaum lelaki dan kaum hawa,majoriti kaum hawa adalah pemenangnya.Namun kita lihat pencapaian kokurikulum,kebanyakkan dimonopoli oleh kaum adam.Tak juga dawooz nak cakap kaum hawa takda.Tapi itulah hakikatnya.

Mungkin ini faktor yang menyebabkan kaum adam lupa dan leka untuk belajar.Hurghh...inilah hakikat kaum adam seperti dawooz.Malas nak belajar!!!...Dah bila malas nak belajar,sudah tentulah keputusan peperiksaan lu fikirlah sendiri .dan sikap ini akan dibawa sehingga peperiksaan genting iaitu SPM yang menentukan hala tuju ke IPT.Kebanyakkan kaum hawa akan sudah mempunyai target untuk masuk ke IPT kan sebelum SPM lagi?


So di mana kaum adam ?
Mereka pergi untuk mendapatkan kerja.Mungkin ada faktor lain.contohnya kaum adam dari keluarga susah dan miskin tentunya akan mencari nafkah membantu keluarganya selain bapanya.
Fikirkan lah...

Namun sebalik cerita di atas...Mari kita tengok syarikat komunikasi yang bakal mengadakan charge 6% untuk tax kata diaorang la..Bukan dawooz.

DIGI,Maxis,Umobile dan celcom adalah telco di Malaysia yang sudah berjaya dan ramai pengguna.Namun di manakah keuntungan diaorang?Mahu lagi kenakan charge tax?Malaysia ini semuanya tax daripada makan,minum,beli kenderaan,bayar bil rumah semuanya tax.Macam mana lah Malaysia mahu maju kalau rakyat sendiri dikenakan tax?Cuba lihat luarkotak kat negara maju walaupun tak dinafikan diaorang kenakan tax juga tapi nampak juga hasil tax.Contohnya negara Brunei jiran Malaysia jerr...Tax diorang untuk kereta adalah rendah sekali.Dan kualiti jalan mereka mengikut standard.Malaysia juga dikatakan negara yang ikut standard tetapi lopak-lopak jalan banyak selagi.Nak nafikan?Cuba bawa motorsikal tengok tepi-tepi jalan,ada lopak tak?Bukan nak condem Malaysia.Tapi bayangkan semua nak tax,tapi hasil tax tu pergi mana yer??


Macam mana nak atasi kalau tax dikenakan kalau kita beli kredit jugak?
Cuba bayangkan kalau kita beli RM10 dikenakan charge RM10.60(kadang boleh jadi RM11).Apa kata kita beli kredit RM100(tax RM106) terus untuk masa yang lama sekali kita akan guna..Memang berat nak keluarkan RM106 dari poket.Tapi ini juga akan menguntungkan kita pada jangka masa yang panjang..Tidak rugi kalau keluar sekaligus kan?Daripada kita bayar tax berkali-kali jika beli kredit RM10 yang tax yang dikenakan sebanyak RM0.60 walaupun nilainya hanya sen tapi kita rugi panjang.Sukar nak dijelaskan.Cuba sendiri baru tahu :) ..

Kita jumpa lagi di post akan datang kawan-kawan

P:S Sekadar ulasan.

Ayuh...kembali ke sekolah..Ayuh

Salam blogger sekalian,


Jatuhnya 14 syawal bersamaan 12/9/2011 sehari selepas 9/11 yang dihebohkan dunia barat tentang jatuhnya World Trade Center Amarika 10 tahun lepas.2011 yang dirancang oleh puak zionis untuk memburukkan nama ISLAM.Percaya atau tidak?believe its..Konspirasi barat.

Dawooz dah balik Politeknik Mukah seminggu lebih sudah.So agak boringla di sini bukan sama seperti rumah sendiri.Mood raya lagi ni weih!!!Raya tahun ini agak boring sedikit..Tengok la cuti berapa hari je walaupun dalam takwim cakap satu minggu :D ..

Tapi lain pulak,lecturer plak cuti terlebih sudah...Hari ini kelas ada satu sahaja..diikutkan sampai ke petang kelas dauz..tapi takda...so rehat...Tapi assignment banyak dan 'bertimbun' macam sampah sarap plak..

So,rasanya sampai sini saja dulu post ringkas dan padat..

Kepada budak-budak nak sambut peperiksaan UPSR..lupakan raya tahun ini dan selamat berjaya ...


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam blogger sekalian..

Hari ini adalah pengumuman mohor-mohor diraja untuk mengumumkan tanggal tarikh hari raya.Jadi aku pun tunggu tengok berita dan terus menunggu...

Esok 30 August kita akan merdeka bagi umat Islam..Dan merdeka juga syaitan-syaitan untuk menggoda manusia.Hati-hati yea kawan-kawan.Kita merayakan raya merdeka..Kerana tahun ini raya dan merdeka tidak jauh bedanya.Semoga kita dan negara Malaysia dicucuri rahmatNya.

Malam ini aku tolong ayah untuk membakar lemang untuk dihidangkan kat tetamu pada esok harinya..Kami buat sedikit juadah untuk dihidangkan bersama.Agaknya,esok tentu meriah macam pesta orang mengunjungi pusara orang tersayang kebiasaannya dilakukan pada hari raya pertama.Bacaan yassin diperdengarkan sebagai sedekah tulus ingatan dan berdoa .





Semoga raya tahun ini lebih meriah lagi..Aku punya checklist semua barang nak dibeli sudah tercapai dek akalmu :) ..tahun ni aku raya sederhana je..Takda la beli barang macam nak beli satu gudang jak..Atleast cukup la ada baju melayu,kasut baru,selipar baru,baju dua tiga helai baru ..


Buat yang tersayang nun jauh di perantauan,aku tau dia pasti jauh dan rindukan famili.Tapi takpa ya sayang,kuatkan semangat..raya di tempat orang best juak atleast boleh merasakan :) .

K..Nanti la update lagi kalau aku rajin dan ada kelapangan masa

Blackberry Bold 2 aka 9700 on my hand.

Salam blogger sekalian,

Hari ini 27 ramadhan bermakna tak lama lagi raya aidilfitri akan menjelma .So apa macam persediaan korang semua ek?Dawooz ala kadar je..cuti raya pun pendek je..Dalam seminggu aje cuti nanti,dalam raya ke-empat sudah balik ke politeknik.Kali ini raya paling pendek dirasai :) tapi takpe sebab menunaikan tanggungjawab belajar kan ...

Lagipun,insya-Allah tiap tahun akan kita menyambut raya kalau umur panjang.Tapi study hanya sekali dalam masa tertentu..Tak mungkin boleh ulang lagi menuntut ilmu,hee..mengerepak sekejap yea...

Nyway,berbalik kat post kat atas tu.Dawooz dah guna BB Bold 2 dalam masa 6 bulan dah dan agak berpuas untuk ber-facebook,ber-bbm,dan juga ada Instant Messanger macam Yahoo Messenger,Google Talk dan juga MSN

Dawooz amik Blackberry Internet Service atau BIS yang menggunakan plan telco digi yang agak murah yang itu RM 25 sebulan bersamaan RM 0.98 sen sebulan je.Kalau korang ada blackberry dah boleh la bertukar guna line digi ..Sebab rasanya line digi ni agak murah dan berbaloi-baloi.Korang bleh la usha kat link digi blackberry ni.

Mula-mula dulu dawooz pakai plan BuddyBerry dari digi jugak rm1 satu hari..Agak mahal setelah dikira-kira sebulan dekat rm30 .Tapi plan baru digi ni best sangat..rm25 sebulan untuk unlimited BlackBery service termasuk la bbm,fb,ym dan bb apps yang lain macam Foursquare kan.pastu,dawooz amik la plan yg rm25 sebulan agak murah dan berbaloi untuk duit..Worth for money la orang putih kata..

Dan screenshoot dibawah pun detail pasal Enjoi Berry dari plan digi..

Sekarang ni aku bahagia guna digi+Blackberry .Dapat la aku berhubungan dengan yang tersayang nun jauh di sana.Dengan adanya Blackberry,aku dapat berhubung selalu dengan si dia.Boleh dikatakan 24/7 la aku boleh chatting dengan si dia.

Sekian dulu aku punya penulisan ala-ala kebosanan.Korang tak nak pakai blackberry ke?ehem2..hehe..


Kenapa aku menghilang dan TErrr....


Wah...pagi-pagi macam ni dawooz takboleh tido..terbangun daripada lena..Ahh..kenapa tido awal sangat semalam? Bisikku sendirian.Terbangun daripada tidur dawooz terus menekan switch laptop .Nak update blog? yeah...dah berkurun lamanya dawooz dah tak update blog kesayangan ini,


Sebenarnya dua tiga hari ini dawooz agak dalam keadaan yang kurang menyihatkan walaupun dawooz sememangnya sihat sangat.Dawooz demam dan batuk-batuk.So,tu lah pasalnya dawooz jarang nak update blog .Tambah pula,hari-hari keja dari pukul 7 pagi sampai 4.30 petang.


Kerja yang sebenarnya dawooz nak habiskan intern untuk politeknik selama 5 bulan.Dawooz praktikal dalam bidang oil and gas,sebenarnya agak mencabar iman jugak lar.First day datang praktikal just lapor diri kan supervisor.Second day praktikal,dawooz dapati apa yang dibelajari kat politeknik langsung sedikit digunapakai.Benalah kata orang,belajar tinggi-tinggi nak dapat sekalung ijazah je.Tapi dalam real life experience as worker tu kena ada kot bagi lepasan graduan.Sebabnya,hanya 1 per 10 je apa yang dibelajar akan dipraktik kat tempaat kerja..As my 2 cent jerkk la..


Dawooz pun agak kurang sihat sebab selalu pergi site dan berpanas.Kalau hujan mesti semua kerja dihentikan di site.Bytheway,dawooz agak happy.Rasa rindu kang kalau terpaksa berhenti praktikal.Sebabnya dawooz suka sangat ikut abang-abang technician yang memang banyak bagi ilmu dalam bidang Mekanikal .




Akan bersambung lagi nanti untuk post akan datang.. hehe..Dawooz just nak update serba sedikit je.

McProsperity Chicken Burger...Nyumm...Nyumm..



Hey semua..selamat pagi ek..Semalam dawooz balik keja ..Opss temporary keja ek.Sebabnya dawooz berkerja untuk fulfill internship lar...hehe..Balik dari keja tu..dawooz lapar sangat ..So pergi la drivethru katMcDonald...Dawooz tersangat lapar tahap melaun dah..ahaha..
So secepat mungkin order McProsperity.Nilah antara perbualan aku dengan kakak mcD tu.


Tukang order: Good aftanoon sir..Can i take u order?
Pelapar : McProsperity with McFizz 1 set .
Tukang order:That all sir?
Pelapar : That all ..Im hungry(huaaa...sekadar lakonan).
Tukang order: RM16.50 sir.Please pay infront.
Pelapar : Alright.
Selepas bayar tu aku move on ke counter depan tuk amik order yang aku telah buat.Aku suka gak order McD drivethru ni sebabnya service diaorang memang cepat dan pantas.memang la agaknye ek..Kan fast food so fast service la..hehe..tp mcD ni agak mahal kot tetapi sedap gak la...

Aku suka minum mcFizz nie..Tapi agak mahal la yang berharga rm4.20 dah masuk gomen tax..hehe..Tapi rasanya macam orange juice campur minuman bergas la jugak.Rasanya macam nak order lagi satu..hehehe...


Nilah kotak Chicken Prosperity Burger yang comel gitu tapi padat isinya di dalam.Hehe.Gebu pulak tu burgernya..hehe..Sebab sangat terasa empuknya bila dijamah.
Haa...ini pulak isi dalam kotak..nyum..buat perut terasa nak cepat-cepat menjamah segera mungkin...hehe..


Haa..ini plak gambaran sebenarnya burger ni..nyam..nyam..hehe...
Ni plak twister sedap dimakan waktu panas je..Macam frenchfries la jugak..

Hmm..Dawooz takde lain nak update lain..hehe..Kalau ada dawooz update la..

FaceBook dan Zaman Kejatuhan

Hey hari ini dawooz takde update sangat yea..Baru je kemas-kemas rumah ..Jadi anak dara kejap yerk..hehe..tak kan lelaki dah tak leh nak kemas rumah kan??Ahakz...Sebenarnya dawooz baru tahu yang Facebook ini akan luput 15 march 2011 tetapi macam mendengar rumours je kan?Hehe...



Ade jugak rumours yang dawooz dengar dari forum luar yang mengatakan Mark Zuckerberg dah tak sanggup dah nak tanggung kos server facebook yang semakin tinggi.Tetapi itu rumous je lah.Kita tunggu je lah 15 March 2011 nanti,Ade kemungkinan jugak pemilik Facebook yang berbangsa Yahudi ini akan membuat sesuatu yang di luar dugaan.Ala surprise katanya.Atau mungkin ini hanya satu konspirasi Yahudi?So sama ada facebook akan tutup atau bertahan ianya tidak akan menjejaskan kehidupan aku.


Facebook memang diduga tidak akan dapat bertahan lama sama jgak kes dengan Friendster yea.Dawooz masih jugak ada friendster dan juga facebook.Kepada Facebooker yang diehardfan susah la kalau sehari dah tak online facebook tentu merana dunia..hehe..



Apa kata mungkin sudah tiba masanya untuk anak Malaysia mencipta sendiri laman sesawang rangkaian sosial seperti facebook,myspace dan friendster.Mana tau boleh kaya macam Mark Zuckerberg .Kaya tau kalau dapat buat laman web rangkaian sosial ni lagi-lagi terkenal macam facebook nie.Boleh dapat berjuta-juta tau.


Tapi adat la,setiap yang naik pasti akan tiba zaman kejatuhannya cuma tidak kira lama atau sekejap atau dalam sekelip mata je.So,dawooz sesekali tidak akan terjejas dengan kejatuhan facebook ni.Cuma kalau perkara ini terjadi betul-betul dawooz susah la nak main games Mafia Wars n CityVille je..hehe...macam budak-budak dah..hehe..


So dawooz dah aktif balik guna friendster ni..hehe :D ..

p/s: Gunalah sosial network sebaiknya..

Dapat gadget baru.Canon A3100 IS

Salam bro dan sista sekalian alam...Dawooz baru nak update 2nd post untuk 2011 ni..hehe..orang lain dah berjelar-jelar byk je post..But who care aite?Dawooz nak update blog ini..Haa..dawooz nak bagitau yang dawooz dah ade gadget simple ringkas mudah dan compact nak dibawa kemana-mana dan keperluan seorang blogger hingusan dan kebanyakan macam dawooz ni..


Dawooz sebenarnya beli compact kamera ni untuk kegunaan semasa praktikal je.Yelar..dawooz nak ambil gambar component dalam plant tu.Dahla takleh bawa handphone turun ke site atas sebab keselamatan dan untuk mengelakkan kebakaran.Dawooz ni praktikal kat tempat yang hazardous dier memang banyak dan high risk of fire.

berbalik kat Compact Camera tu.Dawooz beli dengan harga RM468 + RM10 upgrade 2gb ke 4gb memory card dier.


Sebab apa pilih Canon A3100IS

  • Harga berbaloi..Ofcoz..
  • 12.2 megapixel..Kire besar tu..
  • Ringan dan kompak.
  • New release berbanding Canon A3000 IS hanya 10mp je.
  • Ikut budget je.
  • bateri tahan lama

Oppss ni bukan dawooz nak sesaje nak promote k..Ini hanyalah pandangan peribadi dawooz yang bukan berlatar belakangkan pakar jurusan photography ni..Jangan mare yea..hehe..


Lagi satu,masa beli tu..dawooz dapat free mini tripod je..CUkup lerr kan untuk menegakkan kamera ni nanti.Haa...Dawooz dah pakai kamera ni kira2 seminggu je.Hehhe..So alhamdullilah maseh dan akan berpuas hati dengan performance kamera ni.Memang puas ati sangat la dah lar masa nak membayar tu mengigil je nak bayar kat adik cashier tu..hehe..takde la ..sekadar joke je..


Korang tentu pakai kamera yang mahal-mahal kan?.Macam DSLR tu..Memang best betul la :)

2011..update anything?

Hey orang lain 1st day 2011 dah update blog tetapi dawooz ni seorang yang pemalas tulah tak update lagi..Ni pun tengah malam la nak update blog..Sungguh kejam dawooz melayan blog ini..Hahha..anyway,Happy new year all..Dah pasang azam tahun ni ke atau nak pancing balik azam tahun lepas buat diazam tahun ni pulak?


Hoo semestinya azam dawooz banyak sekali..Tetapi memang ada yang tak dapat nak dipenuhi..Hehe.Hari ini dawooz kat rumah je lah...Layan msg ngan tersayang la..Oppss dawooz dah berpunya ek..hehe.. nak taw ke princess yang dah ke memang bertakhta kat hati dawooz ni..ceh..jiwang karat la pulak.. :P

Haaa...yang bergambar tu la princess hati dawooz selama ni..Selama 4 tahun..dah dekat nak masuk 5 tahun je dah ni..Agak-agak korang lama tak ?Insyallah nak berkekalan lar..Maaf yea..dye takde blog dan dye kata tak berminat nak blogging...So i respect on her decision.By the way,awek ni 1st love dawooz.Macam mana dawooz tacle dye?Tu biarla cerita kami berdua jerk..Orangnye cukup je untuk dawooz.Dawooz tak nak la pilih yang cantik2 je..Yang penting Ikhlas terima dawooz seadanya..Yang penting dye taw dawooz ni jenis camner.Im not workaholic.hehe..

Okay..Esok dawooz cuti lagi..Hari Isnin masih cuti je...Praktikal dah tak rasa maw jugak dalam sebulan dah.Log book pun dah nak update selalu..So kena la rajin online carik info yang berguna ni..So harapan untuk tahun ini dawooz nak move forward..Become better man for great women :D ..Ape ke..Nak jadi positive plak..Dan nak selalu update blog ini selalu.

P/S: Selalulah blogwalking sini yea kengkawan :)

Total Pageviews

Powered By Blogger