Pengikut Setia

Buka minda buka jiwa luaskan fikiran




Buka minda kita....
Luaskan minda kita bak mentari menyinari pagi yang indah...
Minda tertutup bak tin kosong hanya bagai 
Bunyi guruh di langit namun
bukan seperti ombak tsunami yang memusnahkan senyum pagi 

Besarkan akal...
Biar sebesar gong 
Namun isikan minyak setong bak ilmu duniawi
Bukannya RM 2.79 seliter yang mahalnya

Namun hiraukan semua kerana itu duniawi..
Kita??
Hidup dalam ombak ekonomi
Hidup bak lautan air yang dipukul ombak
OMBAK TSUNAMI KEHIDUPAN...

Lain orang lain akalnya...
Jiwa membara bak gunung berapi mengandungkan lavanya...
Gemuruh jiwa mengapikan diri yang hampir kepada 
Yang Maha Esa.

Buka minda
buka jiwa
Luaskan fikiran
Dalamkan paradigma...
Tingkatkan pretasi diri
ke tahap Maksimum
bagaikan IMPAK MAKSIMA
Selaju awan Dania di langit...
Apa lagi??
Apa lagi ditunggu 
Tunggu kiamat mendatang??
Tutup mata sahaja..
Menunggu pagi menjelma
mengakhiri malam saldu??

Kita bagai kitaran masa
Masa yang menghilang dari ingatan...
Ingatan mekar yang membuatkan masa menghilang..
apa semua ini??

P:S
dawooz dalam keboringan maka terhasil nukilan yang tidak seberapa ini.Kepada sesiapa yang terasa mari kita merasa bersama..Kepada yang marah marahkan diri anda sebelum marahkan sesiapa..Dawooz anggap blog ini sebagai platform untuk mengembangkan lagi serta mempertajamkan akal fikiran






0 Response to "Buka minda buka jiwa luaskan fikiran"

Total Pageviews

Powered By Blogger