Pengikut Setia

Dawooz:Berfikir.Sejenak.Renungi Diri.PART 2

Sekarang jam menunjukkan pukul 2231 pada hari yang sama aku update post sebelum ini cuma ini adalah Part 2 sambungan bersiri.Aku rasakan Part 2 ini hanyalah sependek jalan miri-bekenu sahaja ataupun boulevard ke parkson megamall :D.Mentanglah aku hari ini pergi ke Parkson dengan parent ..Owh ya,aku jumpa mereka maznul dan juga si fariz dato :D

Ya...
Proses kejadian=Tahap tahun 1-darjah 6
TEMPAT=SK ANCHI

Aku hanya ingin korang mengimbau zaman silam korang tentang berapa banyak cikgu yang masih ada dalam memori ingatan korang?Ya aku hanya ingat beberapa orang guru sahaja atas sebab kesulitan mengingati cikgu..Aku masih ingat zaman sekolah rendah aku hanya seorang budak biasa sahaja.Budak pagi-pagi jalan kaki pukul 6.40 balik loceng berbunyi pukul 12.30pm sudah balik ke rumah nenek.Cikgu yang paling aku ingat Cikgu Amin,cikgu Pendidikan Seni Visual.Walaupun aku tiada bakat seni seperti org lain.Sebab kelucuan cikgu amin dan cara pengajaran yang sampai kat otak aku padahal lukisan aku memang kaku.Tiada langsung fotomorgana yang indah.

Manakala lain pula kisahnya dengan Cikgu Ali dan Cikgu Omar.Aku lupa-lupa ingat tentang subjek apa yang mereka ajar .Tetapi Cikgu Rashid aku ingat sebab dia yang ajar Kemahiran Hidup.Yang aku paling ingat,Cikgu Sabah yang selalu aku bergurau kerana dia mengajar Kajian Tempatan kebetulan ada pula negeri di bawah bayu bernama Sabah :) .Lucu sungguh.Tapi bila tiba kepada subjek muzik yang langsung aku tidak berbakat main rekoder ntah apa note bunyi aku lintang pukang.haha..kan dah kena ejek dengan classmate.Dan paling aku ingat Guru Besar zaman aku iaitu Cikgu Hashim baru bulan lepas aku jumpa dia.Itupun nasib dia ingat kat aku kerana dia adalah cikgu bapa aku juga suatu masa dahulu.

Argghhh kita lupakkan sahaja memori silam iaitu zaman budak kebudakan..Kita pergi ke zaman Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga yang aku berada di SMK MERBAU MIRI.

Kalau semasa Tingkatan ini,ramai juga cikgu yang telah aku cuba imbas kembali seperti Pengetua Hamzah Dadu,Cikgu NG guru disiplin yang ganas dan tegas tapi melucukan,Cikgu Norain yang kuat bergosip dan bergurau senda.Tapi aku tidak mungkin akan melupakan Cikgu Alhadi Guru B.Melayu dan juga sejarah.Oleh sebab itu juga keberangkalian PMR Sejarah aku dapat A.Sebab nya pengajaran beliau membuatkan aku tertarik dengan subjek B.Melayu dan juga Sejarah.

Kecindungan mengenai kawan-kawan pula,aku tidak ramai kawan rapat malah kawan biasa pu sedikit sahaja.Sebab?Aku jarang nak bergaul .Ntah mungkin perwatakan aku kot.Alah biasalah manusia ini ada 1001 jenis perwatakan.Argh biarkan sahaja..Kawan yang aku masih ingat,Christmond,thien kai ming,timothy ajeng,timothy,Saiful kawan baik,aldris sama juga..Zulfadhlee Azmi kawan yang sampai aku ke teknik...dan ramai lagilah...
Aku dulu pengawas boring nya jadi pengawas bila ada musuh yang bergelar kawan dan kawan bergelar musuh.Tapi aku pegang satu prinsip,seorang tidak suka kamu,sepuluh yang akan baik dengan kamu.Dan prinsip itu akan membuat aku lebih berhati-hati apabila berkawan dengan orang lain.Maaf ya kalau ada yang buat sakit ati tetapi bukan aku sombong tetapi berjaga dalam memilih kawan.Cuma aku lebih gemar apabila kadang-kadang untuk bersendirian.Oppss sekarang bukan sendirian,Sudah punya pacar dong :)

Jam menunjukkan 2330 aku ingin memberhentikan tarian kekunci typepad laptop ini dengan diringi salam doa buat bakal semua pengembara jalanan mencari ilmu di dada yang kian terpencil di dalam hati.

Nota kaki:?Mungkin ada sambungan part 3 siapa tahu kan.Ungkapan umpama drama dalam penulisan dalam medium blog :)

0 Response to "Dawooz:Berfikir.Sejenak.Renungi Diri.PART 2"

Total Pageviews

Powered By Blogger