Pengikut Setia

Dawooz:Pabila papan kekunci sedang menari anak.

Pabila jari-jari ini terketik-ketik,
Pabila jari-jemari bergerak,
Pabila ibu jari bertemu jari-jari anaknya,
Pabila kuku-kuku bertemu dengan kulit papan kekunci,
Pabila alpa menjaga tekanan jari-jemari,
Pabila lima orang sang penari menari-nari anak
di atas jalan-jalan papan kekunci,
Pabila roda-roda tikus mencari arah,
Pabila seorang blogger sudah mula bertarung nyawa
'fight' untuk mencari ilham fotomorgana durjana,
Seorang bergelar manusia biasa cuba untuk menjadi seorang sasterawan
Pabila kata-kata mengancam menusuk pangkal jiwa,
Pabila seorang blogger leka menulis menari anak papan kekuncinya
Pabila dia mencari sungai ketandusan maklumat,
Lalu....

Dia meniru gaya dan langkah tarian blogger lain
Padahal tarian blogger yang ditirunya sumbang mambang,
Tarian jauh dek modenisasi.
Modenisasi konon hanya atas kemodenisasi maklumat.
Teknologi Maklumat.
Era globalisasi.
Pengaruh Barat.
Pabila tarian itu terhenti,
Ketandusan langkah tanpa latihan.
Itulah blogger masa kini.

Done by:Dawooz

Nota kaki:Hanya hasil yang ori.Tiada copymize.Idea datang sendiri perginya tidak dijemput.Bukan diundang :)..

Rindu sama dia ..haizz
On 1044
24.06.2009

0 Response to "Dawooz:Pabila papan kekunci sedang menari anak."

Total Pageviews

Powered By Blogger