dawOoz:Kehidupan asrama.Baik buruk?
Kehidupan Asrama.
Ya..Dalam masa sebulan lebih atau kurang daripada sebulan aku akan bergelar pelajar politeknik berasrama penuh untuk selama 2 tahun 6 bulan akan datang.Itu belum lagi tolak tambah cuti-cuti yang akan ada untuk dinikmati.Mungkin dalam 2 tahun sahaja aku akan menikmati panorama kehutanan.
Ya aku akan aman di situ.Itu duniaku.Namun susah untuk aku gambarkan kehidupan asrama yang akan dialami aku.Mungkin aku akan bergembira atau sedih?Lupakan itu.Yang penting,niat kita untuk belajar perlu dikukuhkan lagi.Aku tahu yang aku perlukan satu perubahan drastik ketika di Politeknik Mukah nanti untuk keutuhan peribadi diri.
Arghh...Pengaruh rakan sebaya mungkin aku akan tepis,akan ku cuba kuatkan semangat untuk keraskan hati agar tidak mudah terpedaya dengan perangai cipisan.Come on beb. Kita dah besar bukannya seperti dulu.SPM pun tak ambil kisah sahaja.Berubah la wahai kawan ku.
Mungkin ada kebenarannya lebih baik tinggal di asrama untuk menumpukan kepada pelajaran akan datang ini.Namun jauh di lubuk hati,sedetik ini ingin juga tidak akan meneruskan pelajaran pergi ke Politeknik Mukah itu.Terlalu berat hati untuk teruskan langkahan ke politeknik ini.
Tidak mengapa.Perasaan seperti ini yang selalu bermain di minda anak muda yang ingin melangkah jauh ke persada dunia pelajaran :).Akan ku cuba kuatkan semangat untuk teruskan dunia politeknik ini :)
Nota kaki:Thanks ahhh senior yg mok share sesuatu yang penting.Thank all
0 Response to "dawOoz:Kehidupan asrama.Baik buruk?"
Post a Comment