Pengikut Setia

Dawooz:Tip blogging akan datang.

Ok..Buat masa ini aku tiada propaganda untuk ditaipkan dalam ruangan blog ini kerana aku kesuntukan masa.Namun aku janji kat korang yang baca blog aku ini,aku akan bagi lagi satu tutorial untuk para bloggger yang menggunakan blogspot ini.Cuma aku belum ada masa yang cukup untuk menulis panjang lebar dan tidak ada mood yang cukup kuat untuk aku bagi tutorial kan korang semua.Apa yang aku boleh bagitahu.Tutorial akan datang ada kaitan dengan sedikit SEO dan teknikal tentang membuatkan blog anda tersenarai dalam google.Insyallah.

Aku bukanlah pandai sangat tentang SEO cuma ingin menghulurkan ilmu yang tidak seberapa kepada sesiapa egois yang mahu mendengar,mencuba,mempraktikkan ilmu yang diberikan percuma.Setiap ilmu ada nilai komersialnya tersendiri.cuma terpulang kepada anda untuk menghargai peluang ilmu yang percuma ini.Kadang-kadang kita tidak akan menghargai ilmu yang boleh didapati secara PERCUMA.alah...Pandangan manusia dengan ilmu percuma ini amat perit untuk digunapakai...

Cuma,aku akan beritahu korang,aku insyallah dalam masa terdekat ini satu lagi ilmu blogger aku akan share kepada korang semua yang mahu mempercayai ilmu yang sekerdil ini :D

FEE=PERCUMA
TIME=KURANG SATU JAM SAHAJ

Ya,itu yang aku akan berikan korang.Ala,untuk buat blog korang semua tersenarai dengan engine carian seperti google,yahoo dan lain-lain lagi.

Nota Kaki:Ilmu percuma adalah egois untuk dikongsi kepada pemblogger sekalian.:D

Dawooz:Tutorial untuk kali kedua.Mudah.

Wahai kepada yang feedback untuk pos aku yang lepas iaitu Tutorial Simple Untuk Membuang Navbar1 iaitu dengan beberapa langkah mudah sahaja jika aku bekalkan korang dengan satu blog untuk testing sahaja.Mungkin cara ini akan memudahkan pemahaman yang aku berikan namun tutorial aku mungkin tidak begitu sempurna.Itu saja.Maaf kalau kalian ada yang tidak faham :)

Sebelum itu aku berikan korang maklumat penting yang bakal berguna buat korang.Jadi,simpanlah maklumat rahsia ini dengan berguna dan berhati-hati

Blog test: http://test-ajaran.blogspot.com/
Email Login: free.ajaran.percuma@gmail.com
Password :ajaran1234abc

okay..Sila simpan baik-baiklah ok?

Sebelum itu,kalian perlu baca lagi post terdahulu yang berkaitan Tutorial ini.Aku harap korang baca betul-betul dulu 1st tutorial itu sebelum korang baca tutorial ini.Banyak istilah simple untuk korang cepat faham.

kali ini aku akan menggunakan gambar yang aku ambil snapshot dari ruangan edit html.

A picture mean thousand words...So korang tengok aje snapshot korang akan faham la.

Ok langkah ke 5.Anda sedang berada dalam ruangan edit html :)

Klik gambar untuk melihat paparan yg best kedebak :D

Ok..Kita berada di langkah penting..Iaitu langkah terakhir.
KLIK untuk melihat perbezaan.

Ok..Lepas itu save template dan klik lagi confirm.iitu sahaja..

Mudah bukan??

Nota kaki:Kepada sesiapa yg belum paham leh tanya lagi ok :)

DawooZ:Tutorial SimPle tapi untuk ProBlogger sahaja.

Wah....This jumaat...Tadi aku sembahyang jumaat kat Kampung Pulau Melayu,Miri Sarawak.For information sesiapa 'biak' Miri leh la bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Pulau Melayu yang baru diistiyarkan boleh menjalankan sembahyang Jumaat dan telah dinaiktarafkan daripada 'Surau' kepada 'Masjid'.Itu sahaja untuk maklumat kamu orang.

Sebenarnya aku bukan hendak bercakap pasal keagamaan namun aku akan bercakap sedikit sebanyak tentang teknikali pembangunan blog untuk blogspot.com.Aku akan tunjukkan korang langkah yang mudah lagi senang sahaja.Just copy&paste sahaja.(sememangnya copy n paste adalah adik beradik sejak azali lagi :Dhehe...).

Aku rasa korang tidak perlu pengetahuan yang mendalam(deeply) dalam mengedit blog berasaskan Blogspot.com sahaja.Cukup sekadar pengetahuan HTML yang amat mudah dan pandai berbahasa inggeris.

Ok...Aku akan cakap tentang sesuatu yang amat mudah...
Aku nak korang tengok gambar yang tidak berapa jelas untuk ditengok bukan?Ya,Ini adalah navbar yang ada kat blog paparan utama blog anda.Navbar ini sebenarnya boleh di'singkir'kan hanya dengan beberapa langkah yang amat mudah dalam masa 10 minit.Ya..10 minit sahaja,aku pastikan ianya 10 minit sahaja.Kecualilah line Internet anda berada di tahap benggong.Ok...Mungkin anda agak keliru apa itu navbar bukan?Begini,aku terangkan lagi...korang klik blog syuxx(sebagai model bukan iklan commersial ya..hehe).Kemudian cuba anda lihat paparan kat atas sekali tetingkap firefox atau internet explorer anda iaitu kekotak itu.

Kekotak itu anda boleh buangkan dengan meletakkan satu ayat-ayat cinta bahasa komputer sahaja.Ya,semudah copy n paste sahaja.Ikuti sahaja langkah dalam tutorial aku ini korang tidak akan menyesal seumur hidup jika mahu.

Aku akan terangkan seringkas mungkin sahaja.Kalau tidak ada yang paham aku akan jelaskan dalam Yahoo Messenger atau chatbox.Itu sahaja.Kalau dah explain sampey 10 kali sekalipun anda tidak faham maka anda wajib digelarkan Benggang.maaf kalau kata-kata ini amat menyakitkan tetapi hakikat itu perlu diterima ok.

1stly,korang dipersilakan membuat 'dashboard' dengan menggunakan email dan password anda...

2nd,korang bila korang nampak sudah paparan dashboard korang perlu klik layout

3rd,korang perlu klik 'EDIT HTML'


4th,korang akan jumpa paparan seperti di bawah.
Selepas itu,korang hanya perlu copy n paste sahaja kod HTML di bawah yang berwarna merah yang diboldkanAnda taipkan lah ayat-ayat cinta bahasa computer seperti diatas dan letakkan di bahagian atas dalam ruangan edit html itu.

Selepas itu selesai,navbar itu akan hilang dengan sendirinya ok.Aku berikan korang contoh-contoh blog yang aku hilangkan navbar ok.

Contoh-contoh blog:
biznezprepaid
mymode
dawooz91
chronicle-of-dauz
dan ramai lagi yang aku akan tolong...

Okay..bagi sesiapa yang anda..anda..anda yang tidak tahu macam mana nak buang navbar ini,boleh panggil aku jika aku ada masa yang terluang dan kepada blogger yang pemalas bolehlah berikan aku ruang dan peluang,insyallah aku boleh hilangkan navbar anda.

Aku bukan nak memancing anda/kalian/engkau/dato-dato/mahupun hamba Allah untuk menghilangkan navbar ini.Aku berikan kelebihan jika membuang navbar ini.

Kelebihannya:

  • Blog korang ditahap selamat daripada dibanned
  • Menampakkan gaya blog anda lebih seperti profesional blogger atleast semi-problogger
  • Mengurangkan aktiviti spammer.Percayalah..
  • Menggalakkan anda lebih bersemangat untuk blogging
  • dan macam2 lagi.Luu fikirkanlah :D
Jika korang masih anda yang inginkan bantuan aku amat mudah tinggalkan sahaja ruangan chatbox itu.Dan aku harapkan korang akan credit to untuk post ini ya.
Ilmu adalah untuk dikongsi tanpa prejudis.Itu saja.

Nota Kaki:Harap-harap tutorial ini akan berguna kepada para blogger sekalian.Aku hanya kerdil untuk share sesuatu yang bukan bernilai emas :D

DawOoZ:KAWAN.Ikut aku Twitter

Kalau entry sebelum ini kita bercakap pasal kemenangan Hafiz menjuarai Akademi Fantasia,dan entry kali ini langsung tiada kaitan dengan entry terdahulu.Okay,hari ini aku akan cakap sesuatu yang amat simple..seringkas yang mungkin.atau lebih senang semudah A-B-C..

Ya.Hari ini aku akan mengupas mengulas sedikit sebanyak tentang satu rangkaian sosial online selain daripada friendster,myspace,facebook,tagged,hi5 dan mungkin ada beribu lagi yang belum dijelajahi oleh aku atau sama ada belum dibangunkan lagi.Mungkin ada pada suatu masa nanti anak Malaysia yang membangunkan rangkaian sosial network khas untuk belia Malaysia.(Hanya angan-angan kosong sahaja...hehehe..)

Ok...aku pendekkan lagi..Kita akan bercakap tentang twitter.Ya...aku sudah pun ada twitter.Mungkin ramai lagi sudah mempunyai twitter lebih lama daripada aku.Tidak.ada juga yang belum mempunyai twitter,jadi aku sarankan mulakan langkah anda untuk berdaftar di twitter.Langkah pendaftaran amat mudah...Shitt..orang xtauk komputer pun leh daftar,yang aku tauk kamu orang semua memang nak kan perkhidmatan percuma.Sememangnya PERCUMA tanpa sesen pun korang perlu keluarkan duit selain membayar bil internet lah.hehe...

OK..Kamu boleh mulakan langkah pendaftaran dengan melayari laman sesawang twitter(klik je perkataan 'twitter' tu...).Selepas tu klik aje 'Join today!' dan anda lengkapkan form pendaftaran yang terpapar dan ikuti langkah seterusnya.

Apabila selesai,anda boleh teruskan ber'twitter' dengan rakan-rakan termasuklah aku sekali.hehe..Okay..twitter ini bagaikan platform untuk korang memberitahu kawan-kawan anda tentang apa sahaja yang anda lakukan,atau dimana anda berada.Itu terpulang kepada kreativiti kalian.


Aku juga akan selalu update twitter ini jika ada keluangan cebisan masa yang tinggal ini.Cuma ini sahaja yang aku nak informkan kepada sesiapa yang belum mempunyai akaun twitter bolehla register sekarang.dan percuma sahaja.Apa lagi korang mahukan?




Nota Kaki:Hanya sebagai pemberitahuan bukan satu pengiklanan di dalam blog ini.Harap korang tidak salah faham atau menyalahfahamkan entry ini.Gaya bahasa aku kekadang agak kasar.

DawooZ:Tahniah HAFIZ AF,Anda JUARA!!!


Tahniah Hafiz pelajar akademi fantasia musim ke-7 yang julung kalinya menduduki tempat pertama buat julung kalinya buat warga negeri Sarawak setelah letih menunggu setelah sekian lama yang hampir 7 tahun.Akhirnya pemuda berumur 19 tahun anak kelahiran Kuching Sarawak yang tarikh lahirnya 27 Februari 1990 telah menjadi Juara Akademi Fantasia terbaharu.


Pemuda yang diberi nama Mohd Hafiz Bin Mohd Suip ini diberikan cabaran dan lagu yang kurang ternama ataupun tiada kick,atau ini sengaja dirancang oleh pihak penyiaran atau pihak tertentu di dalam produksi Akademi Fantasia?Aku harapkan ini hanya satu kontrovesi tetapi jika diambil kira perkara yang sama,Yazid juga mengalami pengalaman serupa seperti Hafiz.So kita tunggu saja berita akan datang dari mulut-mulut tertentu,okay?

Lagu yang dibawa oleh hafiz:
Minggu Pertama =LAGU KITA – AIZAT
Minggu Kedua =CINTA INI MEMBUNUHKU (D-MASIV)
Minggu Ketiga =MAT DISKO (SUDIRMAN)
Minggu Keempat =CINTA INI (SITI NURHALIZA)
Minggu Kelima =TERLANJUR CINTA ( ROSSA/ PASHA/ UNGU)
Minggu Keenam =KRISTAL- Pak Belalang
Minggu Ketujuh =KAU YANG - MALIQUE feat. NAJWA
Minggu Kelapan = DIMANAKAN KU CARI GANTI – P.RAMLEE THE MUSICAL

Final=Masih Jelas(Lagu sendiri...)

Sumber:Website ASTRO.

Sebagai anak kelahiran bumi kenyalang,aku juga berbangga dengan kejayaan ini.Walaupun aku tidak pandai menyanyi mahupun tahu akan dunia seni yang bermodalkan suara dan rupa paras ini.Tetapi aku tetap bangga.Aku ucapkan kejayaan hafiz akan terus menjulang nama Negeri Sarawak.

Namun aku bukan nak bicara pasal negeri Sarawak mahupun Negara Malaysia.Artis di Malaysia ini sudah macam lambakan cd cetak rompak yang merata.Ada yang ada kualiti.Ada yang langsung tidak ada kualiti.Macam maggie segera masak dua minit sahaja tapi sedap namun berbahaya untuk kesihatan kita.Mahukah anda begitu rupa?

Bagi pendapat aku,pihak astro ini harus memberhentikan seketika rancangan produksi Akademi Fantasia musim ke-8 kerana kalian sudah memerhatikan akan kepudaran rancangan ini.Mungkin juga kerana pengacaranya?Aku lebih suka jika AC Mizal di dalam talkshow seperti "AC Dimana?Ac Di SINI" .Aku lebih galakkan jika pengacara Akademi Fantasia yang pertama dikekalkan iaitu Aznil Haji Nawawi.Aku pasti dan yakin kalau Aznil yang mengacara Akademi Fantasia.Pastinya kehangatan tranformasi itu akan berlaku.

Aku dapati Aznil adalah pemangkin kenaikan Akademi Fantasia berbanding rancangan realiti tb mencari bintang yang lain.Kepada pihak Astro aku bukan nak menghina.Tapi Malaysia kan demokratik aku akan cakap kalau aku tidak suka.Itu saja.Jangan ambil kisah.Tetapi cubalah kalian tanya rakyat malaysia yang lain.Bagaiman hambarnya rancangan AF ini?

Nota kaki:Aku egois,aku pengkritik kerdil.jadi pedulikan aku.Aku bisa menghancurkan kata-kata sendiri :D

DawOoZ:Mari bertukar alamat rumah.

Mari tukar alamat blog daa...
Aku sangat bz..
so sapa2 nak tukar just leave a comment k :)

dawOoz:Kehidupan asrama.Baik buruk?

Kehidupan Asrama.

Ya..Dalam masa sebulan lebih atau kurang daripada sebulan aku akan bergelar pelajar politeknik berasrama penuh untuk selama 2 tahun 6 bulan akan datang.Itu belum lagi tolak tambah cuti-cuti yang akan ada untuk dinikmati.Mungkin dalam 2 tahun sahaja aku akan menikmati panorama kehutanan.

Ya aku akan aman di situ.Itu duniaku.Namun susah untuk aku gambarkan kehidupan asrama yang akan dialami aku.Mungkin aku akan bergembira atau sedih?Lupakan itu.Yang penting,niat kita untuk belajar perlu dikukuhkan lagi.Aku tahu yang aku perlukan satu perubahan drastik ketika di Politeknik Mukah nanti untuk keutuhan peribadi diri.

Arghh...Pengaruh rakan sebaya mungkin aku akan tepis,akan ku cuba kuatkan semangat untuk keraskan hati agar tidak mudah terpedaya dengan perangai cipisan.Come on beb. Kita dah besar bukannya seperti dulu.SPM pun tak ambil kisah sahaja.Berubah la wahai kawan ku.

Mungkin ada kebenarannya lebih baik tinggal di asrama untuk menumpukan kepada pelajaran akan datang ini.Namun jauh di lubuk hati,sedetik ini ingin juga tidak akan meneruskan pelajaran pergi ke Politeknik Mukah itu.Terlalu berat hati untuk teruskan langkahan ke politeknik ini.

Tidak mengapa.Perasaan seperti ini yang selalu bermain di minda anak muda yang ingin melangkah jauh ke persada dunia pelajaran :).Akan ku cuba kuatkan semangat untuk teruskan dunia politeknik ini :)

Nota kaki:Thanks ahhh senior yg mok share sesuatu yang penting.Thank all

DawooZ:Aku.Si Dia.Dan NESCAFE


Wah...Aku penggemar air sirap hitam(kadang-kadang coklat tahi...)
diberi nama
"NesCafe"

Inilah minuman bukan kegemaran aku namun bakal berada dalam waiting list dalam senarai membeli barang keperluan untuk kemasukan politeknik Mukah nanti :D
hehe
barang kemestian iaitu produk berasaskan KOPI.
Jahanam betul la minuman itu...Takde minuman lain ke nak tahan rasa mengantuk nanti??:D

Sama ada aku akan merasai kesan kafein dalam minuman kopi untuk menahan rasa mengantuk atau aku tetap akan rasa mengantuk.Betulkah keberkesanan minum kopi ini?
Yang aku tahu punya.Banyak kesan sampingan ada lah.
Bahaya itu.

Kesan pengambilan kafein yang sedikit

  • Mengganggu corak tidur.
  • Meningkatkan degupan jantung.
  • Meninggikan tekanan darah.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Tangan terketar-ketar perlahan.
  • Kurang selera makan.
  • Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak
  • Resah dan gelisah.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Sakit kepala.
  • Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.

Sedikit sebanyak itu sahaja yang aku mampu kongsikan untuk korang.Satu lagi kalau korang perempuan elakkan banyak minum kopi nanti kesuburan korang hehe..tanggung sendiri lorr

ermm
KOPI
nescafe 1 cawan :D

Hari yang sibuk

Sibuk.
Itu lah aku.
Bukan apa.Sediakan macam-macam dokumen.
Arghh baru masuk poli
belum lagi step yang tinggi
aduh...
duit makbapak pun banyak habis.
Aku kena belajar bersungguh :)
Janji..
Ya..
Janji...
Kesibukan itu masa hadapan aku.

DawOoz:Politeknik Mukah.Aku akan menuju ke situ.

Aiyo...Semalam kawan-kawan telefon dauz..Semua tanya,

"dapat poli tek??"
"cney??"
"Mukah ka"

aduh semua soalan sebegitu rupa menyelubungi aku..Semua hantar message yang ntah apa-apa.Aduh aku kena kat poli mukah.Tempat yang aku dah jamin 1000% akan pergi.Alangkah berat kaki ini untuk berjumpa lagi dengan para senior teknik Miri yang terdahulu.Tapi best jugak aku boleh belajar dari mereka-mereka yang HEBAT.

Aku boleh hidup di Mukah yang tempat yang terpencil tanpa Pakson,Imperial Mall mahupun Boulevard namun aku tidak boleh hidup tanpa Internet dan HANDPHONE.Mudahan sana ada line yang cukup hebat.

Namun satu yang aku khuatiri iaitu Jauh.Jauh daripada keluarga.Jauh dari kehidupan Kota Miri.Namun itu yang aku mahukan sebenarnya.Ketenangan jiwa belajar di tempat yang sunyi hutan nun di sana.

Alangkah boringnya aku dapat di Mukah.Namun aku harus biasakan diri di tempat orang.Di kala semua itu serba baharu bagi aku.Yang aku mungkin pertama kali aku berjauhan dari kedua ibu bapa ku untuk tempoh yang agak lamak iaitu kira-kira #3 tahun untuk mendapatkan segulung diploma.Dan mungkin pada umur aku 21 tahun aku menamatkan pembelajaran aku.
Aku sudah punyai rancangan tersendiri.Iaitu bekerja dengan segulung diploma.Tetapi separuh lagi hati aku ingin melanjutkan terus ke Ijazah Sarjana Muda Mekanikal,itu semua terpulang kepada rezeki aku masing-masing.

Dan ramai lagi kawan aku yang dapat politeknik mukah ini.Aku akan teruskan pembelajaran ku.

Arghhh....mulai esok aku akan buat persediaan rapi lagi untuk pergi ke Poli Mukah.

Nota Kaki:Aku sedang menunggu tawaran rayuan maktab juga :)

DawooZ:My cube broadband so cute :)

Broadband??

Aku sudah tahu pasal broadband ini lama sudah.Namun baru kini aku miliki sebuah modem.
Modem BLUECUBE.

KLIK SINI untuk capaian ke BlueCube 3.5G modem


Ya.Aku tahu kelembapan broadband celcom ini(itu orang kata...)
tetapi bila dah aku pakai broadband celcom ini..wah...laju jugak ya...tapi tidak dapat menandingi kehebatan streamyx.Dengan mengambil data plan yang agak mampu iaitu D68 sebulan,broadband celcom ini cukup untuk kaki online yang tegar dan berkarat.

Ya.Pada mulanya memang line celcom broadband ini selalu disconnect.Tetapi setelah beberapa ketika ianya mampu menandingi talian tmnet yang dulu kalanya yang kelembapan yang amat teruk.Bukan menghina teknologi internet tmnet dulu tetapi kini sudah moden.

Ya..Inilah kekotak yang menempatkan modem BlueCube 3.5G.Teringat aku akan kotak ini yang dulunya seperti tempat meletakkan CD yang original(lebih-lebih lagu penyanyi terkenal).Owh ya modem ini juga diberikan memory card microSD yang berfungsi seperti pendrive.Yeah...

Inilah isi kandungan yang terdapat dalam kotak tersebut.Yang bernilai RM 467.Harga ini tidak termasuk Pendrive yang berwarna putih itu ya..HEhehe...Modem bluecube ini juga dilengkapi dengan warranty selama 12 month equalvalent to 1 Years.Memang patut dimiliki sekarang juga.
Aku bukan dealer celcom tetapi memang anda akan berpuas hati.

Ya,modem ini telah berkhidmat untuk aku bagi menyempurnakan tugasan untuk menghantar entry-entry terbaharu setiap kali aku berjauhan dengan streamyx.

ya.Aku suka warna BIRU..Cooling Fan laptop aku pun BIRU.Cahaya itu adalah cooling fan aku.Itulah modem BlueCube yang berkhidmat untuk blog dawooz91.blogspot.com.

Aku ingin dapatkan Wi-Fi Router BlueCube ini pada masa akan datang namun aku belum lagi mempunyai duit yang mencukupinya.Nantilah aku beritahu bapa aku :D

Harga pun aku belum tahu lagi.
Yang aku tahu,ia menarik.Cukup mengkagumkan aku.B0leh juga aku buat bisnes untuk ini.Nantilah aku kat politeknik buat bisnes Wi-Fi ini.Amat mengkagumkan aku gadget ini.Arghhh....

Esok aku menantikan keputusan kemasukan politeknik.Dapat atau tidak yea??
Tunggu...

Nota Kaki:Aku adalah pengguna internet yang tegar jadi broadband ini selalu berkhidmat dengan aku.Entry ini bukan iklan untuk celcom.Cuma ingin menyampaikan hastrat hati.

DaWooZ:Rumahku bergelap...

Wah..rasanya post entry kali tok xbanyak mok dicakapkan as long aS rumah aku digelapkan oleh SESCO selama hampir 45 minit di sekitara kawasan Bandar Baru Permyjaya,Miri.

Aku dapati hampir keseluruhan rumah area permy diblackout kan..Aku mahu tahu apa punca sebenarnya kejadian kegelapan malam yang gelap ini??Tidak patut kami tidak membayar bil.Atau mungkin pihak SESCO sedang membuat maintenance tetapi kenapa tidak ada pengumuman radio atau surat yang perlu dikepilkan??

Kejadian gelap gelita itu berlaki selama 45 minit bermula dari pukul 9.00pm(lebih kurang la..hehekhekhek) dan bekalan elektrik ada pada hampir pukul 10.PM.Aku bukan ingin menyalahkan pihak sesco..Tetapi aku sudah panas..Panas hati dan juga tidak selera nak berpanas.

Ini topik santai.Aku sempat mengambil gambar lilin yang diletakkan atas Tin Roti Jacobs yang terbalik :D

Namun...
Aku berterima Kasih kepada pihak SESCO.

Nota kaki:Jangan ambil hati..Entry ini penuh ketidakpuasan tentang bekalan elektrik yang terputus.Aku susah nak online.hehe

DawOoz:Selamat hari ibu


Selamat Hari Ibu - Hujan

Ya.Selamat Hari Ibu.Terima Kasih ibu,mama,mamak,dan apa jua panggilan yang setaraf dengan ibu.

Tiada kata-kata yang mampu ku ucapkan..
Hanya,"Terima Kasih,Mak!"

DawOoZ:Rayuan yang tidak pasti DAPAT.

Kita berjumpa lagi kali ini bukan merayu kepada kekasih tajuk entry pada kali ini namun juga bukan sesuatu untuk meraih simpati mahupun impati kalian..Aku cumai inginkan sesuatu untuk diluahkan kepada kalian tak kira mahu mendengar atau mengkritik aku.

Ya..Aku sungguh hairan kenapa fikiran aku masa ini amat bercelaru tentang masa hadapan aku.Mungkin takdir ini sudah tertulis...

Argghhh!!!! dalam fikiran aku,aku harus fikirkan semasak mungkin untuk masuk ke Tingkatan Enam..Shutt up man...This is my future.its mine..lol...

Arghhh aku baru sahaja buat rayuan Matrikulasi dan Maktab bulan lepas.Kalaupun aku dapat diterima masuk untuk kemasukan Matrikulasi aku tetap tidak akan pergi kerana sememangnya aku bukan seorang yang suka belajar cepat-cepat dan gelojoh..Matrikulasi bukan syurga aku.

Aku hanya menanti untuk .......

Maktab

Politeknik


Sesuatu yang aku tidak pasti untuk diterima rayuannya..Rayuan itu tidak akan aku TUNGGU!!!


Ya...Ini suatu yang aku nantikan iaitu Kursus Perguruan Lepas SPM untuk masa hadapan aku.Ya ini mungkin sesuatu perkerjaan yang sesuai untuk aku.Sebenarnya kita tidak perlu untuk terlalu memilih bidang perkerjaan.Ya Guru itu Profesyen yang aku tunggukan.Kerana Selepas sahaja belajar untuk segulung sijil untuk bergelar GURU.

Aku inginkan menjadi seorang guru.argghhhh

Arghhh,....Aku tidak perlukan rayuan ini lagi.Mungkin hanya TINGKATAN 6 untuk aku.
Selamat Tinggal MATRIKULASI :)

Nota KAKI:Aku seorang yang egois,seorang yang tidak mengambil tahu tentang orang lain selain orang yang aku sayangi.Jangan pedulikan masa hadapan orang lain kerana masa hadapan itu di tangan kita sendiri.

DawOoz:TINGKATAN ENAM(6).Nantikan kemunculan ku di sana

Here...
Tingkatan Enam..Aduh...Apakah ini langkah terakhir untuk aku teruskan pelajaran aku??

Ya.Tingkatan Enam.Mungkin di situ lah permulaan langkah aku menuju kejayaan(mungkin kot ..dalam hati)..
Aku akui berada dalam kedudukan Tingkatan Enam bukanlah seperti kehendak aku dan juga kedua ibu bapa aku.

Tetapi aku harus menyedari bahawa mungkin Tingkatan Enam adalah jalan terbaik untuk aku lanjutkan pelajaran aku untuk ke peringkat yang lebih tinggi..sekurang-kurangnya aku memperolehi segulung ijazah bukan untuk dibanggakan namun untuk menyara aku dan keluarga aku di kemudian hari.

Aku mendapat tawaran melanjutkan ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Merbau,Miri.Sekolah lama aku sebelum aku pergi ke Sek.Teknik itu.Arghhhh...Aku tidak akan pergi ke SMK Merbau lagi...
Aku mungkin akan berpindah ke SMK LUTONG.
Aku mahukan suatu suasana yang baharu untuk aku belajar lebih baik.
Tidak mengapa..Aku hanya perlu menunggu tawaran politeknik sahaja.

Kita seharusnya berserah kepada tuhan yang masa esa :)

Aku tampilkan yang pengesahan aku dapat melanjutkan ke Tingkatan Enam


Klik gambar di atas untuk tatapan yang melebarkan

Nota Kaki:Bagi aku pandangan korang tentang tingkatan 6 ini

MIRI.kenapa kau berubah??

Miri
Kenapa dengan engkau sekarang??Aku bukan hendak berlagukan namamu seperti Band kegemaranku,HUJAN.
Aku rasakan seperti sesuatu telah mengubahmu jauh dariku..
Setiap malam ku lalui dengan mengalami sedikit kepanasan.
Tidak...
Miri Tidak lagi seperti dulu...
Seperti sediakala....
Kenapa aku tidak lagi merasakan MIRI sebagai Bandar Peranginan kononnya tumpuan para pelencong yang kencing di Pub-pub atau kelab malam.Atas dasar hiburan
HIPOKRIT.Semua itu helah saja Nama Bandar Peranginan
Namun maksiat sini sana.Jenayah situ dan sana...
Renungkanlah.

Perubahan ini bukanlah suatu keinginan hati penduduk miri
adakah puncanya kerana dosa yang telah dilakukan??
kezaliman suatu penduduk tersebut??



Aku sudah bosan.Setiap malam yang diharungi terasa bahang kepanasan menyelubungi sekujur tubuh yang memerlukan pengudaraan yang nyaman.Tidak perlu penghawa dingin.Aku mahukan sesuatu yang original.Udara dingin Malam.Bukannya kepanasan.Rakyat Miri yang zalim hentikanlah pembakaran hutan.Dauz akui pembakaran hutan punca kepada kepanasan.

Sekarang perubahan yang dashyat berlaku di Miri.Renungkanlah wahai pendita yang pandai kononnya bijaksana..Ambillah tindakan sewajarnya

Total Pageviews

Powered By Blogger