Dawooz:Chit-chat 17062009
Hi...Aku online lagi..Sekali lagi aku update pada pukul 20:18 pada 17062009.
Hari ini tidak banyak nak aku ulaskan dengan lebih lanjut cuma beberapa perkara yang simple-mimple.Aku tiada pandai membina ayat-ayat membunuh kalian.
Aku sebenarnya sedang mencari sedikit info mengenai rumah kediaman terbaharu aku dalam masa 2-3 minggu akan datang aku akan menduduki rumah kamsis iaitu hostel untuk pelajar Politeknik Mukah Sarawak.:) Hanya Rm 60 untuk satu semester agak murah dan memang sesuai tambahan pula kepada pelajar yang berasal dari keluarga yang kebanyakkan dan jauh dari rumah.So,terpaksa la menetap d kamsis siswa.Ya aku dimaklumkan oleh kak zahora dan beberapa lagi senior yang menetap di kamsis siswa dan kamsis siswi,mereka mengatakan bahawa kes kecurian memang ada yang berlaku.Maklumlah,Politeknik jauh dari bandar nak beli pun mahal,jadi cara paling senang ialah panjang tangan;MENCURI.Ya masing-masing sudah ada ragam dan perangai.Tidak hairanlah kalau kawan biasa yang kita kenal pun boleh mengambil barang kita sendiri..
Jadi carilah roomate yang anda trust dan boleh dikatakan sama palak ngan korang..Itulah pesanan seorang senior yang aku kenal di teknik dulu.
Sebenarnya di mana sekalipun kita berada,pencuri memang ada di sekeliling kita cuma kita perlu pandai membawa diri dan juga menjaga hak milik barang kepunyaan kita.Bukan sahaja si pencuri barang tetapi lelaki si pencuri aka perampas kekasih korang pun ada.Pencuri tahap ini perlulah dijauhi dan dijaga dengan lebih teliti..Opss...Jauh sudah topik kita kan :)
Ok..Baiklah kita lupakan rumah terbaharu aku itu,kini kita bercerita pula tentang subjek maksimum Sijil Pelajaran Malaysia iaitu seseorang pelajar hanya perlu mengambil maksimum 10 subject sahaja.Bagi aku,ini ada pro dan contra.Pro-nya pula pelajar spm boleh memberikan kefokusan yang lebih kepada 10 subject.Contranya pula,seseorang hanya boleh mengambil fixed 10 subjek sahaja.Jika dia nak mengambil subjek tambahan 2 subjek juga mungkin tidak dibenarkan.Tetapi aku agak tidak berpuas hati apabila subjek mesti lulus hanya Bahasa Inggeris.Mana letaknya martabat bahasa Melayu?Sebagaimana Hang Tuah berkata pujangga,"Takkan hilang Melayu di dunia".Namun kini orang Melayu sendiri yang menghilangkan Bahasa Melayu.Betul kata seorang pakar motivasi terkenal,"Melayu mudah layu".Warkah untuk PM 1 Malaysia,"Ambillah langkah yang serious"Aku bukan penulis haluan pembangkang,cuma penyokong juga boleh jadi pembangkang sekiranya hak melayu hilang di Tanah Melayu sendiri.Renungkanlah...Aku tidak pula menafikan hak kaum lain ok?
Lagi satu subjek yang sepatutnya menjadi subjek yang perlu kredit bagi pelajar SPM yang bergelar warganegara Malaysia iaitu subjek yang mungkin menjadi keboringan ramai,iaitu SEJARAH.Pengkaji tersebut perlulah meneliti subjek sejarah sebagai subjek perlu kredit dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia."Orang yang melupai sejarah pasti mengulangi sejarah"Apa bisa kalian ingin negara kita dijajah?Sememangnya pemikiran kita sudah dijajah cuma jajahan minda dan kerohanian sahaja bukanlah lagi dari segi fizikal.
Aku rasa panjang lebar sudah aku merungkap apa yang terbuku di hati.Mungkin selepas ini blog ini tidak selalu akan di update kerana aku sebenarnya sedang memikirkan untuk membawa laptop ataupun tidak.Di antara pemikiran sekarang,Nak dibawa laptop nanti hilang.Kalau tak bawa laptop nanti aku ketinggalan berita terkini pula.Lagipun laptop itu penghubung aku untuk menghantar email kepada ibu bapa dan juga si dia.Aku rasa amat berat hati.
Nota Kaki:Selamat aku menjadi penuntu Politeknik Mukah.Tidak mengapa yah..2 tahun setengah aja tu.Aku amat yakin aku boleh menempuhi segala ujian tersebut namun berjauhan daripada rumah aku akan mengalami homesickness aiyo :D...
0 Response to "Dawooz:Chit-chat 17062009"
Post a Comment