Dawooz:Cinta itu bukan buta.
Jam menunjukkan 1134 bertarikh 09062009,sekali lagi aku update blog yang menjurus kepada soal hati tetapi aku tidak lupa akan tentang tutorial blogging yang senang seperti mana yang aku janjikan kepada kalian semua.Namun tutorial bukan pada post kali ini ya kawan-kawan.Pada kali ini post dawooz bukanlah dikateogorikan sebagai post jiwang namun saja ingin meluahkan pandangan 180 darjah celcius.Kalau kalian tidak suka akan blog ini,bolehlah dipersilakan meninggalkan blog ini dengan rasa hormat ya.Dawooz tidak akan menghalang kalian untuk mencaci atau membenci.Setiap manusia ada yang ketidakpuasan hati,so aku akan biarkan korang untuk memilih sama ada nak baca blog atau meninggalkan blog ini.Dunia kita demokrasi ok.No hiprokrit here caiooo :D...Sebelum itu,sudah follow aku on twitter tak?
Kalau benar cinta itu buta,mana doktornya?,
Kalau benar cinta itu tidak perlu hati,mana pengubat rindunya?,
Kalau benar cinta itu suka sama suka,mana beradu janjinya?,
Kalau benar cinta itu senyap,mana suaranya?,
Kalau benar cinta itu duit,mana sumber dalilnya?,
Kalau benar cinta itu suci,mana kata hikmatnya?,
Kalau benar cinta itu benar mana buktinya?,
Cinta itu bukan buta tetapi dibutakan hatinya untuk cinta,
Siapa pula yang perlu berkuasa terhadap cinta?
Siapa pula menjadi banduan cinta buta itu?
Siapa?beritahu aku siapa.
Cinta itu anugerah Tuhan Yang Maha Esa
by:dawooz on twitter and friendster
Aku tahu ramai pujangga cinta yang butakan hati untuk mencari cinta tetapi kau?kau tak perlu tahu definisi cinta itu.Kerana cinta itu subjektif yang pastinya terlalu banyak jawapan daripada kebenaran,bukan?Kalau cintakan nafsu,pasti ramai yang sudah ternoda.Ternoda menyerahkan mahkota kononnya untuk dibuktikan cinta sejati.Ya ramai perempuan masa sekarang sudah terpudar mahkota yang kononnya untuk sang suami yang sah selepas dikahwini tetapi berapa ramai yang betul-betul menjaga yang sepatutnya dijaga.Itu barulah cinta buta.Hai sang perempuan jagalah mahkotamu yang sepatutnya diperolehi hanya untuk sang suami,bukannya untuk 'gerek' kamu yang belum lagi sah untuk diberikan.Oppss maaf ya kalau aku telah mengecilkan hati kalian semua..tetapi realitinya,lihatlah di luar sana,panggilan-panggilan untuk perempuan yang telah rosak akhlaknya,'Perempuan tsunami','Perempuan lobos','callgirl' atau jua sekali istilah pun.Wahai wanita jagalah perilaku kamu itu.Tidak kisah la sama ada bertudung mahupun tidak.Jangan mudah terpedaya ya kawan.Namun tiada siapa yang sempurna ok.
Bagi sang teruna,kalau betul kamu sayangkan si dia,berusahalah ambil si dia dengan cara yang betul dan sah.Jangan nak cari kepuasan sebelum berkahwin sahaja,nanti rugi di dunia sebelah sana,jamahlah tubuh yang sah dan halal saja bagimu,jangan pula mencari keharaman.Ya,nikmat haram itu sekejap sahaja tetapi dosanya berkekalan.Usahalah apa jua sekali pun.Pasti jodoh anda ada di mana sahaja yang Tuhan mahukan anda berjodohan dengan si dia.Aku bukan mengata korang cuma menyedarkan diri sendiri sahaja."Yang baik semuanya datang dari Allah,yang keji dan hina datangnya dari kelalaian manusia sendiri".Manusia dilahirkan dan diciptakan daripada 1001 jenis kaum,bangsa,agama, mahupun sosialiti dan juga mentalilinya,yang pasti manusia akan sentiasa disesatkan oleh syaitan berdasarkan nikmat dunia dan kelazatan yang haram.
Bagi sang lelaki yang sudah tahu bahawa seseorang perempuan itu sudah berpunya dan milik lelaki lain,jangan pula kamu rapati dia dan dekati dia kerana pastinya dosa kalian untuk meruntuhkan perhubungan sang perempuan itu dengan pasangannya.Ingat ya,perempuan itu bukan untuk anda.Sudah tertulis dia milik lelaki lain.Justeru itu,kalian perlulah cari lagi perempuan lain kerana jodoh anda sudah tertulis dengan perempuan lain.Jangan pula gatal-gatal nak merosakkan perhubungan orang lain ok.Cuba bayangkan anda berada di tempat lelaki itu,jika pasangan anda dirampas oleh lelaki lain,apa yang anda rasa?Sakit hati bukan?Cuba renungkanlah,fikirkan apa yang ada sudah lakukan?Ingat.hukum karma juga boleh terjadi.
Aku juga banyak melihat di luar sana berapa ramai golongan kaum hawa yang menyerahkan tubuh mereka untuk dijamah sesuka hatinya oleh kaum adam yang bukan bergelar suami.Ya,aku akuai yang aku bukanlah alim sangat namun perkara maksiat dan meminum minuman yang memabukkan akan aku jauhi setiap masa.Ya,tidak semestinya orang yang kuat bersembahyang juga tidak akan membuat dosa.Aku teringat akan cerita akan orang tua,walaupun orang yang kuat sembahyang tetapi jika dia seorang berada di suatu tempat yang banyak duit,pastinya akan ternoda juga imannya kerana syaitan akan menyuruh ia ambil duit tersebut.Walllahua'alam.Tidak berani aku menyatakan kebenaran tersebut.
Panjang sudah celoteh aku,ya maafkan aku jika aku ada tersalah kasar atas kebenaran ayat aku di atas.Sekarang menunjukkan jam 1217 yang menyatakan hampir 30 minit aku menaip ayat-ayat dalam blog aku ini.Sekali lagi aku ingin menyatakan mungkin juga dalam tulisan aku di atas ada yang tidak ada kebenarannya langsung.
Okaylah...Dia saya punya,jangan ada sesiapa yang berani merampas ok?Really sayang dengan dia.Always need you,ingat ya awak 6 tahun lagi ;)..Blog ini aku punya so sukati aku la nak cakap apa ya... :) ...ya,kami dah lalui banyak kenangan pahit dan manis,rasanya paling manis pun ada kan ..just kami berdua sahaja yang tahu..Cinta kami tidak pula buta dan tidak bersandarkan cinta nafsu serakah sahaja.Akan aku jaga ia sepenuh hati aku,ingat pesanan kamek k?:)
Nota kaki:Dalam hidup ini,pasti ada yang tidak puas akan kita hidup di dunia.Tetapi ingatlah 1 orang tidak suka ada 10 lagi menanti yang tidak membenci anda.Mungkin ada yang terasa hati akan post ini.Tetapi aku hanya luahkan terbuku perasaan di hati ini.Owh ya...perempuan dalam gambar dengan aku itu aku punya,100% akan ku miliki sepenuhnya.No one can touch her ok.Aku benci perampas.
0 Response to "Dawooz:Cinta itu bukan buta."
Post a Comment