Dawooz:Malaysia negara Sex ke Pendidikan Sex?
Pendidikan sex wajar ke untuk budak-budak di Malaysia yang semakin 'advanced'?
Kenapa isu ini tidak dihangatkan dan dihebohkan kat media?mungkin ini ada konspirasi pihak tertentu demi 'bussines' la katakan...Yalah,'kondom' akan diedarkan kepada setiap sekolah untuk dipakai semasa proses pengajaran di sekolah-sekolah.Dari segi logik,siapa yang akan dapat tender pengedaran 'makhluk plastik' yang tidak berguna ni?Jawapannya,ya,tentulah kroni-kroni meja bulat yang akan dapat tender ini.Saya bukan menfitnah yea..
Daripada kita membazir membeli kondom hanya untuk pertunjukkan pendidikan sex,adalah baiknya duit itu digunakan dalam bentuk yang berfaedah,contohnya,beli lagi banyak buku ilmiah atau duit itu digunakan untuk membaikpulih sekolah-sekolah yang sudah uzur.Takpun,gunakanlah duit itu untuk membina sekolah di kawasan pendalaman.Daripada membazir,baiklah digunakan sebagai alternatif untuk pendidikan tinggi.Contohnya,pelajar IPTA tak payah la nak bayar yuran asrama,yuran pengajian dan pelbagai lagi yuran..nak belajar pun nak tanggung guna banyak duit kan?
Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual,pembiakan seksual,perhubungan seks,dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia. Lebih umum untuk pendidikan seks adalah ibu bapa atau wali, atur cara sekolah, dan kempen kesihatan awam.Pendidikan seks ini jelas sudah akan mengelakkan kehamilan luar nikah.Bermakna zina boleh dilakukan sesuka hati??Come on lar pak menteri,kita ini negara Islam,takkan la kita nak ikut negara Barat.Ya,negara Barat memang kurang masalah kehamilan luar nikah.Tetapi berapa ramai anak gadis sama loss their virginity??Ada yang seawal usia 12 tahun dah buat seks.sebab?Sebab perasaan ingin tahu budak-budak ini tinggi,apa lagi yang berlawanan gender.Perasaan ingin tahu ini makin meninggi apabila disemai dengan ilmu seks yang hampeh.
Bukanlah saya nak menghalang pendidikan seks ini diadakan,tetapi seharusnya mengikut Islam.Its normal kalau lelaki tertarik dengan perempuan dan sebaliknya.Tetapi janganlah anak bangsaku diajar dengan pendidikan seks yang menjurus kepada pembiakan bayi luar nikah.Memang pada akhir zaman umat Nabi Muhammad s.a.w akan bertambah ramai.Tetapi ramaikanlah umat Islam dengan pembiakan yang sempurna.Dalam erti kata sebenar,hubungan yang halal.Tak kisah lar umat Islam tu kaya atau miskin.Janji hubungan itu halal .Iaitu anak yang dari hasil PERKAHWINAN.Mungkin Pak Menteri ini ilmu agamanya tinggi sangat atau anak dara mereka belum kena 'tebuk' dan mengandung.Itu baru nak membebel pasal itu ini.Kalau ada pun dah kena 'tebuk' tentu diorang guna kondom.Tapi masih jugak berzina kan?
Okay keseluruhannya aku menyokong usaha kerajaan Malaysia tentang pendidikan seks.Tapi janganlah melampaui batas.Cukupkan subjek sains yang ada diajar reproduction.Aku maseh ingat lagi masa di Tingkatan Tiga.Kalau masuk Tingkatan 4 dan 5 bagi aliran sains,dalam biologi ada menerangkan dengan jelas.Tak perlulah sampai bagaimana hubungan seks itu dilakukan pun nak dijelaskan kat budak-budak .Kalau macam tu,tak payah la letak dalam filem 18sx dan xxx ape kejadahnya..
Buat pengetahuan korang semua,kondom pertama yang dibuat adalah berasas daripada babi.Ini menampakkan bagaimana Umat Islam dihina sekali .Fikir-fikirkanlah.
0 Response to "Dawooz:Malaysia negara Sex ke Pendidikan Sex?"
Post a Comment