Dawooz:Balik hari dari negara brunei.
Salam sekalian ahli blogger...Hamba baru sahaja balik dari negara Bruney Darulsallam pada pukul 5 ptg lebih kurang la.Aku balik hari sahaja..Aku berangkat ke bruney pada pukul lebih kurang 10 pagi la.Sepemergian aku ke Bruney ini bertujuan untuk pergi melihat upacara sepupu aku yang berada di Kuala Belait untuk akad nikah.Alangkah bahagia aku tengok dia diambil secara sah berdasarkan ijab dan kabul.
Aku belum lagi mahu ke ijab dan kabul kerana masa depan dan pelajaran aku memang penting untuk mendapatkan si dia :).Tunggu ya..?hehe...kau orang tak nak kahwin ke?Ada aku kisah kalau kamu orang nak kawin ke tidak..
Ya...Seketika ini jalan darat untuk pergi ke Kuala Belait,Bruney hanya mengambil masa kurang daripada 50 minit jika tidak ada kesesakan lalu lintas.Aku juga hairan ada checkpoint untuk pemeriksaan H1N1 Selesema babi buta itu.Agak melecehkan dan juga kepanasan untuk menunggu.
Namun aku tidak ada kesempatan mengambil secebis photo picisan untuk dikongsikan dengan korang agar lebih dapat membayangkan keadaan di checkpoint pemeriksaan kesihatan sempadan bruney dan juga Malaysia.
Sebelum aku pergi ke Bruney,sempat juga berjumpa dengan si dia yang tersayang dan aku juga yang hantar si dia ke wharf Kuala Baram.Ahhh ....Dia dah nak balik ke Marudi,rindu dendam pasti tercalit kat hati.Tak apa,aku sempat bermesra dengan si dia.Thanks ya awak,walaupun sik sempat untuk temankan tetapi hari-hari aku sebelum ini dalam suasana dan tahap yang membahagiakan sehingga aku lupa untuk memberikan korang tutorial berblogging.
Terasa berat hati untuk melepaskan dia pergi,namun aku tahu dia masih milik ibu bapa,takpa,aku akan jadikan dia milik aku..kau?Kau tak perlu kacau dia,pergi...pergi cari yang lain...aku tidak ganggu kalian jadi usahlah kalian ganggu hubungan kami.Aku bukan ingin menyampaikan pesanan penaja namun aku harap ada di antara kalian 'penggangu' agar faham.Bukan sahaja ganggu hubungan kami,namun aku harap 'pengganggu' itu tidak juga menganggu hubungan orang lain.Masih ada lagi untuk anda di luar sana :)
Esok aku akan berangkat lagi ke bruney dan hari ahad baru bali.ala tidak dapat kami nak bermsg namun tidak apa,aku percaya dia...
sekali lagi,aku akan menghadapi pemeriksaan H1N1...sialan lorr..:D
aku tidak ada selesama babi :D
Nota kaki:Kuatnya rindu aku kat dia...ahhh....tidak apa korang jangan pedulikan kerinduan ku :D
0 Response to "Dawooz:Balik hari dari negara brunei."
Post a Comment