Pengikut Setia

DawOoZ:KAWAN.Ikut aku Twitter

Kalau entry sebelum ini kita bercakap pasal kemenangan Hafiz menjuarai Akademi Fantasia,dan entry kali ini langsung tiada kaitan dengan entry terdahulu.Okay,hari ini aku akan cakap sesuatu yang amat simple..seringkas yang mungkin.atau lebih senang semudah A-B-C..

Ya.Hari ini aku akan mengupas mengulas sedikit sebanyak tentang satu rangkaian sosial online selain daripada friendster,myspace,facebook,tagged,hi5 dan mungkin ada beribu lagi yang belum dijelajahi oleh aku atau sama ada belum dibangunkan lagi.Mungkin ada pada suatu masa nanti anak Malaysia yang membangunkan rangkaian sosial network khas untuk belia Malaysia.(Hanya angan-angan kosong sahaja...hehehe..)

Ok...aku pendekkan lagi..Kita akan bercakap tentang twitter.Ya...aku sudah pun ada twitter.Mungkin ramai lagi sudah mempunyai twitter lebih lama daripada aku.Tidak.ada juga yang belum mempunyai twitter,jadi aku sarankan mulakan langkah anda untuk berdaftar di twitter.Langkah pendaftaran amat mudah...Shitt..orang xtauk komputer pun leh daftar,yang aku tauk kamu orang semua memang nak kan perkhidmatan percuma.Sememangnya PERCUMA tanpa sesen pun korang perlu keluarkan duit selain membayar bil internet lah.hehe...

OK..Kamu boleh mulakan langkah pendaftaran dengan melayari laman sesawang twitter(klik je perkataan 'twitter' tu...).Selepas tu klik aje 'Join today!' dan anda lengkapkan form pendaftaran yang terpapar dan ikuti langkah seterusnya.

Apabila selesai,anda boleh teruskan ber'twitter' dengan rakan-rakan termasuklah aku sekali.hehe..Okay..twitter ini bagaikan platform untuk korang memberitahu kawan-kawan anda tentang apa sahaja yang anda lakukan,atau dimana anda berada.Itu terpulang kepada kreativiti kalian.


Aku juga akan selalu update twitter ini jika ada keluangan cebisan masa yang tinggal ini.Cuma ini sahaja yang aku nak informkan kepada sesiapa yang belum mempunyai akaun twitter bolehla register sekarang.dan percuma sahaja.Apa lagi korang mahukan?




Nota Kaki:Hanya sebagai pemberitahuan bukan satu pengiklanan di dalam blog ini.Harap korang tidak salah faham atau menyalahfahamkan entry ini.Gaya bahasa aku kekadang agak kasar.

0 Response to "DawOoZ:KAWAN.Ikut aku Twitter"

Total Pageviews

Powered By Blogger