Pengikut Setia

Dawooz:Dia Milik Aku.Bahagia hariku.

aha...Aku menulis lagi kali penuh dengan nada kegembiraan,suka duka,rindu sayang semua bercampur aduk bergaul sebati dengan penuh resepi keceriaan yang melanda.Ahh...sebelum itu aku ada menjanjikan korang satu tip blogging pada post terdahulu namun aku belum ada mood mahu memberikan kalian tutorial blogging kerana mood aku berada di tahap yang menginginkan tersayang selalu ada di sisi aku.

Ya beberapa sebelum post ini dilahirkan si dia memang memang ada dengan aku,bukan sahaja jumpa namun dialah segalanya bagi aku..Ahh tidak perlu aku beritahu bila si diadatang ke Miri.Namun aku tetap bahagia dengan dia bila seharian..oppss bukan seharian...tetapi hari-hari :D
Arghhh...this picture taken by her,bilamek duak lam kreta masa kat Marina Bay...Thanks for all dear...i wish u will success in further study...waa...banyak dah mekduak dah lalui dalam masa 4 tahun towk...boleh katakan macam-macam dari ada beberapa 'budak' lelaki yang cuba-cuba mengurat si dia..Tapi kami tetap bersama..Tidak,tidak mungkin aku sia-siakan apa yang si dia sudah berikan kat aku..tapi biarlah aku sahaja yang tahu apa.Kau??kau tak perlu tahu terlalu details ya.

Aku?Biarkan aku mengetik papan kekunci berhuruf ini untuk diluahkan kat orang yang pekakkan hati tebalkan telinga.Rasanya lepas minggu tok,kamekduak susah mok jumpa gik.Sebab??Masing-masing mauk teruskan pelajaran.Aku pula akan pergi ke Politeknik Mukah dalam bidang mekanikal.Bolehkah aku hidup berjauhan dengan si dia?Nanti rasanya jarang juga kami bermain keyboard handphone.Kami sukab bermessage,korang jangan pedulikan kami ya.Itu Kami.Si dia pula pergi di bawah biasiswa tertentu..

Arghhh...Ingat ya nanti kalau rindu dendam kta tetap setia :)..Aku harapkan korang yang sedang bercouple yang juga ingin meneruskan pelajaran setialah kepada yang satu selain yang di atas."Tanpa keberanian mimpimu tidak mungkin akan bermakna"

Usah biarkan orang lain menggangu kamu dalam perhubungan kamu dengan si dia.Kalau sudah jodoh kamu dengan si dia tidak akan lari bumi dikorek,tidak rebah dek gunung diredah,tidak longlai sang harimau diburu.Tidak pudar cinta dicuci dengan clorox.Itulah kata-kata bijak pandai tapi siapa?Aku bukan.


Ini pula gambar ketika kami sedang dinner di Marrybrown kat Pakson Megamall yang baru buka tu.Tidak mengapa,Si dia sudah jemu nak makan di KFC jadi kami pun cuba makan di marrybrown.Kenapa aku nak blurrkan mukanya??Arghh dia tidak bersalah mahupun 'wanted person' tetapi aku saja tidak mahu kongsikan jelingan manjanya kepada korang sekalian.Biarlah itu rahsia kami :) Apa yang menarik,aku tidak perlu untuk mengeluarkan ratusan ringgit seperti lelaki dalam perhubungan lain .Aku tidak mengata korang tidak pula berbangga diri jauh sekali ingin menunjuk.Kami suka akan kesederhaan,maaf ya kalau ada yang terasa.

Ya aku sangat sayangkan dia dan tersangat nakkan dia.

Nota kaki:Saja luahkan tetapi bukan untuk mengata orang lain jauh sekali mengumpat apa lagi menghina..Aku rasakan apa yang aku rasa.Korang tidak suka boleh blah dari blog aku ya

0 Response to "Dawooz:Dia Milik Aku.Bahagia hariku."

Total Pageviews

Powered By Blogger