Pengikut Setia

DawooZ:Tahniah HAFIZ AF,Anda JUARA!!!


Tahniah Hafiz pelajar akademi fantasia musim ke-7 yang julung kalinya menduduki tempat pertama buat julung kalinya buat warga negeri Sarawak setelah letih menunggu setelah sekian lama yang hampir 7 tahun.Akhirnya pemuda berumur 19 tahun anak kelahiran Kuching Sarawak yang tarikh lahirnya 27 Februari 1990 telah menjadi Juara Akademi Fantasia terbaharu.


Pemuda yang diberi nama Mohd Hafiz Bin Mohd Suip ini diberikan cabaran dan lagu yang kurang ternama ataupun tiada kick,atau ini sengaja dirancang oleh pihak penyiaran atau pihak tertentu di dalam produksi Akademi Fantasia?Aku harapkan ini hanya satu kontrovesi tetapi jika diambil kira perkara yang sama,Yazid juga mengalami pengalaman serupa seperti Hafiz.So kita tunggu saja berita akan datang dari mulut-mulut tertentu,okay?

Lagu yang dibawa oleh hafiz:
Minggu Pertama =LAGU KITA – AIZAT
Minggu Kedua =CINTA INI MEMBUNUHKU (D-MASIV)
Minggu Ketiga =MAT DISKO (SUDIRMAN)
Minggu Keempat =CINTA INI (SITI NURHALIZA)
Minggu Kelima =TERLANJUR CINTA ( ROSSA/ PASHA/ UNGU)
Minggu Keenam =KRISTAL- Pak Belalang
Minggu Ketujuh =KAU YANG - MALIQUE feat. NAJWA
Minggu Kelapan = DIMANAKAN KU CARI GANTI – P.RAMLEE THE MUSICAL

Final=Masih Jelas(Lagu sendiri...)

Sumber:Website ASTRO.

Sebagai anak kelahiran bumi kenyalang,aku juga berbangga dengan kejayaan ini.Walaupun aku tidak pandai menyanyi mahupun tahu akan dunia seni yang bermodalkan suara dan rupa paras ini.Tetapi aku tetap bangga.Aku ucapkan kejayaan hafiz akan terus menjulang nama Negeri Sarawak.

Namun aku bukan nak bicara pasal negeri Sarawak mahupun Negara Malaysia.Artis di Malaysia ini sudah macam lambakan cd cetak rompak yang merata.Ada yang ada kualiti.Ada yang langsung tidak ada kualiti.Macam maggie segera masak dua minit sahaja tapi sedap namun berbahaya untuk kesihatan kita.Mahukah anda begitu rupa?

Bagi pendapat aku,pihak astro ini harus memberhentikan seketika rancangan produksi Akademi Fantasia musim ke-8 kerana kalian sudah memerhatikan akan kepudaran rancangan ini.Mungkin juga kerana pengacaranya?Aku lebih suka jika AC Mizal di dalam talkshow seperti "AC Dimana?Ac Di SINI" .Aku lebih galakkan jika pengacara Akademi Fantasia yang pertama dikekalkan iaitu Aznil Haji Nawawi.Aku pasti dan yakin kalau Aznil yang mengacara Akademi Fantasia.Pastinya kehangatan tranformasi itu akan berlaku.

Aku dapati Aznil adalah pemangkin kenaikan Akademi Fantasia berbanding rancangan realiti tb mencari bintang yang lain.Kepada pihak Astro aku bukan nak menghina.Tapi Malaysia kan demokratik aku akan cakap kalau aku tidak suka.Itu saja.Jangan ambil kisah.Tetapi cubalah kalian tanya rakyat malaysia yang lain.Bagaiman hambarnya rancangan AF ini?

Nota kaki:Aku egois,aku pengkritik kerdil.jadi pedulikan aku.Aku bisa menghancurkan kata-kata sendiri :D

2 Response to "DawooZ:Tahniah HAFIZ AF,Anda JUARA!!!"

  1. jayra says:

    go pak nil. hehe

    Dauz says:

    ngehehe...
    aku sokong af kalu ada aznil :D

Total Pageviews

Powered By Blogger