Pengikut Setia

Dawooz : Hari pertama nak merangkak jap nie..

Selamat Malam kawan-kawan...

Dah lama aku tak update lagi blog ini.Sebab utamanya aku dah menjalani latihan industri.Inilah pengalaman pertama dan mungkin tak akan aku dapat ulang lagi.Pengalaman sewaktu remaja,seawal usia 19 tahun dah masuk ke alam pekerjaan walaupun hanya untuk 5 bulan lamanya bersamaan 20 minggu didarab 5 hari bekerja menjadi 100 hari aku berkerja sama dengan 800 jam manhours aku bekerja secara totalnya..Tu belum lagi dikire dalam saat dan minit..Banyak tu jumlahnya kan??hehe..

Papepun..dalam 5 bulan aku hanya boleh apply cuti 5 hari aje..tak best kan?Dahla susah nak dapat cuti.Kalau kat politeknik dulu nak cuti senang je..escape je kelas asalkan tak lebey 2 kali attendance korang kena check la.Bytheway,now is new environment to me.Working field that i need to follow do n dont rule.

Pagi tadi aku pergi la main office Petronas Carigali Sdn Bhd SKO.Sarawak Operation field terletak kat Miri Sarawak ni.Seawal 7pg lagi dah pergi office.Pergi je tingkat 5 bahagian Human Resources tengah tunggu Kak senior yang akan briefing kami.

Lepas tu,dalam lepas 2 jam tu pas briefing,aku pun ditempatkan ke M.COT yang bermaksud Miri Crude Oil Terminal.Tempat pemprosesan minyak dan loading serta eksport minyak.MCOT ini secara asasnya merupakan terminal minyak kuar dan masuk.Minyak masuk dari West Lutong dan Baram terminal.Setiap minyak perlu menjalani proses tertentu.Proses inilah yang aku belum paham sebabnya aku bukannya base dari petroleum engineering.Anyway,cabaran inilah aku perlu hadapi hari-hari.

Barulah aku tahu betapa susahnya menimba ilmu dalam skop pekerjaan ini.Kita mungkin belajar dalam bidang kejuruteraan Mekanikal namun kita mungkin akan ditempatkan kat department elektrikal mekanikal ke.Takpun mcam aku sekarang ni,bahagian petroleum.Tapi aku tau inilah pengalaman emas yang perlu ditimba dan ditempa.Ya memang benar cakap lecturer aku yang berbunyi begini,'Nanti korang praktikal korang tau la nasib korang dengan bos'.Itulah kata-kata lecturer aku yang bekas jurutera katenye..

Tengok tulah hasil daripada crude oil ...Banyak lagi ni nak kena tapis la..Aku pun tak tau sangat sebenarnya tetapi tulah,aku hanya akan buat research sendiri.Nak cari ilmu sekarang ini mana ade orang yang suapkan.Sendiri la beb la nak cari ilmu :).

Pagi-pagi start pukul 7pg mesti ade kat sana.So memang boleh dikatakan kena turun awal pagi la.Tentu penat kan.Doakan saya yang terbaik..Saya juga akan doakan kalian terbaik sape yang lawat blog ini la..

Dawooz : Sibuk kot hari ini..

Selamat Tengahari yea semua..Semalam aku.dawooz tak dapat nak update sebabnya sibuk sangat..Alkisahnya,aku tengah buat preparation untuk menunaikan latihan industri politeknik.Latihan industri ini student wajib hadir untuk 20 minggu lamanye.Iaitu sama dengan lebih kurang 5 bulan ini termasuk hari sabtu dan ahad.Tapi weekend tak payah la kerja.


Kelmarin dawooz sibuk pergi kat satu bank.Cimb bank dawooz nak aktif balik akaun,yelah dah 2 tahun tak guna akaun kat cimb bank kan.So terpaksa la kena aktif balik.Nasib baik gakla sempat aktif sebab pergi bank hari sabtu yang kebetulan buka kan.So,dawooz aktifkan je akaun tu dengan topup akaun sebanyak rm50 supaya aktif balik.Then mesti kuarkan paling minimum rm1.Tapi dauz kuarkan gak rm10.Ni mesti dilakukan di kaunter bank yea.Bukannya menggunakan mesin atm.Susahkan?

So sebagai pengajaran,jangan biarkan akaun bank anda tidak aktif kerana apabila diwaktu memerlukan ia akan menyusahkan anda sendiri.Pesanan penajaa ini dibawakan tuutt...ehhe..Sebaiknya jangan biarkan akaun bank anda dibawah RM10 macam aku ni.Tak amik kisah pun...

Pas aku g aktifkan akaun ,aku p la jenjalan cari sesuatu.Sesuatu yang menghilangkan dahaga.Ya..air..Bukan eh..Ais..Yeah..Aku dapat idea.Jalan2 la kat satu tempat ni..Cari cendol la ..tapi cendol cincau jerkk...



Sedap tak??ehe..Harga pun okay je..Dalam rm2.50 kot..Isi kandungan pun banyak jugak shendol nie..hehe..Bytheway,hari ini aku nak pergi copy gambar passport.Nak ready untuk keesokannya..

Dawooz : Blogger Tiada Harapan..Aiyak..

Thanks ya kat nadz coz sanggup tagged dawooz sekarang ni.Banyak gak nadz ni dapat awards yea..So dawooz jawap satu je..Tak larat nak jawap semua.

Terima Kasih juga sebab congrat tu k nadz.Laa ni dawooz tengah bercita-cita menjadi blogger harapan boleh ke? Ke langsung takde harapannye.

Sebenarnya kenapa aku nak jadi blogger?
Dalam hati,'Tengok orang lain boleh dapat duit dengan blogging je.'.Itu kata hati dawooz.Tetapi sebenarnya tidak terlintas dalam fikiran pun blogging ini untuk dapat duit,cuma nak jadikan blog ini sebagai cara ekprementasi meninta dunia..Cheewahh..Ayat skema tu..hehe..

Sebenarnya dulu masa di Tingkatan 5 lagi sebenarnya dawooz dah start aktiviti blogging ni,cuma sekarang je lagi nak fokus dan konsisten.Sayang beb kalau blog dah ada tapi tak maintain ..Kalau nak blogging pasal nak dapat duit tak yah laa..Blogging ini macam menulis buku cuma kita menulis secara online je :) ..

Klah..tak tau plak nak tagged sape dengan award nie ya..Takpe la..lain kali la nak tagged kawan-lawan-kawan :) .Sekarang ni,aku sedang sibuk nak prepare untuk praktikal nanti.

Dawooz : Keputusan dah kuar...

Salam selamat pagi semuanya...
Wah..pagi-pagi lagi aku.dawooz sudah online..Nilah dinamakan semangat nak tau keputusan semester ketiga.Aku baru sedar yang aku baru lepas semester 3 Diploma Kejuruteraan Mekanikal ruponye..hehe..

Tinggallah lagi 3 semester termasuk semester pergi praktikal.Nanti aku bercita-cita nak sambung degree lagi dalam Mechanical Engineering course ni cuma tengah fikir-fikir ni mana nak korek duit nak bayar pengajian Degree tu nanti yea..Yelah,aku ni bukannya orang kaya pun nak bayar pengajian sebanyak lebih RM40k(ribu yea..).

Lah berbalik kepada keputusan yang aku tunggu daripada semalam lagi.Keputusan semester ketiga ini agak mendebarkan.yelah kalau failed mana dapat nak pergi latihan industri.Sudahlah susah nak apply tempat aku tengah latihan industri ini nanti.

Alhamdullilah segala usaha aku yang banyak kekurangan ini tidaklah sia-sia.Dapat jugak aku semester ketiga ni pointer 3.34.Macam tak aku sangka pula aku ni dapat pointer 3.34.


KLIK LA KALAU TAK CAYA k.
Yelah,selama ini aku banyak main-main.Tak fokus sangat ngan study.Yelah,tiap malam mesti main game.Counter-Strike.Tak pun,Pro Evolution Soccer.(PES).Kegilaan game ini di asrama telah melanda.Tetapi syukur sangat-sangat.Aku lepas.
p/s: Alhamdullilah.Berkat doa dan dorongan parent dan insan tersayang :)

Dawooz : Debaran menunggu saat itu..


Assalamualaikum para sahabat,

Kita jumpa lagi di blog maya aku..Hehee..
Semalam aku tak boleh tidur nyenyak.Sebenarnya tiap-tiap malam aku tak dapat tido dengan nyenyak.Mungkin terkena penyakit insomnia yang susah nak tidur.Sebabnye tiap cuti,gerenti tidur kul 3 pg..haiyak..Macam mana la tiba aku praktickal nanti yea?Ade sape dapat tolong aku tak?hehe..bagi la tips yerkk..

Okay sebenarnya aku tengah tunggu masa dan ketika nak dapat keputusan semester ketiga aku di Politenik Mukah Sarawak.Yelah,dalam website tu cakap esok result akan keluar secara online.So aku menanti penuh debaran.Haiyak ..macam orang nak kawen je kan..Hehehe...Sebenarnya aku ni bukanlah budak yang pandai,sebab tu aku masuk politeknik je.Kalau pandai,tentu dah masuk matrikulasi ke atau tajaan JPA ke overseas..Malu doi..hehe..Takpe rezeki Allah kan ada di mana-mana,selagi kita berusaha.

Aku tempekkan screenshoot website politeknik mukah k.

KLIK GAMBAR untuk pembesaran sempurna.

Semester 1 aje aku rasa dapat pointer yang membanggakan diri aku hehe..Semester 1 aku dapat pointer 3.33 so okay sudah bagi aku kan..Tak percaya korang tengok la screenshot kat bawah ni ok?Semester 1 lagi nerd tu lah tiap nak belajar bebenar.Bila sudah naik jadi pangkat senior semester 2 semua dah down nak belajar..hehe.Sekadar ramalan kot..hehe

haa...keputusan semester pertama

Pada semester kedua pulak aku dapat pointer 3.17.Nampak tak?Drop..Dari pointer 3.33 ke pointer 3.17 pada semester 2 .Tu lah padahnya apabila belajar last minute.hhehe..Masih juga tak percaya ke?Tunggu dan lihat aje screenshot pointer semester kedua aku.Memang teruk sangat.


Keputusan semester kedua.

Jadi keseluruhan cgpa aku pulak 3.25.Memang agak mengecewakan.Jadi ini menunjukkan kat aku pada semester selepas praktikal ini,aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.Insyallah :)

Macam mana pulak dengan keputusan korang yea??Gerenti mantap ni kan akak-akak dan bro sekalian.Hehehe..Nyway kepada calon spm dan calon stpm semoga berjaya yea..

P/s: Doakan lah kejayaan aku..Nanti esok aku post keputusan aku untuk semester ketiga pulok..

Dawooz : Manchester United dan Aku.

Malam ni yang dah nak bertukar tarikh ni aku mengambil kesempatan untuk mengupdate sekali lagi blog aku sementara masih ada masa nak update blog.Nanti kalau aku dah start praktikal nanti,gerenti je aku jarang update blog.Yelah,tentulah letih nanti semasa praktikal.hehe..aku assume je la..hehe..

Okay..kali ini aku nak berkongsi cerita pasukan yang aku minat selama ini,Iaitu Manchester United walaupun aku ni takdelah fanatik sangat dengan bola yang bulat ni.Aku hanya mengambil tahu sedikit sebanyak tentang dunia English Premier League ni.Aku minat Manchester United sejak zaman Robbie Keane lagi,sejak zaman Peter Schmeichal( ntah betul ke tak aku eja nie) jadi GoalKeeper lagi nie..Sekarang ni Van Der Sar pun boleh tahan jugak la.

Rasanya aku nak cerita panjang lagi,tetapi aku nak tido la dulu.Terlampau penat sudah.Anda pulak suka pasukan mana?yang perempuan mesti banyak minat kat player Manchester City kan?Tak pun Arsenal ke,atau lain-lain.Ada pandangan??hehe

Dawooz : Bergambar depan cermin.

Setelah berjam-jam aku depan laptop menggodeh dan melawat blog kakak-kakak dan abang-abang sekelian.Aku suka sangat membaca dan aku dapati,apabila aku semakin banyak membaca,semakin lama aku nak membaca dan semakin sedar aku yang aku perlukan membaca.Aku tahu aku ni banyak kekurangan ilmu di dada.Sesungguhnya ilmu yang dimiliki manusia hanyalah setitik daripada 7 lautan berbanding ilmu yang Allah S.W.T miliki.

Sebenarnya kali ini aku nak post satu tip la.Mungkin korang dah tau agaknya caranya dan pakar physic boleh la jelaskan perkara ni.Tapi aku bukannya pakar dalam physics..Setakat belajar di tingkatan 4 dan 5 tu lepas la gak.Nasib gak spm aku lepas la subjek sains side ni..

Okay korang lihat la gambar di bawah tu.dan korang tau la macam teknik betul amik pic depan cermin.Ala,perkara biasa yang perempuan selalu buat kan?hehe..
Mungkin bagi lelaki agak ganjil untuk bergambar depan cermin ye tak?Ke aku yang salah.Mungkin sudah ramai lelaki yang suka bergambar depan cermin kan?Hehe...Korang just klik bagi besar image yang aku bagi kat atas tu.

Senang cerita,aku bolehlah rumuskan teknik ini cuma memerlukan angle yang betul di hadapan cermin.Dalam erti kata lain,try n error la korang amik gambar depancermin..Ala jadi model dalam tandas sekali sekala.Apa salahnya kan?ehehe..

Korang cuba la try..Tau la korang semua handsome2 dan cantik2 belaka kan..hehe..aku selalu gak amik gambar depan cermin..Pastu delete la..hehe..laa ni baru taw cara nak ambil gambar dengan teknik yang betull..Kwang-kwang..hehehe

Dawooz : Blogger Terpinggir

Salam..Agak-agak dah nak masuk tengah hari dah ni..Tak lama lagi,aku akan menunaikan praktikal iaitu bermula 29 November 2010 sehingga 29 April 2011.Budak-budak polytechnic biasa la kalau diploma semester ke-4 dah memang masuk praktikal kalau takda yang repeated subjek la..

Bytheway,laa ni baru aku perasaan sesuatu,selama dua tahun ni aku blogging tak pernah intro sape pemilik blog ini.Sebenarnya blog ini bukanlah blog asal aku.Asalnya,aku blogging kat blog satu lagi,terlalu panjang sangat dier punye url dan aku lupa sudah dier punya password.Baiklah,tak salah kan aku re-intro blogger ni kan?hehe.Aku intro tentand diri saya yang biasa2 je k.Takdela details sangat..hehe..

Nama : Muhammad Firdaus
Umur : 19 tahun pada tahun 2010 (Mude lagi..)
Asal : Miri,Sarawak.
Status : Belum jadi laki orang tapi dah berpunye...
Makanan kegemaran : Nasi Ayam dan Soto
Minuman Kegemaran : Teh O Ais dan Milo Ais
Cita-cita : Jadi orang cukup la tu..
Perangai yang tak baik : Banyak kot..hehe..
Perangai Baik : Tak suka tengok orang lain sedih,suka buat happy2 je,tak suke
menggatal,setia orangnye..hehe
Niche blog: Blog ini sebagai blog personnal ditambah dengan informasi semasa.dan juga ilmu pengetahuan.
Contact : Contact je gune blog,kat ruang chatting boleh juga.
Apapapun,ni intro yang tak sangat detail la.Aku merupakan penuntut Politeknik Mukah Sarawak intake JUlai 2009.Aku ambil course Diploma Kejuruteraan Mekanikal sebabnya aku nak teruskan bidang yang aku ambil kat Sekolah Teknik Miri,Sarawak.Sekarang ni dah tukar nama dah,Sekolah Vokasional balik.Macam zaman-zaman bapa aku dulu.

Sebenarnya,aku amat berminat dengan perniagaan Internet ini.Cuma tulah,masa yang tidak mengizinkan aku untuk membuat benda yang aku minat.Kalau dekat rumah sendiri boleh la jalankan bisnes Internet.Tetapi kalau dok kat hostel/asrama,mau taknye cari line internet.Guna broadband pun lambat.Macam mana nak upload file pakai ftp ..Merepek pulak..

Dulu aku ada buat service bina blog standalone menggunakan platform wordpress.Dapat la jugak 2-3 projek bina blog untuk orang.Sekarang ni,aku dah kurang ingat dah.Ni haaa kena reformat balik otak ni.Memang aku minat bab-bab menyusahkan diri buat service ini.Sebabnya bukan keputusan yang aku puaskan,tetapi hasil usaha yang dilakukan.Orang kata,pengalaman mengajar kita lebih matang.

Jadi aku rasa insyallah lepas aku study,aku nak buat part-time bisnes Internet.Tak susah,cuma perlukan modal dan masa 3-5 jam sehari kalau betul-betul minat.Aku nak fokus kan pengajian aku dulu sebabnya tak nak la repeat subjek.Kan tambah masa aku kat Politeknik tu..

P/S: Sesape nak exchange link meh la kita bertukar link..Selamat berkenalan.

Dawooz : Lelaki ni macam kucing jantan ke?

Tadi petang dalam pukul 3 ptg gitu..aku pergi la sitewalking kat satu forum ni,Carigold.Sekarang ni aku just jadi forumer yang silent reader je.Sebab aku belum lagi penuh ilmu di dada nak memberi idea atau cadangan.Jadi aku lebih baik je jadi silent reader..Bukan secret admire yea..hehe.

Sedang aku godeh-godeh forum carigold ni terjumpa la satu topik yang kurang tak hangatnye.Iaitu 'Lelaki dan kucing jantan'.Okay tak bunyinye lelaki disamakan dengan kucing jantan.Jahat tak yea?
Baiklah..aku quotekan

Just for release tensionn..!!! dont take seriously...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)


** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...
__________________
Yang point pertama sekali tu aku agak setuju sedikit la..Lelaki ni suka dibelai.alah..tak kira laki ke perempuan.Memang suka dibelai kan?

Bab point kedua pulak,lelaki dan makanan..Memang dah tak dapat nak dielakkan kan?Bab point-point yang lain,korang bolehla terjemah sendiri yea.hehe..Kalau nak tengok sendiri,klik la link di sini k?

Selamat Menduduki peperiksaan

Salam..Pagi ini tidak banyak nak diceritakan..

Sekarang ni SPM dan STPM dah nak start kan..All the best buat semua calon yang menduduki peperiksaan ini.

Tip sebelum menduduki peperiksaan:
  • Jangan gementar.Rilek je
  • Bagi yang Islam,selawat ke atas Nabi junjungan kita dan buat solat tahajjud
  • Breakfast.Isi perut.Ini paling penting
  • Prepare alatan tulis seawal mungkin
  • Sedia dokumen yang penting
  • Duduk dengan tegak .Supaya tidak cepat pening
  • Dan last sekali.Jawap dengan teliti


Mungkin ini tips yang berguna namun banyak lagi tip tapi ni je yang aku dapat bagi sebagai ex-calon SPM..hehe..

P/S : Nanti update lagi :)

Sekadar penyeri blog


Kalaulah betul pak Hitler ni betul apa macam?
Atau cuma propaganda Yahudi?

Dawooz : Strategi Perniagaan

Jam menunjukkan tepat pukul 12.06,ini bermakna aku sedang mula menulis blog ini.Okay..Pada pagi ini,aku akan menerangkan strategi perniagaan yang boleh dibuat dalam hostel asrama bagi pelajar yang sedang menetap di hostel terutamanya pelajar IPTA.Yelah,kita ni mesti pandai carik duit sedikit untuk menampung perbelanjaan bulan-bulan kita.Yelah tak pun cukup sekadar untuk lepas perbelanjaan top-up kredit untuk telefon awek,message awek dan waktu-waktu berguna.Kan boleh recycle modal lagi.


Sebenarnya cuba korang lihat gambar di atas sebelah kiri,tulah main point aku dan bercakap tentang bisnes kat hostel.Tentu sudah ramai tahu ni,tak lari tak dapat nak dielakkan,iaitu bisnes mencetak atau printing.Bisnes ini memang memerlukan banyak modal permulaan dan mesti pandai menyelesaikan masalah berkenaan printer.Ala pengetahuan teknikal sikit je.

Cumanya masa mula-mula tu,adegan lucah dan ghairah promosi service printing ini agak susah dan cuma bermodalkan sekeping dua kertas bersaiz A4.Yelah..Nak buat promosi ini kenalah kuar budjet sikit juga.Takpe,pulangannya nanti agak lumayan dan memeritkan minda nak mengira nye..hehe..

Aku sudah pun memerlukan bisnes printing ini dari semester 3,tu pun first time aku try bisnes printing ini.Tetapi memang aku dah agak dah,bisnes ini mendatangkan satu keuntungan yang cukup makan kat aku Anak bini .Gambar di atas tu bukan banner promosi aku yea..Gambar tu aku dapat kat Internet.Ini punya promosi memang otak cha alif ya nun(Cina punya olank maa...).Aku respek kat minda kaum cina ini kalau bab bisnes memang hao liao lar..Tapi memang patut pun tulis macam tu walaupun customer always right!.Aku ni pun bukan pandai sangat bab meniaga-niaga ni.Maklumlah,lagi newbies orang Internet Online Bussines cakap.

Macam biasa,kalau nak buat bussines ni kenalah ada barang yang penting:

  • Laptop
  • Anti-Virus yang kaw-kaw punya
  • Bekalan kertas A4 yang mencukupi
  • Printer yang ada ink.
Haa...inilah resepi perniagaan yang paling utama.Printer.Kalau aku bisnes printing ini,aku menggunakan printer jenis Canon Pixma MP198 yang dahulunya berharga RM200 tepat.Time tu aku beli la...Laa ni..murah dah kot..Sebab apa aku pilih ni?Sebab printer nie 3in1.Ada photostat,printing dan scanner.Kalau photostat selalunya aku charge mahal sikit ler..Kalau scanner ni free je.Sebab nak tolong orang scan je kan.Kalau photostat baru kira.

Ni juga ramuan penting kalau nak bisnes cara jimat.Memang jimat la guna ink ni tapi quality ink ni takla sehebat ink catridge original canon la.Bukan apa,bisnes ni kena la pandai cari how to solve the problem kan.Kalau bisnes pakai ink original,mau lingkup kita beli ink canon original tu.So,alternatif lain ni haa caranya.Tapi mula-mula beli 1 set ni memang la agak mahal.Dalam RM 120 harga kat kedai computer di Miri Sarawak ni la.Tapi alhamdullilah,dengan bisnes printing yang aku ada,aku boleh cyclekan kerugian membeli aset printer + ink tank ni dalam hanya sebulan bukak bisnes printing ni.Maklumlah mula-mula semester memang servis ini dicari-cari baik junior mahupun seniorita..

Benda tak seberapa nak canggih ini pulak paling penting.Kita mesti ada laptop kalau nak buat bisnes ni.Yelah,nak photostat file microsoft word mestilah kena bukak laptop kan?Logik kan?.Tetapi awas,laptop korang mesti power nak detect virus sex,trojan dan pelbagai lagi.Yang penting kena kuat la dan selalu update itu software anti-virus la.Kalau tak,korang cucuk pendrive sesuka hati alamatnya,tak sampai satu hari,laptop korang kena format selalu.Silap-silap setiap kali print pastu tu kena format.Tahan ke korang?

Dan last sekali,korang kena la beli kertas A4.Jangan la beli double A sebab kertas tu mahal.Kalau customer korang nak kertas kualiti,charge diaorang lebih sikit la.Ini prinsip aku dalam bisnes.Bukan apa,kena la pandai kurangkan kos operasi bukan untuk memaksimakan keuntungan.Tetapi nilah cara nak untung.Jangan pulak beli kertas yang tersangat murah.Agak-gakla yea bro?.

Pengalaman aku dalam bisnes printing ini tak banyak sangat la.Kalau nak buat bisnes ini,korang kena tahan iman.Sebab apa?Sebab orang akan selalu pergi bilik korang nak print je.Jadi roomates korang semua mestilah paham situasi ini.Ala bodek je diaorang sikit,blanja la minum ke.Mesti diaorang tak buka mulut la.Aku pernah satu kejadian,ada customer nak print tengah malam buta.Kul 2pg pulak tu,nak tak nak..Kena la jugak layan.Time tu syok-syok tidur lagi,nasib baikla kelas aku pada keesokan harinya lewat sedikit.Nak tak nak layan je lah..orang cakap rezeki jangan ditolak.Adela untung aku malam tu dalam RM 7.00 ++ sebab dier print report .

Aku dah dedahkan rahsia aku bisnes offline dengan tanpa lagi rahsia.Pasni,ramai la kawan-kawan aku tau pasal ni.Bukan rugi sangat pun.Saje-saje je nak kongsi ilmu dan pengalaman yang sedikit di dada ni.Bukan apa dalam mana-mana bidang bisnes pun,mesti ada turun naiknye kan?Cuma mental kita ni nak kuat.Kuat semangat je.

P/S:Ok.Jam menunjukkan tepat 12.42 pg ISNIN.Hamba nak berundur diri.Wahai Melayu,mulakan bisnes sedikit lama-lama jadi bukit.

Dawooz : Jom tambah pendapatan dengan nuffnang

Pagi ini semacam gelap sahaja.Rasa mau hujan je kat Miri,Sarawak ni ..Kat tempat anda macam mana?

Ok..Kali ini aku akan bawa ko menyertai program buatduitinternet,rasanya ramai yang dah tahu tentang program ini kerana memang ramai yang sudah dapat duit Internet ini.

Program iaitu Nuffnang,aku bukan baru join ni..Sejak dulu aku ada blog dahulu.Tapi sayang,masa ketika itu aku punya pendapatan baru je mencecah Rm20. ++ cuma sayangnya aku tidak konstan dengan mengupdate blog dan masa tu aku kena menumpukan kepada pelajaran kerana tahun tu aku sedang menduduki peperiksaan SPM ..So kena fokous yang penting dahulu..namun tu cerita lama..Password pun aku sudah lupa..

Now,tahun 2010 aku kena mula dari bawah sekali lagi dan kena buat akaun baru lagi dengan email baru dan juga blog dawooz yang baru ni..hehe..

Nak dipendekkan cerita,sebelum nak join program pengiklanan ni.kau orang kena ada benda-benda macam aku cakap kat bawah:

  • email yang berfungsi
  • semestinya ada blog.
  • papapun,line internet yang stabil juga mesti ada.
  • kebolehan menulis dengan menggairahkan pembaca-pembaca.
  • gambar-gambar Sexy,bogel,lucah sebagai penyeri blog.
  • dan selalu update blog..
Senang bukan keperluan yang korang perlu ada??Diingatkan blog korang janganlah ada gambar lucah,porno atau berunsur-unsur sewaktunya.Kira kita berblog ini secara 'fairplay'.Macam main bola jugak.Nak orang datang blog,jangan la gunakan perkataan lucah-lucah k.

Sebenarnya senang sahaja.Cuma pastikan traffic yang masuk ke blog anda sentiasa konstan walaupun seorang dua pelawat.Yelah,mula-mula memang seorang dua sahaja pelawat,tetapi lama-lama nanti.Ia akan berkembang.Dunt believe it?Believe it.


Okay,anda try la program pengiklanan ini.Sebenarnya banyak sudah orang yang dapat habuan ini cuma mereka diam-diam ubi sahaja.Yelah,program ini kalau dibuat dengan cara yang betul,nescaya korang akan dapat beribu-ribu.Tetapi janganlah harap nak duit beribu-ribu tetapi usaha cikai sedikit sahaja.Rugi bukan kalau tidak amik kesempatan kan?

Cuma nuffnang ini akan release check untuk korang sekiranya duit hasil pengiklanan tu melebihi RM 50 ke atas tunai.Yelah,mula-mula memang susah nak dapat.Tetapi kalau betul jalan dan caranya,Insyallah dapat tu.

Selamat Mencuba.

Dawooz:Malaysia negara Sex ke Pendidikan Sex?

Pendidikan sex wajar ke untuk budak-budak di Malaysia yang semakin 'advanced'?

Kenapa isu ini tidak dihangatkan dan dihebohkan kat media?mungkin ini ada konspirasi pihak tertentu demi 'bussines' la katakan...Yalah,'kondom' akan diedarkan kepada setiap sekolah untuk dipakai semasa proses pengajaran di sekolah-sekolah.Dari segi logik,siapa yang akan dapat tender pengedaran 'makhluk plastik' yang tidak berguna ni?Jawapannya,ya,tentulah kroni-kroni meja bulat yang akan dapat tender ini.Saya bukan menfitnah yea..

Daripada kita membazir membeli kondom hanya untuk pertunjukkan pendidikan sex,adalah baiknya duit itu digunakan dalam bentuk yang berfaedah,contohnya,beli lagi banyak buku ilmiah atau duit itu digunakan untuk membaikpulih sekolah-sekolah yang sudah uzur.Takpun,gunakanlah duit itu untuk membina sekolah di kawasan pendalaman.Daripada membazir,baiklah digunakan sebagai alternatif untuk pendidikan tinggi.Contohnya,pelajar IPTA tak payah la nak bayar yuran asrama,yuran pengajian dan pelbagai lagi yuran..nak belajar pun nak tanggung guna banyak duit kan?

Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual,pembiakan seksual,perhubungan seks,dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia. Lebih umum untuk pendidikan seks adalah ibu bapa atau wali, atur cara sekolah, dan kempen kesihatan awam.
Pendidikan seks ini jelas sudah akan mengelakkan kehamilan luar nikah.Bermakna zina boleh dilakukan sesuka hati??Come on lar pak menteri,kita ini negara Islam,takkan la kita nak ikut negara Barat.Ya,negara Barat memang kurang masalah kehamilan luar nikah.Tetapi berapa ramai anak gadis sama loss their virginity??Ada yang seawal usia 12 tahun dah buat seks.sebab?Sebab perasaan ingin tahu budak-budak ini tinggi,apa lagi yang berlawanan gender.Perasaan ingin tahu ini makin meninggi apabila disemai dengan ilmu seks yang hampeh.

Bukanlah saya nak menghalang pendidikan seks ini diadakan,tetapi seharusnya mengikut Islam.Its normal kalau lelaki tertarik dengan perempuan dan sebaliknya.Tetapi janganlah anak bangsaku diajar dengan pendidikan seks yang menjurus kepada pembiakan bayi luar nikah.Memang pada akhir zaman umat Nabi Muhammad s.a.w akan bertambah ramai.Tetapi ramaikanlah umat Islam dengan pembiakan yang sempurna.Dalam erti kata sebenar,hubungan yang halal.Tak kisah lar umat Islam tu kaya atau miskin.Janji hubungan itu halal .Iaitu anak yang dari hasil PERKAHWINAN.Mungkin Pak Menteri ini ilmu agamanya tinggi sangat atau anak dara mereka belum kena 'tebuk' dan mengandung.Itu baru nak membebel pasal itu ini.Kalau ada pun dah kena 'tebuk' tentu diorang guna kondom.Tapi masih jugak berzina kan?

Okay keseluruhannya aku menyokong usaha kerajaan Malaysia tentang pendidikan seks.Tapi janganlah melampaui batas.Cukupkan subjek sains yang ada diajar reproduction.Aku maseh ingat lagi masa di Tingkatan Tiga.Kalau masuk Tingkatan 4 dan 5 bagi aliran sains,dalam biologi ada menerangkan dengan jelas.Tak perlulah sampai bagaimana hubungan seks itu dilakukan pun nak dijelaskan kat budak-budak .Kalau macam tu,tak payah la letak dalam filem 18sx dan xxx ape kejadahnya..

Buat pengetahuan korang semua,kondom pertama yang dibuat adalah berasas daripada babi.Ini menampakkan bagaimana Umat Islam dihina sekali .Fikir-fikirkanlah.

Total Pageviews

Powered By Blogger