DawooZ:My cube broadband so cute :)
Broadband??
Aku sudah tahu pasal broadband ini lama sudah.Namun baru kini aku miliki sebuah modem.
Modem BLUECUBE.
Ya.Aku tahu kelembapan broadband celcom ini(itu orang kata...)
tetapi bila dah aku pakai broadband celcom ini..wah...laju jugak ya...tapi tidak dapat menandingi kehebatan streamyx.Dengan mengambil data plan yang agak mampu iaitu D68 sebulan,broadband celcom ini cukup untuk kaki online yang tegar dan berkarat.
Ya.Pada mulanya memang line celcom broadband ini selalu disconnect.Tetapi setelah beberapa ketika ianya mampu menandingi talian tmnet yang dulu kalanya yang kelembapan yang amat teruk.Bukan menghina teknologi internet tmnet dulu tetapi kini sudah moden.


Aku bukan dealer celcom tetapi memang anda akan berpuas hati.
Ya,modem ini telah berkhidmat untuk aku bagi menyempurnakan tugasan untuk menghantar entry-entry terbaharu setiap kali aku berjauhan dengan streamyx.

Aku ingin dapatkan Wi-Fi Router BlueCube ini pada masa akan datang namun aku belum lagi mempunyai duit yang mencukupinya.Nantilah aku beritahu bapa aku :D

Yang aku tahu,ia menarik.Cukup mengkagumkan aku.B0leh juga aku buat bisnes untuk ini.Nantilah aku kat politeknik buat bisnes Wi-Fi ini.Amat mengkagumkan aku gadget ini.Arghhh....
Esok aku menantikan keputusan kemasukan politeknik.Dapat atau tidak yea??
Tunggu...
Nota Kaki:Aku adalah pengguna internet yang tegar jadi broadband ini selalu berkhidmat dengan aku.Entry ini bukan iklan untuk celcom.Cuma ingin menyampaikan hastrat hati.
0 Response to "DawooZ:My cube broadband so cute :)"
Post a Comment