Pengikut Setia

Suatu perhentian jalanan kehidupan....



STOP...
Berhenti maknanya amat mendalam ..
Sedalam lautan merah cinta yang mendalam..
Namun siapa yang mahu menerobos lautan dalam
tanpa bekalan oksigen yang mencukupi??

Kehidupan.....
Indah namanya..Namin siapa yang tidak suka kehidupan..
kehidupan dunia yang fana..
sungguh sial jika tiada seorang yang memahami apa erti
kemurkaan tuhan ketika usia dunia semakin mentua

Persimpangan kehidupan ketika merudum jiwa
suatu perasaan sukar untuk diceritakan
suatu yang terpendam kian membara..
Bina jalanan sendiri
dengan segala
tanah bak ilmu
batu bak pengalaman
tar bak celotehan
apabila disatukan semua
ianya lengkap sebagai jalan-jalan kehidupan.

Namun jalan-jalan itu pastinya ada lubang-lubang
lopak-lopak dek kerana panas dan hujan yang melanda..
maka dengan itu..
isikanlah kecacatan itu dengan rohaniah ketaqwaan walaupun
kita di akhir zaman..

0 Response to "Suatu perhentian jalanan kehidupan...."

Total Pageviews

Powered By Blogger